.

Khamis, 19 Februari 2009

KISAH 3 BUKIT: PROSES 'MENUJU PUNCAK' ??

Arwah YB Roslan Shaharum


Elizabeth Wong

Arumugam

AL KISAH 3 BANGSA di 3 BUKIT dalam 3 NEGERI BERBEZA

Tatkala artikel ini ditulis, barangkali komuniti yang rancak melayari blog-blog bagi mendapatkan info yang diperlukan sudah 'mual' mengikuti arena politik Malaysia. Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan. Masing-masing ada kisah sejarah yang tersendiri. Bermula dengan penceritaan di Bukit Gantang yang menyaksikan seorang pemimpin yang kembali mengadap Ilahi secara mengejut setelah rebah ketika menunggang basikal menuju ke klinik berhampiran tatkala berasa diri diserang penyakit. Maka, kerusi kawasan P59 kembali kosong. Sudah tentu kes pertama SPR mengumumkan pilihanraya buat kawasan berkenaan. Tidak lama selepas itu, muncul pula kes berkaitanBukit Selambau. Al kisah yang berkaitan dengan etika pemimpin yang didakwa terlibat dalam menjalankan kegiatan tidak bermoral sehingga mengheret ADUN tersebut menghilangkan diri. Akhirnya, negara dikhabarkan YB tersebut nekad meletakkan jawatan yang mungkin disebabkan malu atau nama yang telah tercemar. Namun, ceritera yang semakin hangat kini sehingga memualkan masyarakat Malaysia dengan kisah politik negara telah berlaku di Bukit Lanjan. 'Aksi panas' di ranjang tersebar luas yang dilakukan oleh insan yang tidak berperikemanusiaan. Mungkin insan tersebut perlu kembali ke meja sekolah untuk menuntut ilmu sivik 24 jam sehari selama 365 setahun!!

Apa pun kisah yang berlaku, keterlibatan 3 Bukit di 3 buah negeri berasingan dengan menggabungkan 3 bangsa iaitu allahyarham YB Roslan Shahrom, Arumugam dan Elizabeth Wong seolah-olah menyaksikan 'keharmonian' rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang kebetulan dan ada pula 'seakan' dirancang. Walaubagaimana pun, Suruhanjaya Pilihanraya telah membuat ketetapan bahawa 3 kawasan hangat ini akan diadakan pilihanraya pada awal bulan April nanti.

Pelbagai reaksi yang di hujahkan masyarakat. Mereka menghukum berdasarkan fakta yang disampaikan oleh media dan firasat sendiri serta khabar-khabar yang disampaikan dari mulut ke mulut. Ada yang menyatakan tahun ini meruapakan 'Tahun Bukit', tidak ketinggalan yang menyatakan ini semua berlaku kerana agenda strategi oleh pro aspirasi kerajaan dan sebagainya. Bagi pembangkang, inilah masa yang perlu diguna bagi menyatakan ketulusan mereka dan membuktikan kerakusan kerajaan yang seakan 'gila kuasa' setelah menerima kekalahan di lima buah negeri ada PRU ke-12 tahun lalu. Sebagai kerajaan, inilah masa yang dianggap peluang untuk 'menuju puncak' bagi membuktikan mereka adalah kuasa yang sebenar-benarnya dan tidak akan patah dek telahan pembangkang yang 'menyinga'.

Memandangkan kisah 3 Bukit ini ada yang menganggap suatu kebetulan dan ada juga yang menganggap sebagai perkara yang telah dirancang, maka timbul pula spekulasi tentang apakah nasib yang bakal dihadapi oleh beberapa kawasan 'BUKIT'; samada di 4 kawasan peringkat Parlimen atau 25 kawasan peringkat Dewan Undangan Negeri yang sedang 'diperhati'. Seandainya telahan ini terus berlaku, maka penduduk serta pemimpin yang berada di 29 kawasan 'BUKIT' ini bersiap sedialah bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan tiba:

Parlimen

Bukit Gelugor
Bukit Mertajam
Bukit Katil
Bukit Bintang

Dewan Undangan Negeri

Bukit Kayu Hitam
Bukit Lada
Bukit Panau
Bukit Bunga
Bukit Tengah
Bukit Baru
Bukit Kepayang
Bukit Ibam
Bukit Tambun
Bukit Melawati
Bukit Chandan
Bukit Antarabangsa
Bukit Gasing
Bukit Tunggal
Bukit Payung
Bukit Assek
Bukit Besi
Bukit Serampang
Bukit Naning
Bukit Permai
Bukit Batu
Bukit Begunan
Bukit Saban
Bukit Sari
Bukit Tuku

Semoga politik negara kembali stabil seperti sediakala demi kemaslahatan rakyat khususnya di kawasan masing-masing. Kebajikan rakyat lebih utama daripada kepentingan peribadi sendiri. Sekadar pandangan peribadi , Fikir-fikirkan...
____________________________________________________________________

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slow2 orang takde.. tak tipu betul.. slow2 pilihanraya kecil.. tak tipu betul.. slow2 diorang usaha nak jatuhkan.. tak tipu betul.. slow2 diorang menipu.. tak tipu betul.. slow2 malaysia jahanam tak tipu tapi harap tak betul...