.

Jumaat, 27 Februari 2009

ULUL ALBAB: ADAKAH PEMIMPIN KITA "KELAS PERTAMA" ???

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Inikah tabiat "pemimpin" parti politik di Malaysia yang dikatakan berfikiran "kelas pertama" ??? Inikah tabiat "pemimpin" parti politik di Malaysia yang menjunjung semangat perpaduan yang dicipta sedari kemerdekaan yang digapai lebih 50 tahun lalu??? Inikah cara merealisasikan cabaran wawasan 2020 untuk menjadi bangsa yang dihormati oleh warga dunia???

Politik Malaysia semakin hari semakin kalut ! Pemimpin yang bertelagah seakan lupa dengan kebajikan rakyat kerana 'tamakkan' kuasa. Kepentingan peribadi terlalu 'digila-gilakan' sehingga sanggup menggadai maruah diri sendiri. Perasaan malu tatkala perlakuan dipaparkan media kepada seluruh rakyat Malaysia tidak dihiraukan. Masyarakat sudah 'mual' dan berasa 'jijik' dengan berita sebegini. Mengapakah mereka tidak mampu berganding bahu saat ini menyelesaikan isu pengangguran atau membahaskan kerangka mengurangkan tekanan ekonomi? Sebaliknya berusaha memaki serta mencaci kredibiliti pihak lawan dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Parlimen merupakan institusi yang tidak boleh tercemar dengan perlakuan ahli-ahli berhormat. Namun, senario semalam amat jelas menghina Parlimen sebagai 'Dewan Yang Mulia', yang selama ini diguna bagi membahas isu berkaitan kemaslahatan warga negara kita.

Politik oh politik!
Sudahlah..
Hentikan segala percakaran. Mulakan rentak membangunkan negara. Bukan memusnahkan aset yang ada. Pertelingkahan akan membawa kemudaratan. Pihak ketiga yang sedang memerhatikan mulai mengambil 'rentak' untuk memecahkan lagi ukhwah kita agar inspirasi yang menjadi agenda utama negara akan runtuh segala-galanya. Tidak mahu memberi komentar panjang. Cuma berharap pemimpin kita samada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, semoga bermuhasabah diri serta fikirkan kebajikan dan sumbangan anda kepada pembentukan masyarakat serta negara yang maju.
Sekadar luahan, Fikir-fikirkan...
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tiada ulasan: