.

Ahad, 22 Februari 2009

LAGI KISAH "BOOK-IT !!!" : D.U.N "BUKIT" ANTARABANGSA PULA !!!

____________________________________________________________________
Tulisan Oleh "Medan-Info-Kita" :

Kecoh Lagi !!!
Selepas Perak, Kedah..kini Pakatan Rakyat di Selangor pula semakin panas.
Azmin Ali dikhabar bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Benarkah...??

Gambar sedutan kenyataan media yang dibuat oleh Pakatan Rakyat Selangor dibawah ini hanya akan menjadi suatu spekulasi atau mungkin kenyataan. Klip video ini boleh ditonton pada laman web Malaysikini TV
http://www.malaysiakini.tv/video/16728.

Sebaik sahaja selesai RETREAT untuk semua wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor dua hari lepas, mereka telah mengadakan satu Sidang Media Khas berhubung dengan kenyataan rasmi membantah tindakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia [SPRM] yang dikatakan mendahului tugas Peguam Negara dalam kes salah guna kuasa Khalid Ibrahim berhubung dengan Dua "L" iaitu Lexus dan Lembu.

Sebentar!!!
Andainya anda telah melihat keseluruhan klip video diatas sebentar tadi, kenyataan rasmi PR Selangor itu telah dibuat oleh Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa. Dimana pula Dr Hassan Ali dan Theresa Kok?? Sekiranya ditonton klip video tersebut, Dr Hassan Ali duduk sebelah ADUN Sekinchan , Yb Ng Swee Lim. Manakala Theresa Kok pula duduk bersebelahan ADUN Meru, Yb Dr Rani Osman.


Sidang Media daripada PR Selangor ini dibuat bagi membela MB mereka. Namun, seharusnya sidang ini dibuat oleh Exco Kanan kerana PR Selangor tidak ada Timbalan MB. Apakah untuk menjaga hati pemimpin PAS, maka Theresa tidak ditugaskan memikul tanggungjawab tersebut? Ada yang memberi rasional bahawa Azmin adalah Ketua WHIP Pakatan Rakyat dalam Parlimen merangkap Naib Presiden PKR, memandangkan sidang media itu menyebut kenyataan rasmi oleh semua wakil rakyat PR Selangor termasuk Ahli Ahli Parlimen, maka Azmin dikira mewakili mereka semua.

Tetapi, kalau ditafsirkan ini adalah urusan rasmi kerajaan PR Selangor, sidang media dan sebarang kenyataan rasmi mestilah dibuat oleh orang yang paling kanan kepada Khalid Ibrahim. Dalam struktur pentabiran kerajaan PR Selangor, Azmin Ali hanyalah ADUN yang biasa. Azmin bukannya bertaraf EXCO jika hendak dibandingkan dengan Yb Yakob Sapari.

Malah jika dilihat dalam pentadbiran Perhubungan PKR Selangor itu pula, Azmin hanyalah seorang Ketua Bahagian dari Gombak, dimana Perhubungan PKR Selangor mempunyai dua orang Timbalan Pengerusi iaitu Yb Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat bersama Yb Hee Loy San, Ahli Parlimen PJ Utara setelah Ahli Parlimen Kapar Yb Manikavasagam meletakkan jawatannya sebagai protes atas kegagalan Khalid membantu masalahnya beberapa bulan yang lalu.

Adakah desas desus bahawa Khalid Ibrahim akan pergi bercuti dan mengosongkan kerusi MB Selangor sebaik sahaja pendakwaan dimulakan akan menjadi realiti? Siapakah bakal menggantikan Khalid Ibrahim?

Dalam keadaan Khalid sedang berdepan dengan dua tuduhan rasuah, kini terpalitlah sudah rekod buruk beliau ketika menggalas tanggungjawab sebagai Ketua kerajaan PR Selangor. Ditambah pula dengan kenyataan yang bertentangan oleh Azmin Ali pada sidang media yang sama mengatakan bahawa Elizabeth Wong belum meletak jawatan. Ternyata secara jelas bahawa Azmin telah membelakangkan MB Selangor yang sedang menghitung hari hari akhirnya.

Apakah rakyat DUN Bukit Antarabangsa akan berpesta menyambut majlis perlantikan wakil rakyat mereka sebagai MB negeri Selangor yang baru….?

Seandainya ini benar-benar terjadi, Bukit Antarabangsa akan menjadi “bukit” keempat mendapat publisiti media selepas ini.

Yang menariknya nanti, sewaktu Azmin bersama pengundi-pengundinya mengadakan sambutan itu , adakah Khalid sudah diarahkan pergi bercuti? Akan timbul pula spekulasi samada beliau akan menenangkan fikirannya di sebuah destinasi yang sama dengan Elizabeth Wong.

Ke Bukit Gantang membaca talkin
Singgah ke Bukit Selambau, tak jumpa jalan
Tidur di Bukit Lanjan terselak kain
Bukit Antarabangsa berpesta sakan

Sama-samalah kita saksikan segala kesudahan kisah MB Selangor yang diramalkan akan mengalami nasib yang serupa dengan nasib bekas Menteri Besar Perak.

Di petik dari laman blog: http://medaninfokita.blogspot.com/ serta disunting oleh Andeh.

Wallahu a'lam .. .
____________________________________________________________________

Tiada ulasan: