.

Rabu, 24 November 2010

KALENDER AKTIVITI PERMOHONAN KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

Ini merupakan kalender aktiviti KPLI-SR dan JQAF ambilan Januari 2011. Mungkin korang terlepas pandang dan lupa. Jadi, bolehlah bookmark page ni. Mana tahu korang terlupa ke apa ke.

10 Oktober. Iklan permohonan KPLI Ambilan Januari 2011 telah pun dibuka.

11 Oktober. Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online). Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

24 Oktober. Permohonan ditutup.

08 November. Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.

13 November. Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).

3 Disember. Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).

13 hingga 24 Disember 2010. Temu duga KPLI Ambilan Januari 2011.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).

22 Januari 2011. Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG). (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).

31 Januari 2011. Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).



Tiada ulasan: