.

Isnin, 2010 Februari 08

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) SEKOLAH RENDAH AMBILAN JUN 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR)
Tempoh Pengajian : Satu (1) Tahun
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Warganegara Malaysia
2.2 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir selepas 28 Jun 1975
2.3 Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
2.4 Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
2.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
2.6 Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

3. SYARAT TAMBAHAN
3.1 Calon mestilah sihat fizikal dan mental.
3.2 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
3.3 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.4 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
3.5 Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
4.2 Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.3 Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
4.4 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses dakwaan tindakan tatatertib.
4.5 Calon yang pernah disabit dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

5. BIDANG PENGKHUSUAN YANG DITAWARKAN
5.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
1. Prasekolah
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
5. Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
6. Matematik
7. Sains
8. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
9. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
10.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
11.Agama Islam
12.Pendidikan Seni Visual
13.Pendidikan Jasmani
14.Bimbingan dan Kaunseling
15.Pendidikan Pemulihan
16.Pendidikan Muzik
17.Malaysia Negaraku

5.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
1. Prasekolah
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Bahasa Cina
5. Matematik
6. Sains
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10.Agama Islam
11.Pendidikan Seni Visual
12.Pendidikan Jasmani
13.Bimbingan dan Kaunseling
14.Pendidikan Pemulihan
15.Pendidikan Muzik
16.Malaysia Negaraku

5.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
1. Prasekolah
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Bahasa Tamil
5. Matematik
6. Sains
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10.Agama Islam
11.Pendidikan Seni Visual
12.Pendidikan Jasmani
13.Bimbingan dan Kaunseling
14.Pendidikan Pemulihan
15.Pendidikan Muzik
16.Malaysia Negaraku

6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
6.1 Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.
6.2 Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.
6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan.
6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 FEBRUARI 2010

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Paras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon :
03-88841260/1245/1243/1235/1231/1226

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Perguruan Gaya
Peti Surat 10491
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan College
93250 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082–258045


KURSUS PERGURUAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (KPLSPM) AMBILAN JUN 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah:

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Warganegara Malaysia
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir selepas 28 Jun 1990.
2.3 Calon mestilah sihat fizikal dan mental.
2.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Satu mata pelajaran yang lain serta;
- Lulus Bahasa Inggeris
2.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

3. BIDANG PENGKHUSUAN YANG DITAWARKAN
3.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
1. Pendidikan Prasekolah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Arab Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
10.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13.Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14.Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

3.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
1. Pendidikan Prasekolah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Cina Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
10.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13.Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14.Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

3.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
1. Pendidikan Prasekolah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
10.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13.Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14.Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

4. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
4.1 Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.
4.2 Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.
4.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
4.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan.
4.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 MAC 2010

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Paras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon :
03-88841260/1245/1243/1235/1231/1226

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Perguruan Gaya
Peti Surat 10491
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan College
93250 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082–258045


PERDAGANGAN NEGARA MEROSOT 16.6 PERATUS PADA 2009

Justify FullKUALA LUMPUR 5 Feb.2010 - Seperti yang dijangka perdagangan negara menurun sebanyak 16.6 peratus pada tahun lalu berbanding 2008 kepada RM988.24 bilion berikutan kemelesetan ekonomi global.

Nilai eksport menyusut sebanyak 16.6 peratus kepada RM553.3 bilion manakala nilai import berjumlah RM434.94 bilion, dengan lebihan dagangan sebanyak RM118.35 bilion.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, 10 pasaran utama eksport Malaysia adalah Singapura dengan nilai RM77.2 bilion diikuti China (RM67.24 bilion), Amerika Syarikat (RM60.58 bilion), Jepun (RM54.42 bilion), Thailand (RM29.85 bilion) dan Hong Kong (RM 28.85 bilion).

Beliau berkata, perdagangan dengan Korea berjumlah RM21.10 bilion, Australia (RM20 bilion), Belanda (RM18.42) dan Indonesia (RM17.29 bilion).

Jelas Mustapha, eksport ke negara-negara ASEAN pula bernilai RM142.34 bilion atau 25.7 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada tahun lalu.

"Eskport ke China meningkat sebanyak 6.4 peratus kepada RM67.24 bilion berbanding tahun 2008. Peningkatan eksport ini disebabkan eksport yang lebih tinggi bagi barangan elektrik dan elektronik, gas asli cecair (LNG), petroleum mentah, keluaran getah, barangan perkilangan logam serta kimia dan bahan kimia.

"Selain China, eksport ke Qatar turut meningkat 138.6 peratus dengan nilai RM1.92 bilion berbanding tahun 2008 yang disumbangkan oleh kenaikan eksport kelengkapan pengangkutan seperti kapal suar serta kren terapung yang biasanya digunakan dalam industri gas dan minyak,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat mengenai prestasi dagangan Malaysia 2009 di sini hari ini.

Mustapha menambah, jumlah dagangan pada bulan Disember tahun lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 6.6 peratus kepada RM97.25 bilion berbanding bulan November.

Katanya, nilai eksport negara pada bulan Disember lalu menyaksikan pertumbuhan sebanyak 9.2 peratus kepada RM54.67 bilion berbanding bulan sebelumnya.

Jelas beliau, ia merupakan nilai eksport bulanan tertinggi dicatatkan pada tahun lalu.

Import pada Disember, menurut Mustapha, meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM42.58 bilion.

Ketika ditanya adakah prestasi eksport negara pada Disember tahun lalu akan bertahan sepanjang tahun ini, Mustapha berkata, pihaknya optimis untuk mencapai pertumbuhan purata sebanyak 3.5 peratus berikutan kemunculan pasaran baru seperti China dan India.

Mengenai unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK), beliau berkata, secara rasmi, kerajaan menyasar pertumbuhan sekitar dua hingga tiga peratus namun ia mampu mencecah lima peratus pada tahun ini.

"Kami akan lebih mempromosikan pelaburan domestik dan menunjukkan usaha yang lebih untuk mencapai prestasi yang menggalakkan tahun ini.

"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan bekerja dengan lebih keras pada tahun ini untuk membantu kerajaan mencapai pertumbuhan yang baik,'' ujarnya.

(UTUSAN)

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM - SAIFUL : HARI KETIGA - ANWAR PUJUK SAIFUL

06 Feb

Justify Full

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan untuk membiayai pengajian bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di mana-mana universiti secara sepenuh masa dengan diberikan gaji penuh bagi memujuknya supaya tidak meletak jawatan selepas didakwa diliwat.

Mohd Saiful, yang memberikan keterangan pada hari ketiga di Mahkamah Tinggi di sini semalam, mendakwa Anwar kelihatan agak kesal dan sedih apabila beliau menyuarakan hasratnya untuk meletak jawatan.

"Seperti biasa beliau memujuk saya supaya tidak letak jawatan dan suruh saya lebih berdisiplin. Beliau buat tawaran balas kepada saya dengan menyatakan dia ingin membiayai pengajian saya tidak kira di mana-mana universiti pun dan saya boleh belajar sepenuh masa.

"Pada masa sama, saya juga akan mendapat gaji penuh dan elaun yang pernah saya dapat sebelum itu," katanya menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin.

Mohd Saiful yang memberikan keterangan sebagai saksi pertama pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar, berkata beliau setuju dengan tawaran itu kerana takut untuk membantah kehendak Anwar.

"Di depan dia, saya takut nak buat bantahan sebab itu saya setuju. Beberapa jam selepas itu, dia ada membalas e-mel yang saya hantar (untuk meletak jawatan) dan seingat saya, dia kata terima kasih kerana sudi menyambung kembali perkhidmatan," katanya.

Terdahulu, Mohd Saiful berkata, beliau menghantar e-mel melalui telefon bimbit Blackberry kepada Anwar bagi menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan.

Mohd Yusof: Kamu hantar e-mel melalui Blackberry untuk maklumkan kamu hendak meletak jawatan?

Mohd Saiful: Saya menghantar e-mel itu kepada Anwar pada pagi Jumaat 27 Jun 2008. Selang beberapa jam beliau telefon saya, marah dan suruh saya berjumpanya pada sebelah petang di pejabatnya di Seksyen 16 Petaling Jaya. Saya rasa takut, namun saya pergi juga berdepan dengannya.

Mohd Yusof: Dalam pertemuan apa terjadi?

Mohd Saiful: Beliau bertanyakan kembali mengapa saya ingin meletak jawatan. Saya cakap saya kurang berdisiplin, datang lewat ke pejabat dan beliau selalu marah saya. Yang kedua, saya ini kurang berkelayakan dan takut dipertikai kerana saya diberi keistimewaan oleh Anwar lebih daripada staf lain. Contohnya, saya diberi bilik pejabat sendiri yang baru pada ketika itu di Tropicana Merchant Square (Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat). Namun asas sebenar yang

saya nak berhenti adalah kerana saya tidak rela diperlakukan sedemikian lagi seperti mana dalam pertudu-han.

Pada peringkat itu peguam Anwar, Karpal Singh bangun dan membantah penggunaan perkataan 'lagi' kerana ia boleh menggambarkan berlaku beberapa siri kejadian liwat sebelum itu.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin menolaknya dan memutuskan perkataan itu boleh digunakan kerana ia bermaksud "tidak mahu kejadian sama berlaku pada masa hadapan".

Beliau berkata, tidak timbul persoalan sama ada perkataan itu bersifat prejudis dalam perbicaraan berkenaan.

Menceritakan detik pertemuan pertamanya dengan Anwar di pejabat Penasihat PKR itu, Mohd Saiful berkata, dia diperkenalkan dengan Anwar oleh rakannya, Rahimi Osman pada awal Mac 2008.

"Pada hari itu, Rahimi ada menelefon saya untuk datang ke pejabat Anwar untuk berborak sebab sudah lama tidak berjumpa. Rahimi bertanya sama ada saya sudah bekerja atau ada membuat apa-apa aktiviti, saya jawab tidak.

"Rahimi kemudian tanya sama ada saya berminat menjadi pembantu di pejabat Anwar kerana ada kekurangan kakitangan disebabkan pada masa itu ada tiga calon bertanding (pilihan raya umum), termasuk Nurul Izzah (anak sulung Anwar).

"Pada mulanya saya 50-50 bersetuju dengan tawaran itu dan Rahimi jemput saya ke bilik untuk bermesyuarat bersama Anwar mengenai program ceramah pilihan raya.

"Itu kali pertama saya berjumpa Anwar. Rahimi memperkenalkan saya kepada Anwar dan selepas itu perbincangan diteruskan dengan program pilihan raya. Selesai perbincangan, Anwar mengucapkan penghargaan atas pertolongan, seolah-olah isyarat beliau menerima saya sebagai sukarelawan di pejabatnya," katanya.

Mohd Yusof: Ada pada bila-bila masa Anwar menyoal latar belakang dan kelulusan kamu?

Mohd Saiful: Ada. Saya berterus terang padanya, saya keluar daripada universiti (berhenti) dan seorang bekas pelajar.

Mohd Yusof: Kamu berminat bekerja dengan Anwar?

Mohd Saiful: Ya, saya berminat sebab dia adalah idola saya. Pertama kali jumpanya, saya teruja kerana beliau adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya sejak kecil.

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan pada Isnin ini, selepas hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan melawat Kondominium Desa Damansara bagi kali kedua, tempat kejadian Mohd Saiful mendakwa diliwat.

Pemeriksaan di Unit 11-5-1 di kondominium yang turut disertai Mohamad Zabidin, Anwar dan Mohd Saiful dilakukan mulai jam 12 tengah hari hingga 12.50 tengah hari. Ia adalah pemeriksaan kedua selepas pihak pembelaan memohon mengunjungi unit itu selepas berbuat demikian, kelmarin.

Saiful dakwa tak buang air besar dua hari

Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Mohd Saiful berkata, beliau tidak membuang air besar antara masa selepas diliwat (26 Jun 2008) sehingga diperiksa oleh doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008.

Mohd Saiful, yang juga saksi pertama pihak pendakwaan dalam keterangannya berkata, selepas menjalankan pemeriksaan perubatan berhubung dakwaan liwat itu di HKL, beliau kemudian dimasukkan ke wad hospital berkenaan.

Dalam keterangannya kelmarin, Mohd Saiful memberitahu beliau terlebih dulu pergi ke Pusat Perubatan Pusrawi di Jalan Tun Razak di sini untuk membuat pemeriksaan, bagaimanapun dinasihatkan doktor di situ untuk melakukan pemeriksaan di hospital kerajaan.

Ini kerana, doktor itu menjelaskan bahawa laporan perubatan hospital swasta tidak diterima untuk kes mahkamah, selain Pusrawi juga tiada kelengkapan untuk menjalankan ujian forensik.

Mohd Yusof: Ketika di Pusrawi kamu beritahu doktor yang kamu sakit perut dan dubur. Ada doktor tanya mengapa sakit di situ?

Mohd Saiful: Doktor ada tanya kenapa sakit.

Mohd Yusof: Apa jawapan kamu?

Mohd Saiful: Saya hanya jawab saya sakit di bahagian usus.

Mohd Yusof: Kamu beritahu, doktor itu ada periksa kamu, sebelum kamu cakap sudah diperlakukan oleh Anwar, adakah doktor beritahu hasil pemeriksaannya?

Mohd Saiful: Ketika pemeriksaan baru hendak dijalankan, dia hendak masukkan sesuatu ke dubur, saya berterus terang dengannya mengenai saya diperlakukan oleh Anwar dan dia terus berhenti.

Mohd Yusof: Doktor itu ada beritahu hasil pemeriksaan setakat sebelum diberitahu perkara diliwat?

Mohd Saiful: Tidak diberitahu hasil pemeriksaan.

'Seluar panjang hitam hadiah daripada Anwar'

Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, seluar panjang hitam yang dipakainya pada hari dia diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dihadiahkan oleh Anwar.

Mohd Saiful yang menyambung keterangannya, berkata demikian ketika dikemukakan bahan bukti itu oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

"Ia adalah seluar panjang (slack) hitam. Ia sebenarnya dihadiahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya sebaik seluar hitam itu ditunjukkan oleh Mohd Yusof.

Keterangan Mohd Saiful itu membuatkan orang ramai di galeri awam yang sebelum ini khusyuk mendengar perbicaraan kes berkenaan, kedengaran berkata: 'Oohh'.

Ketika itu juga, Anwar, isteri dan dua anak perempuannya duduk di belakang kandang tertuduh yang menempatkan Anwar, dilihat berbisik sesama mereka.

Selain seluar panjang itu, mahkamah turut dikemukakan 11 bahan bukti mengandungi calitan putik kapas, dua kemeja lengan panjang jenama Ralph Lauren berwarna biru muda dan G2000 warna hijau, dua seluar dalam kelabu dan hitam jenama Levi's serta krim pelincir jenama KY, yang dimeterai dengan cap Jabatan Kimia dan ditandatangani Mohd Saiful.

Antara spesimen itu termasuk sampel calitan di bahagian sekitar dubur, kemaluan, kedua-dua puting buah dada, bahagian tonsil, bawah lidah dan sampel darah bagi ujian DNA, alkohol serta toksikologi.

Mohd Saiful berkata, kemeja lengan panjang Ralph Lauren berwarna biru muda itu dipakai pada hari kejadian manakala krim pelincir jenama KY diserahkannya kepada pegawai penyiasat kes di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 29 Jun 2008.

Beliau berkata, baju G2000 warna hijau, seluar panjang warna hitam (yang dipakai pada hari kejadian) dan satu seluar dalam warna hitam (juga dipakai ketika kejadian) diserahkan kepada pegawai penyiasat ketika di bilik tidur rumahnya di Bandar Utama.

Katanya, seluar dalam kelabu yang dipakainya ketika membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, diambilnya di tepi mesin basuh rumah tunangnya dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Sementara itu, Karpal Singh semalam membangkitkan mengenai gambar dan keterangan dalam Utusan Malaysia dan Sinar Harian edisi muka depan semalam yang menyiarkan gambar 'Saiful menunjukkan katil tempat dia mendakwa diliwat oleh Anwar'.

Karpal mempersoalkan bagaimana gambar dan keterangan itu boleh bocor sedangkan prosiding berkenaan dibuat secara tertutup. Sehubungan itu, Karpal meminta mahkamah memberikan amaran kepada akhbar berkenaan.

Mohd Yusof berkata, beliau percaya seorang jurugambar masuk ke dalam lokasi kejadian.

Katanya, apa yang ditunjukkan Mohd Saiful dalam gambar itu adalah keterangan yang beliau berikan dalam mahkamah dan dipersetujui semua pihak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau tidak berpendapat gambar berkenaan boleh menimbulkan perbuatan menghina mahkamah.

"Keterangan yang diberikan mengenai katil itu sudah dikemukakan dalam mahkamah terbuka," katanya menolak permohonan Karpal supaya mahkamah memberi amaran kepada kedua-dua akhbar berkenaan.

(BERITA HARIAN)

100,000 PELUANG PEKERJAAN DIWUJUDKAN

Kementerian Sumber Manusia menyasarkan 100,000 peluang pekerjaan dapat ditawarkan tahun ini menerusi penubuhan Pusat Komuniti Pekerjaan (PKP) di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, 10 pusat berkenaan akan dilancarkan hujung bulan ini sebagai projek perintis.

"Sepanjang tahun lalu, kita berjaya memadankan 60,000 pekerjaan untuk pencari pekerjaan walaupun dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi.

"Bagi kementerian, KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) yang disasarkan tahun ini adalah untuk memadankan 100,000 pekerjaan dan kami yakin matlamat ini akan dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada lebih 650 murid keluarga miskin di daerah Segamat di Dewan Serbaguna Segamat di sini hari ini.

Subramaniam berkata, untuk permulaan, penubuhan PKP akan ditumpukan di bandar-bandar utama termasuk Cyberjaya, Klang, Melaka dan Pulau Pinang sebelum diperluaskan di lebih 40 bandar menjelang akhir tahun ini.

"Di setiap pusat perkhidmatan ini, kami akan menyediakan para pegawai terlatih untuk membantu orang ramai mencari kerja di samping memberi khidmat nasihat.

"Kita yakin akan dapat membantu lebih ramai rakyat kerana perkhidmatan ini disediakan secara percuma oleh kerajaan," katanya.

Walaupun pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan, masalah pengangguran tidak akan selesai sekiranya orang ramai terlalu memilih kerja, katanya.

Menurut beliau, dari semasa ke semasa, kementeriannya telah didatangi pelbagai syarikat swasta yang berharap dapat mengambil pekerja asing terutamanya dalam sektor elektronik.

"Kita akan berusaha mengatasi perkara ini dengan membawa majikan untuk membuka kaunter pekerjaan di kawasan penduduk yang berkepadatan tinggi di samping membantu menjadikan tawaran gaji yang lebih menarik," katanya.

Sementara itu, Subramaniam memberitahu, kadar pemberhentian pekerja secara purata adalah sekitar 2,000 hingga 3,000 sebulan.

"Bagaimanapun, kadar ini adalah normal dan ia lebih kepada pemberhentian mengikut kontrak pekerjaan," katanya.

( UTUSAN)
Justify Full

Sabtu, 2010 Februari 06

PERTANDINGAN DEBAT KEFAHAMAN ISLAM ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) KALI KE-7


Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Pertandingan Debat Kefahaman Islam Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kali tujuh pada 8 - 12 Februari 2010. Sejajar dengan peranan IKIM untuk meningkatkan kefahaman Islam, maka golongan pelajar yang menuntut di IPT di negara ini juga harus diberi peluang untuk menzahirkan pendapat, pandangan dan hujah mengenai isu yang berkait dengan hal ehwal Islam.

Sehubungan itu, pertandingan ini wajar untuk meninjau dan menganalisa sejauhmana kemampuan mereka dalam memperkatakan hal yang berkaitan.

Debat Kefahaman Islam diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman semua pihak berkaitan Islam; Memberi peluang pelajar yang menuntut di IPT di negara ini menzahirkan pendapat, pandangan dan hujah mengenai isu yang berkait dengan hal ehwal Islam; Meninjau dan menganalisa sejauh mana kemampuan penuntut IPT dalam memperkatakan hal yang berkaitan dan Meningkatkan kesedaran pelajar IPTA berkaitan dunia dan perihal Islam agar mereka ini dapat menghayati bersama ilmu dan disiplin hidup yang dianjurkan Islam.

Pertandingan ini akan diadakan di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Penjurian dilakukan menerusi aspek pengisian kandungan dan idea, bahasa dan cara penyampaian.

Institusi Pengajian Tinggi yang mengambil bahagian ialah:

(i) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(ii) Universiti Putra Malaysia (UPM)
(iii) Universiti Sains Malaysia (USM)
(iv) Universiti Utara Malaysia (UUM)
(v) Universiti Malaya (UM)
(vi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
(vii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
(viii) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
(ix) Universiti Teknologi Petronas (UTP)
(x) Universiti Tenaga Malaysia (UNITEN)
(xi) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
(xii) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
(xiii) Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
(xiv) University Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
(xv) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
(xvi) Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS)

Pusingan I pertandingan debat ini diadakan pada 8 dan 9 Februari 2010, Pusingan II iaitu suku akhir pada 10 Februari 2010. Manakala pertandingan separuh akhir diadakan pada 11 Februari 2010. Pertandingan akhir akan diadakan pada 12 Februari 2010 bertempat di Dewan Besar IKIM.

IKIM menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pasukan yang beroleh kemenangan iaitu:

(i) Johan : RM 15,000.00, Geran berjumlah RM10,000.00 untuk kelab Debat, buku-buku terbitan IKIM, Piala Pusingan dan sijil penyertaan.
(ii) Naib Johan : RM 10,000.00, buku-buku terbitan IKIM dan sijil penyertaan.
(iii) Ketiga : RM 5,000.00, buku-buku terbitan IKIM dan sijil penyertaan.
(iv) Keempat : RM 3,000.00, buku-buku terbitan IKIM dan sijil penyertaan.
(v) Pendebat Terbaik : RM 2,000.00 , buku-buku terbitan IKIM dan sijil penyertaan.

(WWW.IKIM.GOV.MY)


PENGAMBILAN DIPLOMA PENDIDIKAN AKAN DIBUKA SEMULA MULAI 1 MAC 2010



Adalah dimaklumkan bahawa ambilan latihan guru program DIPLOMA PENDIDIKAN (DPLI) bagi lepasan ijazah akan dibuka semula pada 1 MAC 2010. Terima kasih.


Sila rujuk laman web berkenaan: Di sini

11 BARANG KAWALAN TAHUN BARU CINA 2010

PUTRAJAYA 3 Feb.2010 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan 11 jenis barang harga terkawal di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuat kuasa 10 hingga 21 Febuari ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 11 barang itu termasuk perut babi dan daging babi yang buat pertama kali diperkenalkan dalam skim berkenaan.

"Harga maksimum runcit bagi perut babi ialah RM20 sekilogram di Semenanjung manakala di Sarawak serta Sabah harganya antara RM16 dan RM20 dan di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula RM23 sekilogram.

"Harga bagi daging babi pula RM14 sekilogram di Semenanjung, di Sarawak dan Sabah antara RM10 dan RM16 sekilogram dan di WP Labuan RM20 sekilogram," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe.

Menurut Ismail Sabri, berikutan daging babi buat pertama kali dimasukkan dalam senarai barang kawalan, peniaga daging babi dikehendaki mendapatkan lesen khas yang boleh didapati secara percuma di semua pejabat kementerian.

Menurutnya, barang lain ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B, dan C, kubis bulat import dari Indonesia dan China kecuali jenis Beijing, ikan bawal putih serta udang putih besar.

Kata beliau, daging lembu tempatan dan daging kerbau import (India) digugurkan daripada skim kawalan harga barang kawalan kerana didapati kurang relevan untuk perayaan Tahun Baru Cina.

"Peniaga perlu mematuhi syarat-syarat lesen antaranya mempamerkan plat tanda berwarna merah jambu, mempamerkan lesen dan tidak menjual harga barang kawalan melebihi harga siling yang ditetapkan," katanya.

Tegasnya, tindakan akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan.

"Bagi orang perseorangan, mereka boleh didenda sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara di bawah Akta Kawalan Harga 1946.

"Kesalahan ini juga boleh dikompaun sehingga RM7,500 manakala bagi pertubuhan pula denda maksimumnya ialah RM25,000," jelasnya.

Dalam hubungan ini, beliau memberitahu, pegawai penguat kuasa akan ditempatkan di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk tujuan pemeriksaan serta pemantauan.

Bagi sebarang aduan, pengguna boleh menyalurkannya melalui e-aduan@kpdnkk.gov.my, khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32255, talian bebas tol 1-800-886-800 atau mana-mana pejabat penguat kuasa kementerian di seluruh negara.

(UTUSAN)

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM - SAIFUL : HARI KEDUA - HAKIM KES LIWAT LAWAT KONDOMINIUM


KUALA LUMPUR: Hakim perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, melawat ke unit Kondominium Desa Damansara di sini, tempat Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat oleh tertuduh pada Jun 2008.

Selain Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, turut serta dalam lawatan itu adalah barisan peguam bela Anwar, tertuduh, barisan pendakwaan, Mohd Saiful bersama peguamnya, Zamri Idrus dan pegawai penyiasat kes, Jude Pereira.

Semua bertolak dari Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 11.43 pagi menggunakan 15 kereta dan tiba di lokasi berkenaan kira-kira 15 minit kemudian.

Lawatan itu dibuat selepas Mohd Saiful selesai memberikan keterangannya selama 30 minit secara tertutup pada sebelah pagi di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Sebaik tiba di hadapan pondok keselamatan kondominium itu, Mohd Saiful yang keluar dari kereta Proton Waja bersama Zamri, dicerca oleh penyokong Anwar.

Mereka menjerit pelbagai perkataan kesat kepada Mohd Saiful ketika beliau mengikuti Mohamad Zabidin, barisan pendakwaan dan peguam Anwar menuju ke kondominium itu.

Sepanjang lebih kurang sejam di lokasi itu, Mohamad Zabidin diberi penerangan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Bernama pula melaporkan Mohd Saiful menunjukkan kepada hakim tempat Anwar duduk di ruang tamu ketika beliau datang untuk menghantar dokumen dan bilik tidur utama tempat kejadian liwat berlaku selepas itu.

Ketika pemeriksaan di kondominium dua bilik tidur itu di tingkat lima, Mohamad Zabidin dilihat bertanya beberapa soalan kepada Mohd Saiful.

Ada sebuah katil kelamin di bilik tidur utama dengan tingkapnya ditutupi langsir kelabu gelap. Langsir berwarna serupa juga di ruang tamu yang juga ada sofa kulit berwarna pudar. Di ruang makan, terdapat sebuah meja makan untuk enam orang.

Anwar meninggalkan tempat itu selepas pemeriksaan di bilik tidur utama.

Dari unit berkenaan, Mohamad Zabidin dan Mohd Saiful pergi ke pejabat pengurusan kondominium itu untuk memeriksa kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam prosiding semalam, Karpal memohon mahkamah mengenakan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana mendakwa laporan itu dibuat dengan niat jahat kerana apa yang tiada dalam prosiding dilaporkan dalam artikel berkenaan.

Bagaimanapun, Mohamad Zabidin menolak permohonan itu dengan alasan ia bukan dilakukan di dalam mahkamah yang membolehkan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman

Di PUTRAJAYA, peguam Anwar mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff untuk memohon tarikh awal perbicaraan bagi mendengar rayuan Anwar supaya perbicaraan kesnya yang sedang berlangsung ditangguhkan dan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Alauddin memaklumkan secara lisan bahawa rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat akan didengar pada 12 Februari ini.

Usul Anwar untuk mendapatkan perintah penangguhan bagi perbicaraan kes liwatnya akan turut didengar pada hari yang sama.

Ketika ditemui, peguam Anwar, Datuk Param Cumaraswamy berkata Alauddin memaklumkan tarikh perbicaraan permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan permohonannya mendapatkan dokumen penting berkaitan kes liwatnya, akan ditetapkan paling awal menjelang minggu depan.

Katanya, Alauddin turut memaklumkan pihaknya sedang mencari seorang lagi hakim untuk menganggotai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan bagi mendengar permohonan semakan semula itu.

Bagaimanapun, tarikh itu bukanlah rasmi memandangkan notis rasmi bagi perbicaraan pada 12 Februari itu masih belum dikeluarkan, manakala tarikh bagi permohonan semakan semula kehakiman akan hanya dimaklumkan hari ini.

( BERITA HARIAN)

PELAJAR PhD MALAYSIA TERIMA ANUGERAH RATU ELIZABETH


Seorang pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom.

Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini.

Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.

Tahun lalu, Noor Zaiton turut diberi penghormatan menyampaikan ucaptama dalam persidangan antarabangsa Urban Environmental Management and Air Quality in Less Developed Countries di Copenhagen, Denmark.

Noor Zaiton ketika dihubungi, berkata pengiktirafan itu meletakkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Setakat ini, saya belum pernah dengar mana-mana pelajar Malaysia menerima anugerah berprestij ini dan saya sangat bersyukur kerana terpilih menerimanya. Ia adalah kejayaan negara dan UMT.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menaja saya belajar di sini dan juga keluarga terutama suami," katanya.

Noor Zaiton berkata, beliau akan memperkembangkan hasil kajiannya untuk diguna pakai di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas menamatkan pengajian.

"Saya banyak menerima tawaran untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pengawalan pencemaran udara dan akan cuba menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepada penyelidik lain untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka meneroka ilmu dan teknologi baru untuk dimanfaatkan bersama.

Dr Aziz berkata, kejayaan Noor Zaiton juga dapat menyuntik semangat pelajar PhD lain dalam meningkatkan usaha menjayakan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negara.

"Pengiktirafan itu membolehkan negara memiliki pakar dalam sistem pengawalan pencemaran dan diharap sebaik menamatkan pengajian, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh itu dapat dikongsi bersama dalam memperkemaskan pengurusan alam sekitar," katanya.

(BERITA HARIAN)

BUKU TEKS AGAMA KELIRUKAN PELAJAR

Seorang imam masjid di sini merayu Kementerian Pelajaran meneliti semula kandungan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat kerana berlaku kesalahan yang boleh mengeliru dan menjejaskan akidah pelajar.

Nokman Zakaria, 58, seorang pesara guru agama berkata, dia menyedari kesilapan pada halaman 75 dan 134 buku itu sejak lima tahun lalu ketika bertugas sebagai guru agama di sekolah menengah di Terengganu.

Beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan kementerian, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil untuk mengatasi kesilapan itu, malah buku teks berkenaan masih diulang cetak sehingga kini.

"Sebagai contoh, pada muka surat 134, menyatakan antara syarat sah sembelihan ialah 'tidak berada dalam ihram haji' dan ini salah kerana tidak ada pada mana-mana kitab Feqah menyatakan syarat itu. Cuma dalam bab haji ada menyebut larangan ihram iaitu dilarang memburu binatang buruan darat yang halal dimakan.

"Jika binatang disembelih itu buruan seperti rusa dan kijang, ia termasuk larangan ihram haji tetapi jika disembelih itu seperti ayam, itik, lembu dan korban, dibolehkan kerana bukan binatang buruan.

"Kesilapan ini tidak sepatutnya terjadi kerana membabitkan komuniti besar, iaitu hampir semua sekolah di negara ini guna buku teks ini dan kementerian perlu meneliti terlebih dulu kandungannya serta merujuk orang bertauliah dalam hal ini," katanya yang juga imam Masjid Padang Tengir, Manir, di sini.

Nokman berkata, jabatan dan kementerian mengakui kesalahan pada buku berkenaan tetapi masih tiada tindakan diambil.

Beliau berkata, kesilapan berhubung tafsiran penyembelihan dan hal berkaitan akidah yang ditulis dalam buku berkenaan patut diperbaiki kerana boleh mengelirukan pelajar dan guru.

(BERITA HARIAN)

Khamis, 2010 Februari 04

ANWAR AJAK MOHD SAIFUL UNTUK MENGADAKAN HUBUNGAN SEKS DI LUAR TABII

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini yang memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu, digemparkan dengan dakwaan mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful, 23 yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Anwar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan pada perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f--- you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yuof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.

Permohonan itu dibenarkan oleh hakim untuk perbicaraan yang bersambung esok.

Sebelum itu, Mohd Saiful, 25, berkata beliau pergi ke kondominium tersebut dengan menaiki sebuah van dan tiba di hadapan pondok pengawal pada kira-kira pukul 2.15 petang dan hanya perlu menyebut perkataan "Mokhtar" sebelum dibenarkan masuk.

Mohd Saiful berkata beliau pernah pergi ke kondominium tersebut untuk bertemu Anwar di sebuah unit lain yang dimiliki rakan tertuduh bernama "Hasanuddin".

"Untuk sampai ke unit bernombor 1152, saya terpaksa menaiki lif dan menggunakan intercom, dan setiap kali mendengar suara lelaki yang sama menjawab sebelum pintu unit itu dibuka," jelas Mohd Saiful.

Beliau kata sebaik sahaja bilik itu dibuka, beliau melihat Anwar duduk di meja makan.

Mohd Saiful berkata beliau hanya bekerja dengan Anwar selama empat bulan iaitu pada awal Mac 2008 sehingga 28 Jun tahun yang sama dan berhenti sebagai pembantu peribadinya kerana tidak sanggup lagi diliwat oleh majikannya itu.

Mohd Saiful yang berkot biru gelap dan kemeja biru berkata beliau tidak memberikan surat peletakan jawatan kepada Anwar tetapi memberitahu mengenai perkara itu melalui e-mel yang dihantar menerusi blackberrynya kepada e-mel Anwar pada 27 Jun 2008.

Dalam e-mel itu, beliau memberitahu Anwar alasannya berhenti kerja kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.

Ditanya Mohamed Yusof mengapa beliau berhenti kerja Mohd Saiful berkata beliau tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan.

Bagaimanapun apabila ditanya kali kedua kenapa beliau berhenti kerja, katanya beliau tidak sanggup lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan itu.

Mohd Saiful berkata disebabkan beliau mula bekerja seminggu sebelum pilihan raya umum ke-12, beliau ditugaskan sebagai sukarelawan iaitu mengatur jadual perjalanan pilihan raya dan program pilihan raya bagi Anwar.

Setelah dua bulan bekerja, iaitu pada April beliau dilantik sebagai pembantu peribadi tetapi tiada surat pelantikan diberikan kepadanya.

Selaku pembantu peribadi, Mohd Saiful berkata beliau mempunyai empat tugas iaitu mengatur pertemuan sulit Anwar untuk berkomunikasi dengan ejen anggota-anggota Parlimen yang ingin lompat parti, membantu Ibrahim Yaakub iaitu pembantu khas Anwar bagi mengatur jadual Anwar, membuat filing dokumen sulit Anwar seperti penyata bank dan mengawal selia telefon bimbit peribadi Anwar pada setiap pagi seperti memeriksa khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon itu.

Mohd Saiful berkata beliau dibayar gaji secara rasmi sebanyak RM1,000 sebulan dan diberikan elaun USD$1,000 dan HKD$10,000, bergantung pada lawatan yang diikutinya.

Ketika ditanya Mohamed Yusof mengenai tahap pendidikannya, Mohd Saiful berkata pada tahun 2003 beliau telah mengikuti kursus Landasan Kejuruteraan Kuasa Elektrik di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), kemudiannya ditawarkan mengikuti kursus yang sama pada peringkat ijazah.

Bagaimanapun beliau tidak menamatkan pengajiannya kerana gagal dalam peperiksaan.

"Keputusan saya sangat teruk. Saya malu dan tertekan dan bertindak tamatkan pengajian," katanya.

Mohd Saiful juga diminta Mohamed Yusof membaca dalam hatinya laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2006, dua hari selepas kejadian, mengenai kes liwat itu.

Ketika Mohamed Yusof mengemukakan soalan, siapa yang membawa beliau ke balai polis Jalan Travers untuk membuat laporan, Karpal Singh memohon mahkamah untuk membatalkan perkataan "kejadian kali terakhir" di barisan tiga dalam laporan polis itu.

Karpal Singh berkata perkataan-perkataan "kejadian kali terakhir" memberi maksud adanya kejadian-kejadian lain sebelum 26 Jun 2008.

Mohamed Yusof berkata laporan polis itu ditulis berdasarkan apa yang diberitahu oleh pengadu dan pihak pendakwaan tidak boleh menghalang laporan tersebut dibuat.

Mohamed Yusof berkata walaupun ayat itu ada tertera dalam laporan polis tersebut, pihak pendakwaan akan hanya menjuruskan kes berkenaan mengikut kertas pertuduhan.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Karpal Singh untuk membatalkan perkataan itu kerana ia akan membawa maksud adanya kejadian lain sebelum itu.

Dalam ucapan pembukaannya, Mohd Yusof berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Anwar.

Mohamed Yusof dibantu oleh tujuh timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latiff, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azmad.

Selain Karpal Singh, Anwar juga diwakili peguam Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, S. N. Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando.

(BERNAMA)

98,747 PEGAWAI POLIS NIKMATI SKIM GAJI BARU


Seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata skim perkhidmatan baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lepas namun tarikh pembayaran gaji mengikut skim baru itu masih belum ditetapkan.

Skim baru itu akan membolehkan mereka menikmati gaji sekurang-kurangnya RM1,500 hingga RM6,000 bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matriks, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Ini merupakan usaha berterusan kementerian dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anggota polis di seluruh negara," katanya.

Menurut beliau, pemberian gaji sebanyak itu bersesuaian dengan perubahan daripada segi kelayakan masuk Inspektor yang telah dinaik taraf daripada kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D).

Bagaimanapun, Hishammuddin menjelaskan bagi kategori pegawai rendah polis dan konstabel, pengurusan tertinggi PDRM masih berurusan dengan pihak agensi pusat untuk memperhalusi skala gaji termasuk imbuhan tetap.

"Penolong Penguasa Polis akan mendapat gaji matriks yang baru sebanyak RM2,130 iaitu kenaikan sebanyak RM69.72 berbanding RM2,060.28 manakala gaji akhir ialah RM5,170.53 berbanding skim lama iaitu RM4,962.39 dengan kenaikan sebanyak RM208.14," katanya.

Beliau berkata anggaran pergerakan gaji bagi Inspektor dinaikkan kepada RM2,060.28 berbanding RM1,423.50 mengikut skim lama manakala gaji akhir pada RM3,710.66 telah dinaikkan kepada RM4,962.39.

"Untuk Sarjan Lantikan, kemasukan baru adalah dengan menggunakan syarat kelayakan STPM/Diploma manakala wajaran pengambilan adalah sebanyak 20 peratus dari jumlah jawatan Sarjan," katanya.

Hishammuddin berkata kategori Sarjan dan Sarjan Mejar masing-masing menerima penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru iaitu daripada P1T15 kepada P1T18 dan P1T12 kepada P1T15.

"Bagi Sub Inspektor pula, ia turut melibatkan penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru iaitu dari P1T12 kepada P1T15," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai anggaran pergerakan elaun untuk setiap kategori pegawai dan anggota, Hishammuddin berkata tiga kategori meliputi Sarjan, Sarjan Mejar dan Sub Inspektor akan mendapat perubahan Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) daripada RM115 kepada RM160, melibatkan pertambahan sebanyak RM45.

"Bagi Inspektor yang telah dikategorikan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional kerana syarat kemasukan telah dinaik taraf, mereka akan menerima pertambahan ITKP sebanyak RM140 menjadikan jumlah elaun kepada RM300 berbanding RM160 sebelum ini.

"Penolong Penguasa Polis pula akan mendapat tambahan IPTK sebanyak RM50, menjadikan jumlah elaun mereka RM350 berbanding RM300 sebelum ini manakala Timbalan Penguasa Polis akan menerima pertambahan sebanyak RM100 menjadikan elaun mereka RM400 berbanding RM300," katanya.

Penguasa Polis pula akan menerima tambahan RM150 menjadikan elaun mereka berjumlah RM450 berbanding RM300 sebelum ini, katanya.

(BERNAMA)

Rabu, 2010 Februari 03

TIMBANG WAJIB LULUS B. INGGERIS SPM

Kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius untuk mensyaratkan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu selari dengan tumpuan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di kalangan pelajar mulai tahun depan.

“Langkah mewajibkan calon SPM lulus Bahasa Inggeris sebagai syarat mendapat sijil sedang dipertimbangkan secara serius dan kita akan umumkan apabila sampai masanya nanti.

“Apabila dilaksanakan, pelajar akan beri perhatian yang lebih dan takkanlah mereka yang sudah belajar belasan tahun sejak dari darjah satu menghadapi masalah untuk lulus,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan bercadang mewajibkan kelulusan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung oleh TV3, di sini hari ini yang dikendalikan Datuk Manja Ismail.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi memberitahu, dasar mewajibkan calon SPM lulus Bahasa Inggeris kemungkinan akan dilaksanakan mulai 2012.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, usaha kerajaan untuk mewajibkan lulus Bahasa Inggeris tidak membebankan pelajar khususnya pelajar Melayu.

“Pelbagai penambahbaikan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris akan dibuat secara agresif mulai tahun depan.

“Oleh itu, saya tidak melihat semua pendekatan yang diambil kerajaan bakal membebankan pelajar khususnya kaum Melayu kerana syaratnya hanya lulus dan bukannya wajibkan kredit,” jelasnya.

Beliau menambah, mulai tahun depan, 15 guru pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil untuk mengajar guru-guru subjek Bahasa Inggeris tempatan mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran yang betul.

Pada masa sama, katanya, lebih 300 guru asing akan turut diambil bagi memantau prestasi guru-guru subjek Bahasa Inggeris tempatan, juga mulai tahun depan.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, Kementerian Pelajaran akan menawarkan insentif istimewa kepada guru besar dan pengetua cemerlang yang sanggup membimbing sekolah yang mempunyai pretasi akademik dan kokurikulum terburuk di negara ini.

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan sekolah yang berprestasi buruk itu tidak terus ketinggalan berbanding sekolah lain.

Selain itu kementerian juga kata beliau akan membuat dasar termasuk mewajibkan setiap guru mengajar selama lima hingga tujuh tahun di kawasan luar bandar.

( UTUSAN)

Isnin, 2010 Februari 01

UNITED BELASAH ARSENAL


Penyerang England, Wayne Rooney merakamkan jaringan ke-100 kerjayanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menyumbat gol kedua membantu Manchester United membenam Arsenal 3-1 di Stadium Emirates, malam tadi.

Pemain berusia 24 tahun itu yang berada dalam prestasi memuncak ketika ini sudah menyumbat 22 gol dalam semua kejohanan musim ini dan membuat ketiadaan Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Real Madrid kurang dirasai.

United yang mengutip 53 mata - satu di belakang pendahulu, Chelsea membuka tirai jaringan menerusi Nani minit ke-33 sebelum Rooney menggandakan jaringan pada minit ke-37 sebelum Park Ji-sung mengesahkan tiga mata milik United dengan gol minit ke-52.

Gol sagu hati Arsenal disumbang oleh Thomas Vermaelen minit ke-80.

Sementara itu, Emmanuel Adebayor menandakan kepulangannya ke EPL selepas tragedi ngeri di Piala Negara-Negara Afrika dengan gol pertama ketika membantu Manchester City menewaskan Portsmouth 2-0 di Eastlands, malam tadi.

Adebayor yang terselamat dalam tragedi serang hendap ke atas bas pasukan Togo yang mengorbankan dua anggota pasukan sebelum kejohanan bermula, kelihatan ofsaid sebelum merembat masuk melepasi penjaga gol, David James pada minit ke-39.

Vincent Kompany menggandakan jaringan untuk kedudukan 2-0 sebaik tamat separuh masa ke atas pasukan tercorot yang dibelenggu masalah kewangan itu.

(Reuters)

SEKOLAH, GURU DILARANG TAMBAH CUTI AIDILFITRI

Mungkin disebabkan kesilapan kecil, tetapi ketiadaan cuti peristiwa sekolah sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini menyebabkan pentadbir sekolah dan guru kebingungan untuk mendapatkan cuti berkenaan.

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran pada 21 Disember 2009 dan boleh diakses di laman web www.moe.gov.my, sekolah di seluruh negara dibenar mengambil cuti peristiwa tahun ini untuk perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan (Sabah dan Labuan) dan Hari Gawai (Sarawak).

Bagaimanapun, agak mengejutkan bagi banyak pihak apabila cuti peristiwa tidak dibenarkan untuk Aidilfitri.

Berbanding cuti ganti, cuti peristiwa adalah cuti yang boleh diambil sekolah tetapi tidak perlu diganti seperti pada Sabtu yang biasa dilaksanakan selama ini.

Seorang pengetua yang tidak mahu dikenali berkata, majoriti pentadbir sekolah di negeri ini mendapati pekeliling itu agak pelik berbanding sebelum ini.

Pada mulanya, beliau berkata, semua pentadbir sekolah beranggapan berlaku kesilapan pada pekeliling Kementerian Pelajaran itu dan membuat permohonan untuk mendapatkan cuti peristiwa bagi sekolah masing-masing untuk Aidilfitri tahun ini.

"Bagaimanapun, kami terkejut apabila Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menolak permohonan cuti peristiwa dengan alasan penolakan itu berlandaskan pekeliling berkenaan.

"Selepas itu, baru kami menyedari pekeliling itu adalah betul dan bukannya kesilapan Kementerian Pelajaran," katanya.

Katanya, cuti peristiwa perlu berikutan Aidilfitri adalah antara perayaan agama yang penting bagi majoriti penduduk di negara ini, terutama di negeri ramai Melayu seperti Kelantan dan Terengganu.

"Dengan majoriti pelajar di Pantai Timur adalah Melayu, ketiadaan cuti peristiwa adalah sesuatu yang pelik tetapi pada masa sama, memberikan cuti itu bagi perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan atau Hari Gawai," katanya.

Seorang lagi pengetua sekolah berkata, keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Sebelum ini, tidak pernah ada masalah untuk kami memohon cuti peristiwa untuk hari raya, tetapi saya yakin ini mungkin kesilapan dan kementerian akan dapat mengatasinya.

"Tidak masuk akal jika kementerian dengan sengaja mengecualikan Aidilfitri daripada mendapat cuti peristiwa itu," katanya.

Aidilfitri tahun ini dijangka pada 10 dan 11 September iaitu Jumaat dan Sabtu, dua hari terakhir cuti pertengahan penggal selama seminggu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Berikutan keputusan kementerian untuk tidak membenarkan cuti peristiwa pada perayaan Aidilfitri, orang ramai terutama pelajar dan guru sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu perlu kembali bertugas semula pada Hari Raya ketiga iaitu pada Ahad.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.

(BERITA MINGGU)

JAWATAN KOSONG KONSTABEL LELAKI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) JAN 2010

JAWATAN :
- KONSTABEL LELAKI
Rujukan: FTMT 1/2010 DLM KPN (PR) 114/4

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Melayu
- Bagi Peperiksaan SPM sistem terbuka mestilah mendapat Kepujian dalam 2 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus 4 matapelajaran lain dalam satu atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

IKLAN JAWATAN KOSONG & MAKLUMAT LANJUT :
http://www.ziddu.com/download/8379398/tanKonstabelLelakiPolisDiRajaMalaysiaPDRMJan2010.pdf.html
atau
http://www.scribd.com/doc/26138547/iklan-jawatan-konstabel-lelaki-polis-diraja-malaysia-pdrm-jan-2010

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

KETUA POLIS NEGARA
(UNIT PENGAMBILAN)
IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
50560 BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR.
03-22626320 / 22627559

TARIKH TUTUP : 10 FEBRUARI 2010

KALENDAR DEBAT TERKINI:

**Khas unt. makluman pendebat2 UiTM:

1.Pidato pemilihan wakil Msia ke PABM 3-4 Feb,Federal Hotel)

2.Pemilihan IKIM,(29-31 Jan ,3-7Feb UITM Shah Alam)

3.Debat IKIM (8-12Feb, IKIM Jalan Duta)

4.Latihan Debat ASTAR&konvensyen debat UITM (12-16 Feb, UITM Shah Alam)

5.Debat ASTAR (17-21 Feb, UM)

6.Pidato B...M Antarabangsa (29Feb-5Mac, Istana Budaya)

7. Debat Integriti (12-16 Mac, UMS)


Sumber: (Debatbm UiTM Semalaysia - Facebook)