.

Ahad, 12 April 2009

ABPBH 2008: BUDAK MAMBAU RAIH GELARAN BINTANG POPULAR

Ahmad Nabil Ahmad; beliau merupakan bekas pelajar SRK Mambau, SMK Mambau dan Sek Men Teknik Port Dickson. Anak kelahiran kampung Kayu Ara, Mambau; Seremban tersebut malam ini berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular anjuran Berita Harian, akhbar rasmi negara. Kejayaan beliau mengenepikan pesaing-pesaing tersohor yang pernah meraih gelaran tersebut seperti Mawi, Dato' Siti Nurhaliza, Rosyam Nor dan Saiful Apek dilihat sebagai suatu perkembangan yang positif memandangkan penglibatan pendatang baru tersebut dalam industri hiburan ini baru di peringkat setahun jagung. Kemenangan ini juga membuktikan kehadiran beliau untuk memeriahkan industri hiburan kita diterima masyarakat walau pun sebelum ini dikaitkan dengan beberapa masalah dan kontroversi.

Berbekalkan bakat yang dicungkil menerusi sebuah rancangan realiti di sebuah stesyen televisyen berbayar, Nabil kini aktif dalam beberapa siri drama televisyen, filem dan bidang pengacaraan. Sikapnya yang bersahaja dan penampilan yang mudah dan ringkas menjadikan beliau seorang yang senang untuk didekati. Penulis juga berkesempatan menghadiri rumah terbuka beliau pada hari raya keempat tahun 2008 lalu.

Semoga kejayaan ini bakal memberi aspirasi serta menaikkan lagi martabat industri hiburan tanah air khususnya bidang lakonan. Kepada Ahmad Nabil bin Ahmad, semoga anda terus berjaya dalam bidang penuh cabaran ini.

Sekadar berkongsi keterujaan,
Fikir-fikirkan .. .

Tiada ulasan: