Iklan Temu Duga Terbuka Jawatan Kontrak Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara Untuk Berkhidmat Di Jabatan Pelajaran Negeri.
Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga terbuka untuk berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri bagi jawatan di bawah;
1. Guru Siswazah Kontrak (Lampiran A)
2. Pegawai Tadbir Kontrak (Lampiran B),
3. Penolong Pegawai Kontrak (Lampiran C) dan;
4. Pembantu Tadbir Kontrak (Lampiran D)
Calon-calon dikehendaki mematuhi etika berpakaian ketika temuduga :
Lelaki : Kemeja lengan panjang, bertali leher dan berkasut
Wanita : Pakaian yang sesuai dan kasut bertutup
Membawa sijil-sijil asal dan salinan-salinan sijil yang telah disahkan;
Membawa pen dakwat/pena mata bola untuk mengisi borang-borang yang berkaitan semasa
temuduga
Membawa 2 keping gambar terkini berukuran passport.
Makluman :
Calon-Calon yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan telefon dalam tempoh 15 hari selepas temuduga diadakan.
Calon-calon yang tidak dihubungi melalui telefon atau surat selepas 30 hari dari tarikh temu duga adalah dianggap sebagai tidak berjaya di dalam temu duga berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan