.

Ahad, 29 Mac 2009

SEBAHAGIAN KUALA LUMPUR BERGELAP DEMI BUMI


DEMI BUMI. Malaysia turut bergelap malam tadi bagi meraikan Earth Hour 2009 di mana ribuan penghuni rumah dan pemilik bangunan menyertai jutaan penghuni dunia yang lain memadamkan suis lampu mereka selama sejam.

Di Kuala Lumpur yang selama ini disimbahi cahaya lampu pelbagai warna turut bergelap.

‘Earth Hour’ yang mula diperkenalkan di Sydney, Australia dua tahun lalu merupakan agenda penting sebagai tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan pemanasan iklim di peringkat global.

Sebanyak 84 buah negara, 2,848 bandar, 6,299 organisasi dan 21,014 perniagaan di seluruh dunia menyertai program tersebut dan satu bilion penduduk dari 1,000 bandar seluruh dunia disasarkan memberikan sokongan terhadap program tersebut.

Malaysia yang tidak ketinggalan dalam menunjukkan sokongannya dengan menyasarkan lebih 5 juta rakyat pelbagai kaum menyahut seruan kempen itu.

Antara kawasan yang bergelap ialah Menara Kembar Petronas, Sunway Pyramid, Mid Valley, Hotel Marriot, Hotel Hilton, Angkasapuri, Menara Kuala Lumpur, Menara Maybank, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka serta beberapa bangunan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Penduduk di kawasan perumahan dan perniagaan turut disarankan memadam lampu yang tidak digunakan, memadam perkakasan elektrik dan mengurangkan penggunaan air panas.

(KOSMO)




2 ulasan:

Mdm.Mardziyana berkata...

huhuhu..kalau setakat umah no.18,persiaran 4, tmn bunga raya, gemereh tu, dok tahan bergolap pun takde nye satelit nak letak gambo umah den kat tv. Tapi..sekecil2 usaha pun boleh membantu ke rah perubr..betul tak?????

AnDeH berkata...

Btl..
Sependapat dengan cik Mardziyana...
Truskan komentar anda. Terima kasih