
Diagram di atas menunjukkan kesan perbandingan yang sedang dan pernah dihadapi oleh negara tatkala kitaran krisis ekonomi yang disepakati majoriti pakar ekonomi bahawa situasi ini akan terjadi sekali dalam tempoh 10 tahun. Berdasarkan putaran yang ditunjukkan, tahun 1997 kita menghadapi era yang lebih tenat daripada tahun 2008/09 sekarang. Namun apakah kita perlu berasa selesa? Ini kerana tempoh yang dijangka adalah sehingga tahun 2010. Suku ketiga tahun 2o09 akan menyaksikan penurunan yang amat membimbangkan. Banyak syarikat perlu bersiap-sedia bagi menghadapinya. Antara ramalan awal yang dijangka akan berlaku seperti peningkatan pengangguran, peningkatan syarikat-syarikat yanga terpaksa 'gulung tikar', peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial, dan mungkin peningkatan dalam indeks transperansi negara yang mencatatkan secara figura berkenaan jenayah rasuah dikalangan pihak-pihak tertentu. Ini sudah pasti membantutkan hasrat kerajaan yang ingin mengurangkan kadar rasuah dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia pada 2004 dan penjenamaan semula nama 'Badan' Pencegah rasuah kepada 'Suruhanjaya'. Tambahan pula, andai situasi politik masih seakan 'telur di hujung tanduk', tidak mustahil penghujung graf di atas seandainya dipanjangkan ke tahun 2009, ianya akan menunjukkan prestasi ekonomi negara yang lebih menurun berbanding situasi pada tahun 1997. Kita perlu sedar bahawa tahun 2008/09 adalah kegawatan peringkat Global. Bukan setakat di peringkat Asia seperti pada tahun 1997/98. Kita juga telah melihat dan mendengar fakta kejatuhan Wall Street di Amerika Syarikat, negara yang merupakan kuasa terbesar ekonomi dunia selain China dan India. Walhal, Amerika Syarikat dalam rekodnya mencatatkan kegawatan ekonomi terakhir yang pernah diterokai hanya sekitar tahun 1983/84 dahulu. Namun, hari ini kejatuhan yang dicatat melebihi paras tahun 1983/84 tersebut. Justeru, secara logik dan rasional pun kita mampu terfikir berkenaan suatu persoalan pokok. Andai si 'gergas' pun boleh tumbang apatah lagi sang 'kerdil' ini..???
Sedutan analisa kebimbangan Andeh, Fikir-fikirkan...
____________________________________________________________________
Sedutan analisa kebimbangan Andeh, Fikir-fikirkan...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan