.

Jumaat, 8 Januari 2010

HARI KERJAYA UKM 23 - 26 FEBRUARI 2010

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai peluang kerjaya dengan menyertai Hari Kerjaya di Dewan canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selama tiga hari mulai 23 Februari depan.

Jawatankuasa Hari Kerjaya ke-26 UKM dalam kenyataannya berkata, program itu merangkumi pelbagai aspek perlu diketahui graduan mengenai kerjaya berdasarkan program kajian dilaksanakan.

Katanya, Hari Kerjaya itu juga memberi peluang agensi kerajaan dan swasta menyebarkan maklumat semasa mengenai kerjaya ditawarkan, di samping mengetengahkan syarikat mereka kepada umum.

Program itu antara lain bertujuan memberi pendedahan awal kepada mahasiswa IPT awam dan swasta mengenai pasaran kerja serta ciri pekerja diperlukan majikan.

“Aktiviti ini dapat memberi maklumat awal kepada graduan mengenai kaedah terbaik merebut peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran yang menjejaskan imej mereka.

“Dua program utama diadakan iaitu pameran kerjaya dan temu duga kerja. Pameran bertujuan membolehkan syarikat terbabit mempamer, mempromosi dan menerangkan lebih lanjut mengenai latar belakang, pengurusan serta peluang pekerjaan.

“Slot temu duga pula memberi peluang syarikat terbabit mendapat pekerja baru di kalangan graduan IPT awam dan swasta,” kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai program itu, hubungi Abdul Kamsah Samaran (019-5334322/03-8921 5956) atau faksimili: 03-8925 3352, e-mel urusetiakerjaya@yahoo.com atau terus ke Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Paras 3, Bangunan Pusanika, UKM Bangi.


Tiada ulasan: