.

Ahad, 20 Februari 2011

ALUMNI UiTM USAH LUPA JASA KERAJAAN, KATA NAJIB


JASIN 19 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan alumni dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar tidak melupai jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selama ini terus membela nasib mereka untuk menjadi golongan yang berjaya.

Beliau berkata, kira-kira 500,000 alumni UiTM kini berjawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta dan sebagai orang profesional adalah hasil daripada usaha universiti yang ditubuh kerajaan itu.

Katanya, kalau dikaji latar belakang setengah juta alumni UiTM itu, mereka berasal dari keluarga sederhana seperti pekebun kecil, petani, nelayan dan pembantu am rendah.

"Tetapi mereka hari ini orang yang berjaya dan berjawatan tinggi kerana jasa UiTM kepada mereka selama ini," katanya semasa merasmikan Mula Kerja di tapak projek UiTM Melaka kampus Jasin di Seri Mendapat, dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN sejak dahulu lagi terus mengubah nasib anak bangsa dengan menggunakan senjata yang paling berkesan iaitu dengan memperkasakan bidang pendidikan.

(Bernama)


Tiada ulasan: