.

Selasa, 22 Disember 2009

SAIFUL TIDAK MENYESAL


Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dia tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk mendedahkan apa yang berlaku terhadap dirinya sebelum ini.

Katanya, beliau lebih rela dihina jutaan manusia ekoran 'penghijrahan' bagi menegakkan keadilan untuk dirinya itu.

"Saya tidak pernah sesekali menyesal akan keputusan penghijrahan saya pada tanggal 28 Jun 2008.

"Biarlah diri dihina jutaan manusia dan hilang segala nikmat dunia ini daripada dihina Allah, hidup dalam jiwa yang tidak tenang dan ditarik nikmat di akhirat akibat tidak berani menegakkan keadilan," katanya.

Mohd. Saiful mengulas mengenai apa yang telah berlaku terhadap dirinya sepanjang tahun ini dalam entri terbaru di blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com

Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Mohd. Saiful kemudian mengambil keputusan mendedahkan kejadian itu dan bertindak mengikut lunas undang-undang bagi mendapatkan keadilan terhadap dirinya.

Perbicaraan kes tersebut bagaimanapun tertangguh beberapa kali apabila Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan di mahkamah termasuk untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya.

(UTUSAN)

Tiada ulasan: