.

Khamis, 2 April 2009

HARI TERAKHIR MEMIMPIN NEGARA


Hari ini tanggal 2 April 20o9. Umum mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang memegang tampuk kepemimpinan negara selama lima tahun, iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; akan melepaskan jawatan kepada Timbalannya. Cuma kurang 24 jam lagi tempoh untuk media dari seluruh dunia bakal memberi fokus, mengulas dan menyampaikan berita bahawa Malaysia akan menerima Pemimpin ke-6 yang baharu. Beliau adalah anak seorang tokoh pemimpin yang pernah menjawat jawatan sama suatu ketika dahulu.


Semasa arena Pak Lah banyak agenda yang telah direncana dan dilaksanakan. Antaranya Misi Nasioanal 2006-2020, Rancangan Malaysia ke-9, Konsep Islam Hadhari, konsep Modal Insan, konsep pemimpin "ulul albab", konsep integriti seperti Tekad 20o8 serta penubuhan Institut Integriti Nasional bertujuan mengurangkan Indeks Transperansi Nasional (petunjuk kadar rasuah negara). Tidak kurang juga pembangunan yang dilaksana oleh bekas atau mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang telah dihentikan untuk beberapa rasional yang difikirkan wajar. Ada yang dilihat berjaya mencapai matlamat yang diharapkan malah tidak kurang pula yang hanya suam-suam kuku sehingga menjadi sekadar melepaskan batok di tangga semata-mata.

Apa jua alasan, arena beliau bakal tamat dalam arus kepemimpinan perdana. Namun, tugas bukanlah menjadi manusia biasa. Penulis percaya beliau akan tekal aktif memperjuang nasib Parti seperti juga Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semoga sisa masa yang masih ada dimanfaatkan untuk beristirehat sambil terus berjuang demi Agama, bangsa dan Negara.

Salam perpisahan buat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada takhta Pucuk Pimpinan Perdana. Semoga rakyat terus menghargai jasa dan pengorbanan beliau selama bergelar orang nombor satu negara, dari tahun 20o3.

Kepada Dato' Seri Najib Tun Razak, selamat datang untuk menerajui negara sebagai nakhoda samudera yang masih lagi bergelora. Destinasi kita masih kabur di anjung dunia. Perkasakan bangsa, martabatkan maruah negara, kembalikan kegemilangan warganya agar persepakatan kita makin ampuh menjelang wawasan yang ingin diterpa menjadi bangsa yang berjaya. Ulung di mata dunia.

Salam untuk Perdana Menteri Malaysia .. .




Tiada ulasan: