.

Selasa, 12 Mei 2009

TIPS TEMUDUGA KPLI

Banyak kemungkinan dan pengalaman ditemuduga yang akan dilalui semasa sesi ini dijalankan untuk KPLI. Ada yang bergantung kepada penemuduga, tempat, jurusan dan lain-lain. Ini merupakan sebahagian antara tips yang dapat dikongsi untuk anda yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga KPLI nanti:

1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru.

Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju.

2. Datang lebih awal.

Samaada paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang dan tidak kelam kabut.

3. Susun sijl dengan teratur.

Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, sijil SPM, transkrip keputusan , dan diikuti dengan sijil-sijil akademik yang lain . Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan. Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan.

4. Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah:

a- Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.


b- Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidkan, Nama menteri dan pengarah pelajaran.


c- Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru.

d- Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidikan dengan kemahiran yang kamu ada.


e- Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.


f- Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan.


...Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaitan dengan kebolehan anda dan sumbangan. Jawab soalan dengan tenang.

SEMOGA BERJAYA MENJADI PENDIDIK YANG CEMERLANG !

Tiada ulasan: