.

Jumaat, 28 Mei 2010

DEBAT 111 JAM TANPA HENTI

PUTRAJAYA 19 Mei - Aktiviti debat selama 111 jam bakal memeriahkan Pesta Intelektual dan Hujah (Petah) 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 Mei hingga 1 Jun ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, aktiviti debat selama 111 jam tanpa henti itu akan direkodkan dalam buku The Malaysia Book of Records dan World Guiness Records sebagai perdebatan pelbagai bahasa tanpa henti paling lama di dunia.

Menurutnya, bahasa yang digunakan dalam program Petah tidak terhad kepada bahasa Melayu sahaja tetapi turut terbuka kepada bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Arab.

"Format pengucapan dalam Petah boleh menggunakan konsep pidato, forum mahupun debat.

"Setiap ucapan yang disampaikan oleh peserta dalam Petah akan direkodkan dan didokumenkan serta diterbitkan secara tersusun oleh pihak penganjur sebagai humpunan idea generasi muda terhadap pelbagai isu," katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang akhbar Petah 2010 di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini hari ini.

Petah merupakan program yang dianjurkan oleh Alumni Debat institut pengajian tinggi (IPT) Malaysia (ADI) dengan kerjasama KPT.

(Utusan ONline)

Tiada ulasan: