.

Sabtu, 27 Februari 2010

SEHARI BERSAMA YM RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN a.k.a "ABANG RAJA" DI SMK BUKIT MEWAH, SEREMBAN

Penulis mengacarakan majlis

Sebelum berpisah

Aksi Abang Raja ketika menunjukkan kaki palsunya yang membawa kejayaan

Aksi, mimik muka, suara, intonasi, bahasa badan dan penyampaian yang sebati

Admin dapat kebenaran untuk mengambil gambar dalam jarak lebih dekat



Tanggal 27 Februari 2010 bersamaan 13 Rabiul Awwal, SMK Bukit Mewah telah menerima kunjungan seorang penceramah yang sudi meluangkan masa untuk sesi motivasi bersama pelajar-pelajar islam sekolah ini. Sesi yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang ini dibahagikan kepada 3 slot utama.

Beliau insan terpilih yang dilahirkan di Kelantan, ketika subuh pada 12 Rabiul Awwal, hari Isnin. Beliau pernah bertanya kepada seseorang yang arif semasa berada di Turki. Menurut cerita, seseorang yang dilahirkan pada ketika dan saat yang sama seperti kelahiran Rasulullah S.A.W, maka orang itu tidak akan sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Baginda. Namun begitu, seseorang itu tetap akan dianugerahkan kelebihan dan hikmah.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YM Raja Shamri bin Raja Husin kerana berkongsi suka duka perjalanan menempuhi liku-liku hidup, cabaran serta tohmahan masyarakat bagi menggapai impian dan kejayaan, berkat restu ibu dan ayah. Diharapkan agar pengalaman beliau akan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar SMK Bukit Mewah untuk mencapai kegemilangan di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Beliau memiliki 2 kelulusan Ijazah Sarjana Muda, 2 Ijazah (Master) dan 2 PhD dari dalam dan luar negara. Beliau bekas pelajar Universiti Teknologi MARA di Shah Alam dan kini sedang giat menghabiskan pengajian di peringkat PhD di UiTM Kelantan. Beliau sangat aktif dalam memberi ceramah di seluruh Negara untuk pelajar-pelajar sekolah, IPTA & IPTS, badan-badan korporat, serta anggota kerajaan.

Kami warga di SMK Bukit Mewah mendoakan agar beliau senantiasa berada dalam kesejahteraan dan rahmat serta lindungan Allah s.w.t. semasa menjalankan aktiviti dakwah. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat, insya Allah. Teruskan usaha dakwah anda demi Agama, Bangsa dan Negara.

Wallahu a'lam.

** Mari kita sama-sama saksikan kisah benar yang tersirat di sebalik iklan di bawah yang merupakan buah fikiran YM Raja Shamri bin Raja Husin menerusi syarikatnya GOLDENMINDS ADVERTISING SDN. BHD:

KLIK DI SINI

Blog "Abang Raja"




Tiada ulasan: