.

Rabu, 18 Mac 2009

KRISIS EKONOMI GLOBAL: APA KATA ANDA ?


Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan negara menyatakan krisis ekonomi yang berlaku tatkala ini adalah yang terburuk sejak Perang Dunia ke-2 lalu. Justeru, kegawatan ini menggugat secara langsung dan tidak langsung kepada perekonomian di Negara Malaysia. Eksport negara yang bergantung sehingga 200% telah merosot dek keruntuhan ekonomi negara-negara pengimport barangan & perkhidmatan dari Malaysia seperti US, Jepun dan lain-lain. Pelaburan Langsung Asing atau Foreign Direct Investment (FDI) yang selama ini giat dipromosikan negara turut menjunam ke paras 50% (sekitar RM26 bilion). Ini membuktikan pelabur asing telah mengambil langkah berhati-hati atau terus lari. Justeru, November lalu Pakej Ransangan RM7 bilion ditambah dengan Pakej Ransangan Kedua sebanyak RM60 bilion disuntik oleh kerajaan tanpa 'memilih bulu'. Ada yang bersetuju, ada pula yang melihat angka tersebut terlalu tinggi. Apa komentar anda ??

Tiada ulasan: