.

Jumaat, 6 Mac 2009

PIDATO ANTARABANGSA 2009: JUARA MILIK KEMBOJA & MALAYSIA

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penulis baru sahaja selesai menyaksikan Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2009 Piala Timbalan Perdana Menteri. Penganjuran buat kali ketiga tahun ini menampilkan peserta seramai 43 orang daripada 39 buah negara dari seluruh dunia.

Mengimbas kembali sejarah pertandingan ini julung-julung kalinya pada tahun 2007, pertandingan ini menjadi milik pelajar dari Rusia dengan jolokan nama melayunya iaitu "Azizah". Wakil negara Malaysia ketika itu merupakan pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) iaitu saudara Mohd Duat Mat Din. Namun, persediaan saat akhir disebabkan ujian pada sebelah petangnya maka beliau hanya berjaya mendapat tempat kedua.

Pada tahun 2008, wakil dari Malaysia ialah pelajar jurusan perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), saudara Khairul Nizam Bakeri (bonzai) untuk kategori Antarabangsa manakala bagi kategori Nusantara diwakili oleh pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) iaitu saudari Farhan Nor (kajol). Pemenang pada penganjuran kali kedua ini milik pemidato dari negara Australia bagi kategori Antarabangsa manakala pemenang kategori Nusantara disandang wakil dari Malaysia.

Tahun ini pula (2009) wakil Malaysia menyenaraikan dua orang peserta iaitu saudara Izzat Jonid pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi kategori Antarabangsa dan saudara Shamsul Salleh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk kategori Nusantara. Walaubagaimana pun, kategori Antarabangsa nasib masih belum menyebelahi wakil Malaysia apabila lima finalis yang diumumkan adalah dari negara Australia, Kemboja, China, Belanda dan Rusia.

Justeru, malam ini kejuaraan berpihak kepada pemidato bertubuh kecil yang telah menggegarkan Pusat Konvensyen (IPCC) di Putrajaya. Beliau yang bernama Novavy Sleh atau nama melayunya "Nawawi Salleh" telah berjaya memikat hati para juri dengan menyampaikan pidato penuh bersemangat. Bagi kategori Nusantara, persembahan saudara Shamsul Salleh anak jati Negeri Johor tidak menghampakan apabila berjaya dinobatkan pemenang bagi kategori Nusantara. Beliau yang sedang memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM sebelum ini pernah memenangi beberapa siri pertandingan pidato seperti Johan Pertandingan Pidato Belia Rakan Muda IPT 2008, Johan Pertandingan Pidato Kemerdekaan IPT Malaysia 2008, dan Naib Johan Pertandingan Pidato Alam Sekitar Local Agenda 21 2008.

Tahniah kepada pemenang dan penganjur yang berusaha gigih demi memartabatkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa. Semoga aktiviti ini akan diteruskan demi mengembalikan kisah sejarah bahasa ibunda tersebut yang pernah menjadi Lingua Franka perdagangan suatu masa dahulu.

Fikir-fikirkan.. .
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Tiada ulasan: