.

Isnin, 26 Oktober 2009

MODAL GRADUAN HANYA RM198


WorldWellness Network Sdn. Bhd. (WorldWellness) akan menggiatkan usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada kumpulan graduan bagi menceburkan diri dalam bidang keusahawanan yang dilihat mempunyai prospek tinggi di negara ini.Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Noordin Darus berkata, untuk tujuan tersebut, pihaknya akan menyediakan peluang perniagaan kepada sekurang-kurangnya 5,000 graduan yang bakal menjadi ahli sepenuh masa atau secara sambilan menjelang akhir tahun ini melalui pakej perniagaan khas yang bermodalkan hanya RM198.Menurutnya, pakej itu melibatkan pemilikan lapan kotak Rx-Coffee Aroma Cappuccino yang boleh menjana pendapatan terkumpul sebanyak RM250 bagi setiap pakej."Pakej RM198 itu juga sekali gus membolehkan golongan graduan menganggur menjadi ahli WorldWellness dengan yuran sebanyak RM9.90 seumur hidup berbanding dengan kadar biasa iaitu RM70 sebelum ini."Malah apabila mereka menjadi ahli, selain memiliki produk berkenaan graduan itu juga boleh menjual 13 lagi produk syarikat walaupun tidak mempunyai modal untuk membelinya. Apa yang mereka boleh lakukan ialah mendapatkan tempahan dan kami akan membekalkan mengikut tempahan itu," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
( KOSMO!)


Tiada ulasan: