.

Rabu, 4 Februari 2009

PPSMI : ISU SAINS & MATEMATIK BAHASA INGGERIS

____________________________________________________________________
Pengajaran Sains dan Matematik yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar mula mendapat tempat semula sebagai isu pokok di negara ini. Demonstrasi juga telah 'berpeleseran' hatta kawasan membeli-belah juga sanggup dijadikan tempat untuk 'meraih simpati' daripada mereka yang terbabit. Gagasan ini pernah menjadi isu tatkala mantan Perdana Menteri M'sia; Tun Dr. Mahathir. Justeru, hal ini terlalu "klisye" untuk diungkit kembali. Tambahan pula, bukan semua mata pelajaran yang akan diajar dalam Bahasa Inggeris. Hanya untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sahaja yang terlibat. Pelik dengan hujah yang didakwa pihak tertentu. Mereka kononnya 'mempertahankan' Bahasa Malaysia yang dikatakan pernah menjadi Lingua Franka (pernah diiktiraf sebagai bahasa yang ramai penuturnya di dunia). Justeru, perubahan yang dilaksana kini kononnya bakal menggugat 'kedaulatan' martabat Bahasa Melayu itu sendiri. Persoalannya, andai Sains dan Matematik 'berpatah arah' semula dalam Bahasa Melayu...adakah Bahasa Melayu akan martabat kembali seperti sejarah lalu? Adakah Bahasa Melayu akan digunakan seperti yang termaktub dalam silibus pengajaran subjek Bahasa Melayu sedia ada sekarang? Berapa banyakkah journal, artikel, dan bahan rujukan lain yang berkaitan Sains dan Matematik yang telah sedia diterjemah dalam Bahasa Melayu? Bukan disebabkan penulis adalah bekas pelajar IPTA yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepanjang 5 tahun di kampus, atau bukan disebabkan penulis pernah menjadi guru sandaran subjek Sains yang diajar dalam bahasa Inggeris, maka hujah pembelaan dua subjek ini dipahatkan di sini. Namun, melihatkan perkembangan teknologi yang semakin menggila serta keinginan 'menakluk' objektif wawasan 2020 yang mempunyai 9 cabaran dicapai dengan jayanya...inilah antara usaha-usaha yang sepatutnya dilaksanakan. Memang agak sukar menerima hakikat, namun inilah realiti yang harus kita tempuhi. Andai Negara Jepun antara negara yang dijadikan contoh boleh maju tanpa mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahsa Inggeris, mengapa tidak dikaji latar belakang sejarah, mentaliti, dan lain-lain faktor antara mereka dan negara kita ? Terlalu jauh perbezaannya. Tidak dapat dinafikan bahawa suatu isu sememangnya ada kelebihan dan ada kelemahan. Oleh itu, hanya dengan kajian mendalam sahaja mampu menghasilkan fakta konkrit, yang akhirnya memaksa kita memilih antara satu. Akhir kalam, andai benar mereka yang terbabit ingin mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu agar tidak tergugat, BUKTIKAN dahulu bahawa Bahasa Melayu yang ada pada hari ini adalah bahasa yang telah benar-benar dimartabatkan oleh setiap warga penuturnya.
Sekadar pendapat persendirian. Fikir-fikirkan...
____________________________________________________________________

Tiada ulasan: