.

Isnin, 9 Februari 2009

PILIHANRAYA KECIL BAKAL MUNCUL: SIRIH PULANG KE GAGANG atau SEJARAH MUNGKIN BERULANG…???

______________________________________________________________________
Hari ini kerusi Parlimen Bukit Gantang kembali kosong. Adunnya; Allahyarham YB Roslan Shaharom telah kembali ke rahmatullah dalam kehangatan Negeri Perak yang masih dibelenggu krisis politik melibatkan kerabat di Raja Perak. Dengan kekosongan kerusi kawasan P59 itu, maka sudah tentu satu pilihanraya kecil kawasan tersebut bakal diputuskan untuk dilaksanakan oleh SPR dalam masa terdekat. Takziah buat keluarga Allahyarham. Apa pula retorik yang akan muncul kali ini? Mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan kekuasaan dikawasan itu? Adakah Barisan Nasional akan menyaksikan kekalahan pilihanraya kecil buat kali ketiga setelah tumbang di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu? Apa pun, perkara pokok yang lebih utama adalah kebajikan rakyat. Samada Pakatan atau Barisan yang akan kembali menggantikan pimpinan kawasan itu nanti, diharap kepentingan rakyat adalah fokus utama yang perlu dipelihara agar Negara terus aman dan tenteram.
______________________________________________________________________

Tiada ulasan: