.

Ahad, 15 Februari 2009

TITAH BAGINDA TITAH PENDETA


Titah baginda titah
Titahkan pada rakyat jelata
Titah baginda titah
Titahkan pada yang telah derhaka
Titahkan segera sebelum bencana tiba

Mereka cuma diperguna
Lemas terpedaya dek manis kata-kata
Angkara pencipta ruang sengketa
Mencari-cari manakah kuasa
Moga lebih daripada baginda

Daulat baginda tiada makna
Hina agama, bangsa dan negara
Bangsa lain lihat sahaja
Kita runtuhkan payung negara
Di laman istana menghambur nista

Apa nasib kita semua
Gapaikah sasaran bangsa dipuja
Andai pemikiran kelas ketiga
Menuju wawasan yang pernah dirangka

Anduhai baginda pendeta negara
Telatah mereka nian dukacita
Saling tak tumpah insan durjana
Tiada syukur, tak kenang jasa
Berani lepasi kalam sempurna
Selepas Dia dan Pesuruhnya
Titah siapa perlu dikota?

Titah baginda titah
Titahkan untuk rakyat jelata
Sebelum datang malapetaka
Negara tergadai; maruah kan sia-sia
Nescaya kita dijajah semula
Binasa bangsa, deritalah kita

Titah baginda titah
Titahkan untuk rakyat jelata

Titah baginda titah
Titah baginda titah pendeta...

15hb feb 2009 12:16am
(From: Andeh)

____________________________________________________________________

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Jo

Dah cukup sedap dan sempurna bagi saya. Bahasa rakyat biasa yang mudah difahami. Semoga mesej sampai bagi yang membaca.

Saya buka web SHAMS tapi tak banyak info tentang sekolah tercinta...mungkin administrator sibuk ngajar.

Buat master cepat..datang johor, lead Kelab En Syam, boleh?

Puan Noraini

AnDeH berkata...

W'salam puan,
tQ sbb singgah dan beri komentar kat sajak nie.
Laman Web SHAMS tu mmg jarang2 update. Tak salah web tu student yang updatekan..
atau mungkin jgk btl administrator sibuk mengajar. Master aritu da apply TPM. Insya Allah, kalau ade rezki dapat lea smbung. Sy pn tgh nk apply DPLI sbb pglaman jg guru GSTT skunk ni da menguntum minat yg mendalam...insya Allah, mane yang ade rezki situ lea sy prg..Doakan ye puan...tQ

Tanpa Nama berkata...

Jo, mungkin Jo lebih seronok mengajar di Sekolah, besar tanggungjawabnya, mendidik anak bangsa ke arah yang lebih terarah...bukan mudah, namun menyeronokkan. Mereka ibarat kain putih yang senang dicorakkan.

Di universiti, azam untuk 'mendidik' anak bangsa lebih payah dilaksanakan kerana segelintirnya agak 'hardcore'. Sukar menerima nasihat dan pendapat. Ada yang tegar. Agama dan pelajaran dipisahkan.

So, terpulang pada Jo untuk memilih sekolah atau IPT. Dua-dua pun ada cabaran tersendiri.

Puan Noraini

AnDeH berkata...

Puan Noraini,
Trm Ksh atas nasihat puan.
Sy pun mmg kuat nk jd guru d sekolah ..
insya Allah...
Family pn da bg dorongan
tgk lea caner..
Sy yakin Allah tentukan yg terbaek untuk sy..
Sy da apply jgk DPLI..
insya Allah puan...
tQ skali lg...puan
tQ