.

Isnin, 16 Februari 2009

SEKSYEN 17(1) AKTA PENDIDIKAN 1996 & PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: PERJUANGAN ATAU KEPENTINGAN ...??

____________________________________________________________________

Ketua I Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Ismail Hussin telah pun memfailkan laporan polis berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.
Asas perdebatan hujah termaktub seperti klausa dalam artikel berikut:

*Bertentangan dengan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan.

*Perkara 152(1) meperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang, bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan dihalang menggunakan (selain bagi “maksud rasmi”) atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

*Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori “maksud rasmi”.

*Perkara 152(1) & 6 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996, adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu.

.. . Disebabkan penulis pernah melafazkan ikrar Rukun Negara yang menjadi saksi penyatuan kaum tatkala dirangka selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu, maka sekilas pandang sememangnya ada benar lagi tepat hujah GAPENA yang perlu diteliti.
Lafaz Rukun Negara:

"Kepercayaan Kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan undang-undang,
Kesopanan dan Kesusilaan"

Frasa "Keluhuran Perlembagaan" dan "Kedaulatan undang-undang" seakan 'membunuh' segala fakta yang dihambur berkenaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris. Justeru, kepentingan sebelum ini yang dilihat membawa seribu satu kebaikan kepada generasi masa depan, yang akan hidup di atas pentas 'dunia tanpa sempadan' atau disebut Globalisasi nanti.. seakan tergugat dek 'pejuang' bahasa yang 'terasa'.

Bidasan daripada Menteri yang bertanggungjawab cuma mempersoal kenapa 6 tahun yang lalu semasa sidang meja bulat diwujudkan, demi perbincangan mendalam terhadap isu tersebut, tidak disanggah seawal mungkin? Sedangkan pihak yang membuat laporan polis tersebut terlibat sama dalam perbincangan yang dianjurkan.
Kenapa?? Mengapa?? Kenapa??
Pelajar menjadi mangsa.
Guru-guru pening kepala.
Sekadar luahan, Fikir-fikirkan...

P/s: Khabarnye dari laman blog "Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)", esk (17hb Feb 09) akan diadakan Himpunan Gabungan Pendidik & NGO di pintu masuk Parlimen jam 9.00 pagi dengan agenda: Penyerahan Memorandum kepada ahli Parlimen untuk membantah Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Guru Sains & ICT
Tingkatan 1 & 2 SMK BKT Mewah
Jalan Tok Ungku, Seremban, NsDk
____________________________________________________________________

Tiada ulasan: