.

Selasa, 19 Mei 2009

DEBAT PERDANA INTEGRITI: BERITA DARI UTM, SKUDAI

TAHNIAH !!!

Itulah ucapan penghargaan yang patut diberikan kepada pasukan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) atas kejayaan menggondol gelaran JOHAN DEBAT PERDANA INTEGRITI 2009 yang berlangsung selama lima hari bermula 15 Mei 2009 sehingga 19 Mei 2009. Pertandingan Debat Perdana Integriti Antara Institusi Pengajian Tinggi anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) ini mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia, Skudai selaku tuan rumah bagi tahun ini.

Berbekalkan senarai 38 buah usul yang menyentuh pelbagai aspek integriti, pertandingan kali ini menyaksikan seramai 36 pasukan yang terdiri daripada pendebat-pendebat pelbagai IPT seperti UIAM, UPM, UM, UiTM, UTM, UMP, USIM, UKM, USM, UPSI dan lain-lain. Sebahagian menghantar muka-muka lama dan sebahagian yang lain menampilkan pendebat-pendebat baru.

Enam perlawanan saringan dibahagikan dengan tiga perlawanan pada hari pertama dan selebihnya hari kedua sebelum lapan pasukan terbaik melayakkan diri ke suku akhir pada hari ketiga.

Peringkat suku akhir menyaksikan Pasukan UiTM 1 menentang UPM 1, UTM 1 menentang UIAM 1, UPSI 2 menentang UKM 1 dan USM 1 menentang UUM 1. Saudari Husna daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditabal sebagai pendebat terbaik keseluruhan pertandingan kali ini.

Peringkat separuh akhir pertandingan menyaksikan saingan UiTM 1 menentang UTM 1 manakala UKM 1 menentang USM 1.

Pada peringkat akhir hari ini pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengulangi pencapaian sama seperti tahun 2007 dahulu dengan menjuarai Debat Integriti 2009. Tahniah kepada pasukan UiTM kerana berjaya menempa kejayaan demi kejayaan.

Semoga pasukan UiTM akan terus menyemarakkan lagi rekod kemenangan pada Debat Terbuka Arau, Debat Perpaduan dan Debat Fomca yang akan kembali tidak lama lagi,
insya Allah.. .


Tiada ulasan: