.

Isnin, 4 Januari 2010

JAWATAN KOSONG : LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA)

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) adalah merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab terhadap penggalakan dan penyelarasan pembangunan perindustrian di negara ini.

Jika anda seorang yang dinamik, berkebolehan untuk berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris serta mempunyai kelayakan, anda dijemput untuk mengisi jawatan-jawatan yang diiklan berikut.

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E48)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN EKONOMI
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM4352.22 - P1T8 RM5774.34

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.dan
(c) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang pembuatan / ekonomi /
perkilangan / perkhidmatan.

TARAF JAWATAN : KONTRAK

BIDANG TUGAS:
1. Menguruskan aktiviti-aktiviti penggalakan pelaburan / media dankomunikasi / perancangan / penilaian dan susulan / pemantauan.
2. Menguruskan hal-hal berkaitan khidmat sokongan yang ditetapkanoleh MIDA.
3. Menjana idea-idea kreatif dan inovatif.



2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E44)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN EKONOMI
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM2980.20 - P1T14 RM4933.84

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.dan
(c) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pembuatan / ekonomi /perkilangan / perkhidmatan.

TARAF JAWATAN : KONTRAK

BIDANG TUGAS : Melaksanakan aktiviti-aktiviti penggalakan pelaburan / perancangan /penilaian dan susulan / pemantauan yang ditetapkan oleh MIDA.



3.PUSTAKAWAN (GRED S41)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SOSIAL
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JADUAL GAJI MATRIKS : P1T1 RM1688.89 - P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 - P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 - P3T27 RM5219.23

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T3); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T4); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T4); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau
kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T7);dan
(d) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TARAF JAWATAN : TETAP



4. JURUAUDIT (GRED W41)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JADUAL GAJI MATRIKS
P1T1 RM1702.81 - P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82 - P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01 - P3T27 RM5255.39

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T3); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8); atau
(iii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T9); atau
(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T10);dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbangkan
oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

TARAF JAWATAN : TETAP



5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
JADUAL GAJI MATRIKS :
P1T1 RM1235.89 - P1T21 RM2427.74
P2T1 RM1292.76 - P2T21 RM2589.88
P3T1 RM1352.05 - P3T21 RM2732.66

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T2);dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

TARAF JAWATAN : TETAP



6. PEMBANTU EHWAL EKONOMI (GRED E17)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN EKONOMI
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
JADUAL GAJI MATRIKS :
P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E17 : P1T8); dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TARAF JAWATAN : TETAP



7. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN, GRED N17

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
JADUAL GAJI MATRIKS :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa InggerĂ­s dan mengendalikan komputer).

TARAF JAWATAN : TETAP



KEMUDAHAN DAN LAIN-LAIN ELAUN

Anggota yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuatkuasa dalam Perkhidmatan Awam.


CARA PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh didapati daripada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) sama ada datang sendiri atau menghantar sampul surat beralamat sendiri berukuran 25 cm x 20 cm beserta setem RM0.50 atau muat turun borang permohonan melalui laman web MIDA di www.mida.gov.my.

Borang Jawatan Tetap
Borang Jawatan Kontrak

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada alamat di bawah (sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat) :

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA)
TINGKAT 1, PLAZA SENTRAL,
JALAN STESEN SENTRAL 5
PETI SURAT 10618,
50720 KUALA LUMPUR
(U/P: BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA)

Permohonan mestilah disertakan salinan sijil-sijil transkrip yang disahkan. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini.

CATATAN AM

(i) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan
(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup : 20 Januari 2010


Tiada ulasan: