.

Selasa, 2 Mac 2010

PERTANDINGAN PIDATO ANTARA BANGSA BAHASA MELAYU 2010

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu akan diadakan pada 2 Februari sehingga 5 Februari 2010 di Kuala Lumpur. Antara negara-negara yang menyertai pertandingan ini ialah Afghanistan, Albania, Amerika Syarikat, Armenia, Australia, Azerbaijan, Bangladesh, Belanda, Belarus, Brunei, Bulgaria, Cameroon, Comoros, Czech, China, Georgia, India, Indonesia, Iran, Iraq, Italy, Jepun, Jerman, Kanada, Kazakhtan, Kemboja, Kyrgyzstan, Korea Selatan, Kosovo, Lithuania, Malaysia, Mesir, Moldova, Nigeria, Palestin, Perancis, Poland, Romania, Rusia, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Thailand, Turki, United Kingdom, Ukrine, Vietnam, dan Yaman. Penyertaan ini membuktikan BAHASA MALAYSIA dipelajari di seluruh pelusuk dunia.

Senarai Tajuk Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010


1.

Membudayakan Inovasi Ke Arah Kecemerlangan Sains dan Teknologi


2.

Inovasi Memacu Kemajuan Ekonomi


3.

1Malaysia - Ide Malaysia Untuk Kesejahteraan Dunia


4.

Remaja Berwawasan Pemacu Kemajuan Negara


5.

Kelestarian Masa Depan Bumi Di Tangan Kami


6. Melestarikan Bumi Untuk Kenikmatan Hidup Hari Esok

7. Agenda Melestarikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Berwibawa

8. Bahasa Menunjukkan Bangsa

9. Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Menerjah Teknologi Angkasa

10.

Dinamika Budaya - Malaysia Destinasi Dunia



Tiada ulasan: