.

Khamis, 25 Jun 2009

PERTUKARAN PUSAT TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Calon-calon temu duga Penolong Penguasa Kastam Gred W27 di Alor Setar pada 01/07/2009 dan 02/07/2009 yang telah dijadualkan menghadiri temu duga di Bilik Temu Duga, Kolej Pembantu Perubatan, Hospital Alor Setar, Lebuh Sultanah Bahiyah, 05250 Alor Setar, Kedah diminta hadir ke pusat temu duga baru di:

JABATAN KASTAM NEGERI KEDAH
KOMPLEKS KASTAM
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID
05050 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

Calon-calon temu duga Penolong Penguasa Kastam Gred W27 di Kuala Terengganu pada 07/07/2009 dan 08/07/2009 yang telah dijadualkan menghadiri temu duga di Bilik Mesyuarat (Kebidanan), Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu diminta hadir ke pusat temu duga baru di:

JABATAN KASTAM NEGERI TERENGGANU
WISMA KASTAM
JALAN BALIK BUKIT
20300 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN

Syarat-syarat lain yang dinyatakan di dalam surat panggilan temu duga adalah tidak berubah.

Pihak SPA memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
Sekian, harap maklum.



Tiada ulasan: