.

Ahad, 8 November 2009

N.SEMBILAN ULANGI SEJARAH 1948


HAIRUDIN Omar bersama Idris Abd Karim (kanan) dan Mohd Farizal Harun (kiri) dari pasukan Negeri Sembilan meraikan kemenangan mereka selepas memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam semalam.


NEGERI SEMBILAN menamatkan penantian selama 61 tahun untuk muncul juara Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir melakukannya pada 1948.

Kejayaan itu diukir selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.




Ia merupakan hadiah paling istimewa sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir pada 26 Oktober lalu.

Bagi Kelantan, hasrat mereka untuk menjulang piala berprestij itu buat kali pertama terus musnah setelah tiga kali melangkah ke perlawanan akhir termasuk pada tahun 1955 dan 1970.

Final Piala Malaysia edisi ke-83 bermula dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran 85,000 penonton yang memenuhi setiap ruang di Stadium Nasional itu. Yang pasti, 70 peratus daripadanya terdiri daripada penyokong Kelantan.

Sebaik perlawanan bermula, Kelantan dilihat lebih bertenaga dengan gerak yang agak terancang.

Penguasaan mereka terserlah di bahagian tengah namun mereka tidak mampu untuk meloloskan diri daripada kawalan pertahanan lawan.

Namun, segala-galanyanya berubah pada minit ke-17.

(Kosmo)


Tiada ulasan: