.

Jumaat, 27 Mac 2009

DIA TELAH JADI KETUA


Pemilihan kepimpinan UMNO telah pun melabuhkan tirainya. 'Saf' kepimpinan terkini (20o8-2011) bakal membawa orde baharu dalam negara.

Ada kemenangan jawatan yang menepati ramalan malah tidak kurang juga mereka yang terlepas daripada jangkaan. Apa jua alasan, inilah realiti suara perwakilan. Fakta membelakangkan segala teori dan ulasan. Walau hakikat fakta dikatakan ada kecacatan. Justeru, yang pahit sama-sama kita 'telan'.

Penulis banyak meluangkan masa melayari pelbagai blog yang bercerita tentang pemilihan UMNO kali ini. Rata-rata bersifat memuji. Tak tinggal juga mereka yang terbuka untuk mencaci. Lantaran, segalanya sekadar persepsi peribadi. Kita pula hidup dalam suasana negara berdemokrasi. Maka, hak bersuara walau secara maya hanya di hujung jari.

Dari bekas Perdana Menteri; hingga rakyat di akar umbi. Terkesan suatu ciri yang menempangkan pertubuhan keramat ini. Ada kata, salah seseorang menyebabkan struktur pecahan undi. Ada yang menyatakan rasuah di sana-sini. Ada juga menyalahkan Lembaga Disiplin yang telah sedia kontroversi. Ada pula yang menyatakan perwakilan "belum insaf" lagi. Namun, segalanya hanya spekulasi. Mungkin tidak benar sama sekali. Mungkin juga akan terbukti satu hari nanti.

Daripada beberapa frasa, ramai yang telah menduga penulis bercerita tentang siapa? Telahan anda sememangnya benar belaka. Justeru, tinggalkan pendapat anda. Semoga menjadi renungan bersama. Dialah Naib yang telah muncul jadi Ketua. Semoga beliau ber 'hijrah' kata dan susila. Agar diterima rakyat semua. Demi pembangunan umat Melayu kita.

Apa komentar anda di luar sana ?








2 ulasan:

azlishukri berkata...

cantik sungguh gaya bahasa Tuan..saya kagum penulisan cara ini. salam singgah

AnDeH berkata...

trm kasih atas kunjungan,
semoga idea cambahkan pengetahuan

-Andeh-