.

Rabu, 11 Februari 2009

RECOVERY OF NATIONAL ECO IS MORE IMPORTANT...!!

____________________________________________________________________
Politik ..! Politik ...!!
Lebih kurang 10 tahun lepas kita pernah mengalami krisis ekonomi. Pelbagai kempen kecil dilaksanakan kerana dianggap mampu mengurangkan tekanan yang melanda. Kempen "Belilah Barangan Buatan M'sia", kempen "Pelancongan Domestik", kempen "Jualan Mega", hatta anak-anak kecil turut melaungkan slogan kempen "Inflasi Sifar". Bukti ini sangat jelas menunjukkan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia dalam menangani kemelut yang dihadapi walaupun hanya di peringkat Asia sahaja.
Namun, hari ini "Tsunami" ekonomi peringkat global..! Maksudnya, kegawatan bergelut di peringkat tertinggi dunia sehingga negara-negara yang berkuasa di dunia pun turut sama menerima tempelak setelah sedari 1983-1984 tidak merasai bahangnya. Persoalan yang timbul, apakah antara program atau kerangka yang menjadi strategi untuk diadaptasi demi mengatasi permasalahan ekonomi hari ini? Adakah kita masih berpadu tenaga seperti dahulu ??

Gambaran yang cukup jelas bahawa hari ini keriuhan politik negara memenuhi ruang media. Bukan permasalahan ekonomi yang sepatutnya dirisaukan. Benar! Kita ada Bank Negara untuk melaksana. Namun, jangan alpa bahawa kita juga agen perubahan iklim ekonomi negara. Kita perlu sedar bahawa struktur ekonomi amat mudah untuk diruntuhkan. Mungkin mengambil masa tidak sampai sehari. Namun, untuk mengembalikan kepada keadaan yang asal atau jaminan berada dalam keadaan yang stabil..kita perlukan bertahun-tahun. Inilah yang dinamakan proses "RECOVERY". Justeru, proses ini dilihat masih belum utuh dilaksanakan. Sedangkan, peningkatan jumlah mereka yang tercari-cari peluang pekerjaan semakin tinggi. Belum dicampur dengan insan-insan yang telah kehilangan punca pendapatan. Tahun 2020 adalah sasaran Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita. Namun, andai proses "Recovery" ini lambat dilakukan, ditakuti menjelang 10 tahun akan datang..(di mana pakar ekonomi sependapat berlakunya kitaran krisis ekonomi setiap 10 tahun)..tatkala krisis ekonomi dunia atau Asia melanda kembali (sekitar tahun 2018-2019), kita tidak mampu mencapai 9 objektif yang diharapkan. Walhal, pada saat itu nanti kita hanya tinggal 1 - 2 tahun sahaja bagi Malaysia diishtihar sebagai NEGARA MAJU..!! Proses 'recovery' memerlukan masa yang panjang dan "planning" yang sangat sistematik. Bukan sehari dua semata-mata.

Tidak mahu mengulas panjang, cuma berharap agar kepimpinan baru bulan hadapan akan menyaksikan fokus utama adalah perlaksanaan aktiviti mengatasi kegawatan ekonomi serta menjana pembangunan mapan seperti yang dihasratkan. Bukan lagi masanya untuk 'melayan' kerenah demonstrasi jalanan yang merupakan aksi 'minda kelas ketiga'. Bukan menganggap Politik tidak penting daripada Ekonomi. Kedua-dua pun sememangnya penting. Namun, tatkala "tangan kanan menggenggam sebuku roti, tangan kiri ada secawan kopi...andai terasa LAPAR, Mana satu yang LEBIH utama???"
Sekadar luahan, Fikir-fikirkan...
____________________________________________________________________

3 ulasan:

Unknown berkata...

salam.. ruangan ini memberi pengetahuan bermakna kepada saya kerana sedang mempelajari ekonomi Malaysia.

Unknown berkata...

salam. ini adalah buah fikiran yang sangat bermakna..

AnDeH berkata...

W'salam engku..
trm ksh lewati blog andeh dan sudi tinggalkan komentar. Andai saudari engku perlukan lebih maklumat terkini tntg ekonomi msia, tggalkan komentar anda. Andeh akan tinggalkan emel. Andeh ada sahabat yang sedang berkhidmat di Bank Negara M'sia, Pegawai Tadbir Diplomatik Kementerian Kewangan M'sia, dan lain2 yang berkaitan untuk Andeh cuba dapatkan sumber maklumat sahih yang mampu. Trm Ksh.