.

Sabtu, 29 Ogos 2009

PELAJAR USIM JOHAN PIDATO AKHIR HARI KEMERDEKAAN 2009

Pelajar USIM Johan Pidato Akhir Hari Kemerdekaan 2009


KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Syariah dan Undang-Undang Tahun 2 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Mohd Ikhwan Rosseli menjuarai Pertandingan Akhir Pidato Kemerdekaan 2009.

Mohd Ikhwan, 20, yang pertama kali menyertai pertandingan seumpama itu membawa pulang sebuah trofi, wang tunai RM3,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan dengan pidato bertajuk '1Malaysia Membina Negara Bangsa'.

Naib Johan disandang oleh Azri Zanier Azmi dari Universiti Malaya yang memperolehi piala, wang tunai RM2,000, sijil dan hadiah iringan manakala tempat ketiga dimenangi Siti Habibah Judin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kuala Kangsar, Perak, dengan wang tunai RM1,000, sijil dan hadiah iringan.

Manakala Siti Nor Hidayah Mustapha dari Universiti Teknologi Malaysia dan Yap Ken Vun dari Universiti Sains Malaysia memenangi tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima hadiah saguhati wang tunai RM500, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie yang terdahulu merasmikan pertandingan itu, telah menyampaikan hadiah.

Pertandingan pidato kali pertama itu anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia sempena perayaan bulan kemerdekaan ke-52 disertai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara tetapi hanya lima yang terpilih untuk ke peringkat akhir.



(BERNAMA)

1 ulasan:

SSS Admin berkata...

Tuan,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots with blog entry”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda secara langsung ataupun secara tidak langsung terhadap Kempen SSS ini apabila, anda telah memuatkan sekurang-kurang satu tulisan/artikel/bahan di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini.

__________________

It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots with blog entry). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by having at least one blog entry/article/item, written in support of the SSS campaign, directly or indirectly. Thank you for your support toward the SSS campaign.


Terima kasih.
Satu Sekolah Untuk Semua

rujukan Artikel Tuan