.

Khamis, 23 April 2009

KL DIPILIH SEBAGAI KOTA KEBUDAYAAN ISLAM 2009


Kuala Lumpur adalah satu daripada empat bandar raya utama dunia yang dipilih sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya pemilihan Kuala Lumpur, yang diputuskan dalam Persidangan Menteri-menteri Kebudayaan Islam 2006 di Libya, adalah berdasarkan lima kriteria utama iaitu :
1.) memiliki status sejarah yang unik serta budaya yang kukuh,
2.) Kemampuan membanggakan terhadap keupayaan universal dan Islam.
"Selain itu, bandar raya ini juga mempunyai pusat penyelidikan saintifik, arkeologi dan manuskrip yang menjadi rujukan kepada penyelidik, menjadi tumpuan kebudayaan, kesenian dan warisan aktif serta mempunyai kemampuan memelihara, memulihara sejarah dan warisan negara," katanya kepada pemberita selepas menerima nota tugas daripada bekas Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini Rabu.Selain Kuala Lumpur, Baku di Azerbaijan juga dipilih sebagai bandar raya Islam bagi rantau Asia, Kairouan, Tunisia pula bagi rantau Arab dan N'Djamena, Chad bagi rantau Afrika.Rais berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan sambutan Kuala Lumpur-Kota Kebudayaan Islam 2009 (KLCIC 2009) di Muzium Kesenian Islam pada 5 Mei."Sebagai kota kebudayaan Islam, Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti yang bersifat pendidikan, saintifik dan berunsur kebudayaan berdasarkan kepada panduan oleh Isesco," katanya.Rais berkata sebanyak 227 aktiviti berkaitan kebudayaan dan kesenian Islam akan diadakan sepanjang tahun ini antaranya pameran berunsurkan Islam, penerbitan buku berkaitan warisan seni bina masjid dan surau, ceramah, persembahan kesenian dan siaran televisyen yang membincangkan isu berkaitan Islam.

Tiada ulasan: