.

Sabtu, 28 Februari 2009

KADET REMAJA SEKOLAH JUARA PERTANDINGAN KAWAD KAKI (2009) SMK BUKIT MEWAH


PUTERI ISLAM (PUTERI B)

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PUTERI B)
KADET REMAJA SEKOLAH (PUTERI A)

Pada 28 Februari 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah, Seremban telah mengadakan Pertandingan Kawad Kaki 2009 bertempat di Dataran Perpaduan sekolah tersebut. Sebanyak 16 buah platun telah mengambil bahagian dalam acara yang memasuki tahun ke-7 penganjurannya di sekolah berkenaan. Platun dipecahkan kepada empat kategori iaitu Putera A (sesi pagi), Puteri A (sesi pagi), Putera B (sesi petang) dan Puteri B (sesi petang). Antara badan-badan berunifom yang turut serta ialah Pandu Puteri, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, dan Puteri Islam. Sambutan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibubapa peserta bagi memberi sokongan kepada platun yang disertai oleh anak mereka. Walaupun pertandingan bermula seawal 8.00 pagi, namun komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta begitu mengagumkan. Hal ini kerana terdapat juga platun yang hadir membuat latihan terakhir seawal jam 3.00 pagi seperti Kelab Remaja Sekolah dan Kadet Polis. Hakim yang mengadili pertandingan kawad kaki ini terdiri daripada lapan orang yang dijemput khas dari luar. Majoriti pemenang pertandingan dimenangi oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS); selain pemenang seperti badan berunifom Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kadet Polis. Pemenang-pemenang pertandingan akan mewakili SMK Bukit Mewah ke pertandingan di peringkat daerah pada bulan hadapan. Acara berakhir kira-kira jam 2.00 petang selepas jamuan para guru serta hakim pertandingan.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tiada ulasan: