.

Sabtu, 7 November 2009

NEGERI SEMBILAN JULANG PIALA MALAYSIA EDISI KE-83

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia edisi ke-83 selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama.

Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula.


Asakan demi asakan barisan serangan pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan pemain kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak.


Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin.

(Berita Harian)


Tiada ulasan: