.

Rabu, 23 Disember 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KUALA PILAH (MDKP) NEGERI SEMBILAN

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA. Keutamaan Rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:
JAWATAN:-

-Pegawai Tadbir Gred N41 (TETAP)
-Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J29 (TETAP)
-Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 (TETAP)
-Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 (TETAP)
-Penolong Akauntan Gred W27 (TETAP)
-Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 (TETAP)
-Juruteknik Gred J17 (TETAP)

CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh didapati daripada Urus setia Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat dibuka dengan bayaran tunai RM1.00 atau menyertakan sampul surat beralamat sendiri dengan setem yang mencukupi serta wang pos berjumlah RM1.00. Borang juga boleh didapati secara proses muat turun daripada lama web rasmi MDKP, http://www.mdkp.gov.my dengan menyertakan wang pos RM1.00 sekiranya permohonan dihantar melalui pos dan membayar secara tunai apabila borang diserah sendiri oleh pemohon. Permohonan hendaklah dihantar kepada alamat:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TARIKH TUTUP : 30 DISEMBER 2009

Tiada ulasan: