
Namun, dek kegelojohan beberapa buah negara yang mengambil kesempatan atas kestabilan matawang yang sedang kukuh maka berlaku beberapa keadaan yang akhirnya merugikan beberapa pihak termasuk Malaysia. Isu simpanan dalam bentuk Pound British sekitar tahun 1966 serta sikap angkuh pemimpin barat yang mengumumkan keputusan agar Dolar Amerika tidak lagi diikat dengan nilai ouns Dinar Emas menyebabkan pasaran tukaran matawang yang ditukarkan melalui Dolar Amerika tidak lagi sekukuh sebelumnya. Mereka membuat keputusan bahawa dagangan hanya perlu ditukar dalam Dolar Amerika sahaja. Inilah bukti ketakaman mereka sehingga memakan negara sendiri hari ini. Sejak tahun 1983/84 yang menyaksikan kali terakhir negara 'Uncle Sam' itu menerima krisis kewangan, Amerika tidak pernah mengalami kegawatan ekonomi. Namun, dek konsep kapitalime yang dijunjung mereka akhirnya tahun 2007/08 menyaksikan keruntuhan empayar ekonomi Amerika Syarikat. Malah keadaan kali ini ditafsirkan oleh Presiden Barack Obama lebih teruk daripada tahun 1983/84 dahulu. Dunia juga seakan bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir yang mengatakan sistem kewangan Barat kini sudah menunjukkan petanda kegagalan. Justeru, penggunaan Dinar Emas ini mulai dirisik kembali oleh pakar-pakar yang percaya nilainya tetap dan teguh dalam keadaan apa sekali pun. Secara logik juga kita dapat menilai, antara duit kertas (notes) dan Dinar Emas. Dalam keadaan tertentu seperti kejatuhan nilai matawang, mana satukah yang akan tetap bernilai???
Baru-baru ini dalam program seminar "Dinar Emas 2009" yang diadakan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Naib Canselornya; Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata bahawa penggunaan Dinar Emas sangat praktikal ketika ini memandangkan nilai emas yang sentiasa meningkat tatkala krisis ekonomi global melanda negara-negara di dunia. Nilai Dinar Emas tidak mudah 'runtuh' walau dalam keadaan inflasi berbanding nilai matawang biasa.
Beliau turut menambah bahawa Emas juga adalah satu aset yang akan sentiasa stabil dan berharga dari semasa ke semasa. Dinar boleh dijadikan tempat penyimpanan nilai yang tinggi. Tidak seperti wang kertas atau syiling.
Segala yang jelas, hari ini kita perlu memupuk usaha menggiatkan penyelidikan serta melaksanakan penggunaan Dinar Emas secara efektif agar krisis ekonomi samada di peringkat Asia seperti yang berlaku sekitar tahun 1997/98 dahulu atau peringkat dunia sekarang ini mampu dihadapi dengan baik. Dengan pelaksanaan Dinar Emas ini banyak masalah-masalah ekonomi dapat diselesaikan. Pelabur-pelabur turut yakin untuk meneruskan pelaburan mereka. Pengangguran juga akan dapat dikurangkan ke tahap minima. Bersama menghayati sunnah junjungan Mulia kerana zaman Baginda dahulu pun Dinar Emas adalah kaedah transaksi yang diguna pakai. Maklumat terkini nilai Dinar Emas, layari: Di sini.
Sekadar berkongsi ilmu yang ada,
Fikir-fikirkan...
Sekadar berkongsi ilmu yang ada,
Fikir-fikirkan...

____________________________________________________________________
2 ulasan:
SALAM
saya amat senang dgn tulisan saudara dlm blog ini..ia membuatkan fikiran saya adakalanya berfikir semula...
W/salam CikLiezaOnline,
Trmkasih atas perhatian anda . Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada ilmu sedikit yang dikurniakan, insya Allah
Catat Ulasan