.

Jumaat, 22 Mei 2009

PANDUAN TEMUDUGA KPLI, DPLI, KPLSPM & ISMP

KOMPONEN TEMUDUGA KPLI, DPLI, KPLSPM & ISMP

1. Ujian Bertulis - KPLI & KPLSPM sahaja
- Dijalankan untuk calon-calon opsyen Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab dan Bahsa Tamil sahaja.
- Anda dikehendaki menulis karangan berdasarkan tajuk diberi (masa : 30 minit)
- Tajuk karangan mungkin berkisar isu pendidikan, isu semasa dan sebagainya.

2. Temuduga Kumpulan (Grouping) - KPLI & KPLSPM sahaja
- Seramai 4 - 5 orang akan dipanggil serentak untuk perbincangan dalam kumpulan. Anda diminta duduk dalam bulatan atau separa bulatan.
- Satu tajuk akan diberi dan diberi masa untuk membaca & memahami kehendak tajuk.
- Perbincangan berjalan selama 30 - 40 minit dan anda perlu berbincang sesama sendiri tentang isu dalam tajuk yang diberikan.

Tips:
- Anda harus menunjukkan sikap toleransi dan sabar ketika perbincangan.
- Jangan menguasai perbincangan secara individu. Setelah berhujah, beri peluang kepada orang lain.
- Jadilah pendengar yang baik.
- Anda harus beri fakta & rasional bagi sesuatu pendapat.
- Anda harus mengambarkan kepimpinan, keyakinan dan pengetahuan tentang topik yang dibincangkan.
- Pastikan suara anda jelas dan lancar di samping pemikiran yang kreatif dan kritis.

3. Temuduga Individu
- Temuduga individu berlangsung selama lebih kurang 15 - 20 minit.

Soalan-soalan yang mungkin ditanya:
- Bersedia untuk menceritakan latarbelakang diri anda, keluarga, pendidikan, pengalaman kerja, pengalaman mengajar dan pencapaian2 lain yang anda perolehi.
- Sebab anda memohon kursus / bidang perguruan
- Penglibatan aktiviti ko-kurikulum dan kegiatan luar / masyarakat
- Bersedia juga untuk menjawab soalan-soalan berkaitan isu-isu semasa dan isu-isu pendidikan.
- Anda juga mungkin akan ditanya tentang bidang pengkhususan yang anda pohon.

4. Ujian Mengajar (Micro Teaching)
- Semasa sesi temuduga individu, anda mungkin akan diminta mengajar subjek @ topik yang anda pohon selama 5 - 10 minit.
- Anda juga mungkin akan ditanya semasa proses pengajaran itu.

CIRI-CIRI CALON GURU YANG DINILAI

1. Kecemerlangan Akademik
2. Sahsiah
- Kepimpinan
- Keyakinan diri / tidak panik
- Kepekaan / mampu bertindakbalas dengan cepat
- Kesopanan (senyum, menghargai & menghormati)
3. Komunikasi
- Kefahaman mengenai sesuatu bidang
- Dapat menganalisis dan mengaplikasi fakta
- Kemahiran komunikasi & kematangan berfikir

RINGKASAN :
KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
DPLI - Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah
KPLSPM - Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
ISMP / PISMP - Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Tiada ulasan: