.

Khamis, 19 Mac 2009

PPSMI TUJU KEMUNCAK PERSEFAHAMAN


Hari ini (19hb Mac 20o9) sejarah dilakar oleh pejuang Bahasa tercinta. Menteri bertanggungjawab telah bersemuka dengan Presiden Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad dan tokoh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Pertemuan ini dianggap terlalu signifikan memandangkan isu PPSMI semakin keterlaluan sejak akhir-akhir ini. Ada yang ikhlas dalam perjuangan dan ada pula sekadar menangguk di air keruh. Mendengar gelaran dua tokoh PPSMI ini maka kita tidak boleh memandang enteng perkara pokok tersebut. Andai dibiarkan luka pasti akan bernanah. Penulis turut pernah membaca kupasan idea Datuk Dr Hassan dalam makalah Dewan Masyarakat berkenaan isu ini. Beliau cuba mentafsirkan bagaimana sifat katak yang berada di bawah tempurung tatkala diperangkap dan dilepaskan. Pepatah yang hanya sekadar kiasan diolah secara praktikal dengan pengalaman beliau sendiri.

Dengan pertemuan seakan hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicah dan ke gunung sama didaki ke lurah sama dituruni ini diharap akan menjadi senario ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.

Ada yang berpendapat pertemuan ini bakal memaparkan dimensi baru dalam sistem pendidikan negara. Maka, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dilihat akan dikaji semula khususnya dalam isu berkaitan PPSMI. Namun, ada juga berpendapat perjumpaan ini sekadar suatu retorik untuk pihak tertentu.

Apa pendapat anda ???

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Apa khabar?..moga di bwh lembayung rahmat Allah..

Andeh..

Akak berharap sgt isu ini diselesaikan segera kerana jika ia dibiarkan akan menjadi barah dan nanah dalam dunia pendidikan...org bahasa bertelagah dengan org pendidikan...dan akhirnya anak-anak bangsa terkapai-kapai...apa2 pun setiap keputusan yg ingin dibuat harus dikaji sedalam mungkin supaya ia tidak memberi kesan pada masa akan datang...jgn biarkan isu ini menjadi bahan politik dan akhirnya sekali lagi anak-anak bangsa yang tergadai...

Moga Allah memberi petunjuk dalam setiap usaha yang dilakukan ...insyaAllah...

AnDeH berkata...

Salam,
tQ atas doa yg kakak huda hrpkan..Andeh turut berkongsi rasa. Benar, akhirnya anak-anak yg jadi mangsa. Sekitar 30% ke 40% sahaja markah pelajar-pelajar Andeh unt subjek science yang Andeh ajar setakat ujian bulanan 1 tempoh hari, amat mendukacitakan.
Wallahu a'lam..

-Andeh-