.

Khamis, 14 Mei 2009

PELIK TAPI BENAR: BATU NISAN BERCAKAP TAKUTKAN PENGUNJUNG

Pengunjung sebuah tanah perkuburan di Austria mendesak batu nisan berteknologi tinggi yang membolehkan si mati menghantar mesej dari dalam kubur, diharamkan.

Batu nisan berkenaan yang dipasang dengan skrin dan pembesar suara, memainkan rakaman mengenai kehidupan si mati apabila anggota keluarga mereka datang untuk menziarah.

Bagaimanapun, pengunjung yang ketakutan meminta pegawai tanah perkuburan di Linz, Austria, mengharamkannya.

Eva Langer, 67, berkata: “Ketika melutut di sisi kubur suami saya dan berdoa, saya terdengar satu suara, kemudian bunyi orang ketawa diekori oleh muzik. Apabila menoleh di sekeliling, saya melihat wajah lelaki yang sudah mati bercakap dengan saya dari batu nisan bersebelahan.”

Pencipta batu nisan berkenaan, Wolfgang Gollner mempertahankan batu nesan bercakap itu.

Katanya: “Batu nisan bercakap sudah amat popular di Amerika dan sedikit masa lagi, ia akan menjadi perkara biasa di tanah perkuburan di Eropah.

“Orang ramai perlu membiasakan diri dengannya.”

(AGENSI)



Tiada ulasan: