.

Khamis, 16 April 2009

PEMILIHAN CALON KPLI DIPERKETAT


Pemilihan bakal calon guru terlatih di negara ini, termasuk di kalangan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang ingin mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan diperketatkan lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Latihan Dalam Perkhidmatan, Abdul Halim Abdul Razak, berkata setiap calon perlu melalui beberapa tapisan bagi mengenal pasti pemohon layak dan sesuai untuk menjadi guru.

Beliau berkata, setiap pemohon perlu menduduki ujian kelayakan bertulis, diikuti dengan temuduga dan beberapa saringan lain.

Katanya, hanya mereka berjaya melalui tapisan itu akan diterima mengikuti latihan perguruan di semua Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di negara ini.

"Langkah memperketatkan lagi pemilihan bakal calon guru terlatih berikutan tidak mahu kerjaya guru sebagai pilihan terakhir.

"Saringan itu juga untuk mengelakkan terlalu ramai lelaki lembut keterlaluan menjadi guru," katanya selepas menghadiri Konvokesyen Ke-59 IPGM Kampus Batu Lintang, di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini, semalam.

Seramai 254 graduan KPLI dinobatkan sebagai guru terlatih pada konvokesyen itu, namun hanya 181 yang dapat hadir di majlis berkenaan.

Terdahulu beliau mewakili Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datin Asariah Mior Shaharudin, menyampaikan Diploma Pendidikan kepada 181 graduan KPLI.

Pada majlis itu juga Abdul Halim membaca teks ucapan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Alimuddin berkata, seorang guru tidak boleh bersikap lepas tangan apabila melihat atau terserempak dengan perkara yang boleh menjejaskan imej keguruan seperti masalah sosial, disiplin dan amalan songsang.

Beliau berkata, ini kerana menjadi tanggungjawab guru untuk membetulkan perkara seperti itu, apatah lagi kalau perkara berkenaan berlaku dalam persekitaran sekolah.

Katanya, pada masa yang sama, guru tidak boleh memandang ringan sebarang perubahan positif yang berlaku di sekitar mereka, terutama perkara yang dapat melonjakkan imej perguruan ke tahap disegani dan disanjungi.

"Setiap guru perlu mengikuti perkembangan dan perubahan pantas yang berlaku di sekitar mereka, berikutan pelbagai maklumat baru akan ditemui sekali gus mengubahkan keadaan. Sekiranya kita tidak mengikuti perkembangan terkini, maka kita akan ketinggalan," katanya.

(BERITA HARIAN)



2 ulasan:

zaharmizi berkata...

tak guna pun jika pemilihan calon KPLI diperketatkan..
krn apabila mereka ini diterima, ada yg tidak menunjukkan komitmen pun..
skadar berusaha utk lulus KPLI, kemudian berperangai mcm sedia kala..

sekadar memeberi pandangan..

AnDeH berkata...

Trm kasih atas pandangan anda saudara zaharmizi