.

Khamis, 19 Mac 2009

HIKAYAT UMMAH


Semalam kita mencipta sejarah
sejarah yang telah lama musnah
musnah kerana terlalu parah
parah diratah berdarah-darah

Hari ini kita teruskan langkah
langkah melangkah tanpa arah
arah sesat yang tak tentu cerah
cerah serlah cahaya indah

Esok kita tidak mungkin menyerah
menyerah ertinya kalah
kalah gadai seluruh maruah
maruah bukannya lumrah
lumrah adalah fitrah
fitrah untuk kembali menjadi gagah
gagah terjah segala cacat tingkah
tingkah langkah-langkah yang salah

Lusa kita bersumpah
bersumpah cari semula Hidayah
Hidayah Maha Pemurah
Pemurah segala kurnia mencurah
mencurah pada hamba yang berserah

Ya Allah .. .
Allah Tuhan seluruh ummah
ummah dengan tangan ditadah
ditadah mohon sepucuk wasilah
wasilah kunjung melimpah
melimpah tundukkan musuh yang pandang rendah
rendah martabat ummah
ummah berpecah-belah

Tulat sejarah akan singgah
singgah menyapa dalam pasrah
pasrah menunggu nasib berubah
berubah menjadi megah
megah di dunia dan akhirah
insya Allah .. .


Karya: "DEWA RIMA"



Tiada ulasan: