.

Sabtu, 28 Mac 2009

KEMPEN "EARTH HOUR": RELEVANKAH PROTOKOL KYOTO ?


Tatkala artikel ini dipahat, kempen "Earth Hour" ciptaan WWF Australia dan akhbar Sydney Morning Herald sekitar setahun setengah lalu baru sahaja 10 minit berakhir di Malaysia. Kempen ini bertujuan meraih sokongan warga dunia agar menginsafi krisis Pemanasan Global yang kini sudah mencecah pada kadar cukup kritikal. Lapisan ozon dikatakan semakin menipis, bongkah glasier di kutub utara mulai mencair dan mengalir ke merata kawasan membentuk air bah serta banjir yang meragut banyak nyawa haiwan dan manusia. Perubahan iklim dunia yang tidak menentu dan sekata menyebabkan taburan hujan seakan menggila manakala salju pula seakan mahu mencengkam 'nyawa' bumi agar tidak lagi bermaya untuk melepaskan segala gas merbahaya ke udara.

Persoalannya, dimanakah "kekuasaan" perjanjian persefahaman khususnya negara-negara maju yang dikatakan relevan untuk ditandatangani suatu ketika dahulu? Adakah muafakat ini masih relevan untuk kita renung bersama?

PROTOKOL KYOTO...!!!

..merupakan suatu persepakatan dalam Persidangan menerusi Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menekankan peri pentingnya perlaksanaan memelihara Perubahan Iklim dunia. Ia juga dikenal sebagai "UNFCCC".

Semua negara yang bersetuju untuk menandatangani serta mengguna pakai kaedah tersebut. Protokol yang termeterai di Negara Matahari Terbit ini menuntut komitmen semua negara bagi mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca atau disebut kesan rumah hijau.

Dalam perjanjian yang berkuatkuasa sekitar tahun 20o5 ini, kenaikan suhu bumi antara 0.02°C dan 0.28°C setahun menjelang tahun 2050 dikatakan dapat diminima seandainya semua warga dunia komited dalam perlaksanaannya.

Justeru, setakat malam ini sahaja perkhabaran yang diterima menyatakan bahawa terdapat beberapa buah negara yang telah menyambut baik kempen "Earth Hour" tersebut. Dari Negara Australia, China, Singapura termasuklah Malaysia, kempen yang berjalan selama sejam ini telah berjaya dilaksanakan walau tidak sepenuhnya.

Ada yang berpendapat kempen ini sekali pun tidak mampu memupuk rasa kesedaran secara keseluruhan, sekurang-kurangnya ia mampu mewujudkan keresahan melalui kaedah yang dicadang. Pihak yang tidak sependapat pula menyelar tindakan ini kerana dikatakan boleh membahaya keselamatan rakyat serta ekonomi sesebuah negara. Walau pun hanya seketika (1 jam), lazimnya sifat manusia adalah sukar untuk menerima kempen yang dikatakan 'tidak masuk akal' ini.

Apa jua ulasan terhadap kempen ini, segala persepsi merupakan hak individual itu sendiri. Maka, terserah kepada mereka untuk membuat pilihan dan menilaikannya. Tiada unsur gesaan malah jauh sekali untuk paksaan. Sekadar tegasan dan galakan. Demi bumi dan khazanah alam.

Penulis hanya mampu menunjukkan keresahan dan kesedihan kerana sahutan yang sepatutnya disahut oleh negara berkenaan tidak berbuat demikian.

Amerika Syarikat; adalah satu-satunya negara yang masih enggan menandatangani Protokol Kyoto ini. Jauh sekali untuk mematuhi segala arahan serta terma perjanjian sedangkan merekalah penyumbang major Kesan Rumah Hijau atau pengeluar terbesar Gas Rumah Kaca. Seluruh dunia menuntut pemimpin orde baharu dunia, Presiden Kulit Hitamnya melakukan perubahan sebagaimana Pemimpin pengganti John Howard; iaitu Kevin Rudd di Negara pencetus kempen "Earth Hour" tersebut.

Ketika ini, kita bersatu untuk selamatkan dunia. Adakah Negara Amerika akan berubah hati untuk turut serta? Sama-sama kita ramalkannya.
Wallahu a'lam;
Sekadar renungan, Fikir-fikirkan .. .






Tiada ulasan: