.

Rabu, 20 Januari 2010

PENJELASAN 6 PERMOHONAN DITOLAK - PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH TERKILAN PERMOHONAN KPLI DITOLAK


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “ ANNE, SELANGOR” dalam ruangan Surat kepada Pengarang (Harian Metro bertarikh 11 Januari 2010 – 6 permohonan ditolak – Pembantu Pengurusan Murid prasekolah terkilan permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ditolak).

Untuk makluman, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah menetapkan standard prosedur yang perlu dipatuhi tentang pengambilan bagi calon latihan perguruan yang akan mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI).

Kejayaan seseorang calon yang terpilih untuk mengikuti KPLI adalah berdasarkan kepada skor merit yang mengambilkira beberapa faktor utama iaitu Syarat Kelayakan Asas, Penglibatan aktif dalam Kokurikulum, Pengalaman mengajar sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT), perlu lulus Ujian MTesT dan juga lulus dalam temuduga.

Merujuk kepada surat pembaca, calon ialah seorang Pembantu Pengurusan Murid dan ini adalah merupakan salah satu faktor sahaja dan banyak faktor dan kriteria lain seperti dinyatakan di atas yang perlu menjadi kriteria penentu kepada kejayaan seseorang calon itu untuk ditawarkan ke Program KPLI.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Tiada ulasan: