.

Selasa, 3 Mac 2009

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (GURU MARA)

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam usaha menjadi “ the leading agency “ untuk pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru MARA) di Institusi-institusi Pendidikan MARA.

A: SYARAT LANTIKAN

JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

SUBJEK :
i. Bahasa Jepun
ii. Bahasa Jerman
iii. Bahasa Mandarin
iv. Bahasa Perancis
v. Bahasa Rusia
vi. Bahasa Sepanyol
vii. Bahasa Tamil

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. Warganegara Malaysia;
b. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4 RM1967.20)

Dan

d. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

e. Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon. Calon-calon yang berjaya akan dilantik secara perkhidmatan Sementara atas Gred DC41.

Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05 (Gred DC41)

Gaji Permulaan :-

Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
Ijazah Sarjana Muda Am - Gred DC41: P1T3 RM 1720.90

f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam bidang
pengkhususan yang tepat dengan jawatan yang dipohon.

B. TARAF JAWATAN : Tetap / Sementara

C. CARA MEMOHON :

i) Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my. Tarikh permohonan dibuka dari 2 Mac 2009 hingga 10 Mac 2009.
ii) Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah melengkapkan borang elektronik di laman web MARA. Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing dan pastikan salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain
dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Prestasi Tahunan terkini di bawa bersama – sama semasa temuduga.
iii) Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA semua salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN SULIT KHAS yang di meteri oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah dibawa semasa temuduga.

D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

E. UMUR :

i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan di tutup.
ii) Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun
pada tarikh lantikan.

F. CARA PELAKSANAAN:

1. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
2. Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan.
3. Pemohon-pemohon yang layak sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam(6) bulan dari tarikh iklan di keluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
4. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my dan
hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temuduga nanti.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Justify Full

Tiada ulasan: