.

Rabu, 17 Mac 2010

IPTA DIGALAK TUBUH PERSATUAN INTEGRITI MAHASISWA

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menubuhkan Persatuan Integriti Mahasiswa atau Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) bagi membolehkan penuntut melaksanakan program kesedaran integriti di kampus masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, IPTA harus memberikan kredit tambahan kepada mereka yang menyertai persatuan itu bagi menarik penyertaan lebih ramai penuntut dalam program pemantapan integriti, sejajar usaha kerajaan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan integriti.

"RIM boleh membantu Institut Integriti Malaysia (IIM) menjalankan program integriti jika diperlukan. Ia adalah usaha untuk menggerakkan program pemantapan integriti bermula dari peringkat kampus," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Debat Perdana Integriti IPT anjuran IIM, Majlis Debat Universiti Malaysia (Madum) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini semalam.

Hadir sama, Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon.

Pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai pertandingan berkenaan dengan menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pertandingan itu disertai 136 peserta yang mewakili 34 IPTA seluruh negara, termasuk Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) bagi merebut Piala Pusingan Perdana Menteri sejak 2005.
Mohamed Khaled berkata, penubuhan persatuan penting kerana tahap kesedaran mereka terhadap nilai integriti masih rendah seperti yang dibuktikan melalui kajian Laporan `Exit Survey: Generic Students Attributes' (GSA) dalam kalangan graduan IPTA baru-baru ini.

"Graduan yang terbabit dalam kajian itu menunjukkan tahap pencapaian paling rendah dalam aspek moral dan etika profesional membabitkan 73.3 peratus di kalangan wanita, manakala 57.7 peratus lelaki.

"Ia membimbangkan kerana kedua-dua aspek ini penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri graduan cemerlang apabila memasuki alam pekerjaan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, penubuhan persatuan berkenaan membolehkan lebih ramai penuntut menyertai kegiatan berkaitan integriti berbanding hanya sebahagian kecil penuntut melalui kegiatan yang terhad seperti debat berkaitan integriti sekarang.

"Program yang mampu memperkukuh pengetahuan, kefahaman dan kesedaran penuntut terhadap nilai moral, etika profesional dan integriti harus diperkukuh,” katanya.

(BERITA HARIAN)

Tiada ulasan: