.

Rabu, 11 Mac 2009

TEKS PENUH PAKEJ RANSANGAN KEDUA OLEH DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK


Berikut adalah ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan mini bajet di Dewan Rakyat hari ini:

Tuan Yang DiPertua,

Saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang bernama ‘Suatu Akta bagimenggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2009 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagibahagian tahun itu’, dibaca kali yang kedua sekarang.

2. Peruntukan Tambahan Perbelanjaan Mengurus Pertama, 2009 ini adalahdibentangkan menurut perkara 100 dan 101 Perlembagaan Persekutuan, iaitu bagi memperolehi kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau terkurang diperuntukkan dalam Bajet 2009 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini.

3.Krisis ekonomi global semasa, yang bermula daripada krisis kewangan subprima di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007, telah membawa kesan yang jauh lebih meluas dan mendalam. Setelah hampir dua tahun sejak krisis kewangan global melanda, namun masih belum nampak tanda-tanda kembalinya kestabilan di sektor kewangan dan pemulihan ekonomi negara-negara maju. Malahan lebih separuh daripada ekonomi utama dunia, terutamanya Amerika Syarikat, kawasan Eropah dan Jepun, telah terjerumus ke dalam kemelesetan. Negara-negara ini telah mengalami penguncupan ekonomi yang terburuk semenjak the Great Depression pada 1930an.

4. Walaupun negara-negara maju telah mengumumkan Pakej Rangsangan ekonomiyang begitu besar melebihi 3 trilion dolar Amerika, sejumlah besar digunakan untukmenyelamatkan institusi kewangan dan syarikat gergasi mereka, namun masih belum dapat memulihkan keyakinan para pengguna dan pelabur. Malah pengumuman terkinimenunjukkan kadar pengangguran di Amerika Syarikat berada di tahap ialah 8.1%, kadarpaling tertinggi sejak tahun 1983.

5. Perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif ini telah mula menampakkanimpaknya ke atas ekonomi negara dalam suku keempat tahun 2008. Eksport dan pengeluaran industri negara mula merosot dan pelaburan berkurangan. Sentimen pengguna juga telah turut terjejas. Berikutan ini, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah mencatatkan penurunan kadar yang ketara rendah sebanyak 0.1 peratus, berbanding dengan purata sebanyak 6.3 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2008. Pengurangan ini disebabkan, terutamanya oleh penguncupan eksport, bagi tempoh yang sama, telah mengalami kejatuhan nilai sebanyak 13.4 peratus. Kejatuhan eksport ini telah menjejaskan pertumbuhan sektor ekonomi, terutamanya pembuatan yang telah mencatatkan penguncupan sebanyak 8.8 peratus.

6. Persekitaran ekonomi global bagi tahun 2009 dijangka lebih sukar. Amerika Syarikat,yang merupakan ekonomi dan negara perdagangan terbesar di dunia, dijangka mengalami pertumbuhan ekonomi negatif sebanyak 1.6 peratus, sementara United Kingdom negatif 2.8 peratus, dan Jepun negatif 2.6 peratus. Di rantau ini, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura akan terus mengalami kemelesetan ekonomi, iaitu masing-masing pada negatif 2 peratus, negatif 4 peratus dan negatif 4.9 peratus pada tahun ini. Malah Menteri Mentor Singapuratelah membayangkan bahawa ekonomi Singapura akan menguncup negatif 10 peratus pada tahun ini. Sungguhpun ekonomi negara China dan India dijangka mencatat pertumbuhan positif sebanyak 6.7 peratus dan 5.1 peratus, namun jangkaan pertumbuhan ini adalah pada kadar yang ketara rendah. Berikutan perkembangan ini, IMF telah pada Januari 2009 sekali lagi mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia daripada 2.2 kepada 0.5 peratus bagi tahun 2009.Setakat ini, usaha-usaha untuk memulihkan sektor kewangan di negara-negara maju masih belum berjaya. Oleh itu, besar kemungkinan keadaan ekonomi global akan menjadi lebih buruk sebelum keadaan ekonomi menjadi pulih.

7.Ekonomi Malaysia telah mencapai pertumbuhan yang menggalakkan sebelum inikerana, antaranya, kita telah berjaya meningkatkan perdagangan antarabangsa.Perdagangan negara mencakupi hampir dua ratus peratus daripada KDNK, iaitu antara yang tertinggi di dunia. Pertumbuhan ekonomi negara juga telah dijanakan oleh aliran masuk pelaburan asing yang tinggi dan pembangunan pasaran modal yang mantap. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia semasa, Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa ekonominya yang begitu terbuka akan menerima tekanan berikutan kegawatan ekonomi global melalui empat faktor:

Pertama : Nilai eksport negara dijangka berkurangan kerana permintaan dunia telahmerosot dengan begitu ketara. Umpamanya, pada bulan Januari 2009, eksportnegara telah jatuh sebanyak 27.8 peratus;

Kedua:Eksport komoditi, terutamanya minyak dan gas serta kelapa sawit, telahmengalami penurunan harga yang mendadak;

Ketiga: Berikutan kegawatan ekonomi dunia, kemasukan pelaburan asing juga akanberkurangan. FDI pada tahun ini dijangka hanya separuh, iaitu 26 bilion ringgitberbanding dengan jumlah FDI pada tahun 2008, iaitu 51 bilion ringgit; dan

Keempat: Kejatuhan mendadak pasaran saham global telah menyebabkan kejatuhanpasaran saham Bursa Malaysia. Ini memberi kesan negatif kepada sektor perkhidmatan yang biasanya berkembang pada kadar yang tinggi sertamempengaruhi sentimen pelabur dan pengguna.

8. Dalam konteks senario ekonomi global yang begitu meruncing dan berasaskan empatfaktor yang telah saya jelaskan, Malaysia kini menghadapi keadaan ekonomi yang amatmencabar. Ini memerlukan Kerajaan mengkaji semula unjuran pertumbuhan KDNK negara bagi tahun 2009.

Namun, Kerajaan yakin Bajet asal 2009 yang memperuntukkan sejumlah 206 bilion ringgit serta Pakej Rangsangan Pertama yang berjumlah tujuh bilion ringgit dan Pakej Rangsangan Kedua ini bertujuan mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.Sekiranya usaha-usaha ini tidak diambil, ekonomi negara akan mengalami kemelesetan yang serius. Dengan langkah-langkah yang diambil, pertumbuhan KDNK negara dijangka di dalam lingkungan negatif satu peratus hingga positif satu peratus bagi tahun 2009.

9. Program dan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama sebanyak 7 bilionringgit sedang giat dilaksanakan. Setakat ini, 6.5 bilion ringgit telah diagihkan kepada Kementerian dan agensi. Sehingga kini, sejumlah satu bilion ringgit telah dibelanjakan. Ini termasuk 6,267 Program Penyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, 2,118 projek oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 1,594 projek oleh Kementerian Pelajaran dan 1,322 projek oleh Kementerian Kesihatan. Adalah dijangkakan menjelang bulan Jun 2009, jumlah keseluruhan kerja yang dapat ditawarkan serta dilaksanakan bagi memenuhi sasaran Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama ini bernilai 5.2 bilion ringgit.Seperti mana yang telah diumumkan, pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama akan dipantau pelaksanaannya dengan rapi melalui sebuah Unit Khas, iaitu Unit Pengurusan Projek, Kementerian Kewangan yang melapur terus kepada Menteri Kewangan. Dengan tertubuhnya Unit ini, Kerajaan akan memastikan sasaran Pakej Rangsangan yang pertama akan tercapai. Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa Unit ini juga akan memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Kedua dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan agensi-agensi yang berkaitan.

Tuan Yang DiPertua,

10. Kerajaan beriltizam untuk terus melakukan segala yang termampu untukmengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang dirasai, terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas. Saya yakin dengan semangat bersatu, kita mampu berdepan dengan persekitaran yang sukar dan mencabar ini, seperti yang pernah kita lalui bersama di dalam beberapa krisis yang terdahulu. Kerajaan akan memastikan bahawa kesejahteraan semua rakyat akan terus dibela dan tiada yang terpinggir daripada mendapat manfaat langkah-langkah yang dilaksanakan.

11. Memandangkan senario ekonomi global yang meruncing, maka Pakej RangsanganKedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran. Ini termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur. Di samping itu, langkah-langkah yang dirangka dalam Pakej Rangsangan ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada usaha merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat tetapi merangkumi juga inisiatif membina kapasiti ekonomi jangka panjang.Ini akan menjamin Malaysia lebih bersiap sedia untuk meraih segera peluang tatkala ekonomi global kembali pulih kelak.

12. Saya menghargai peranan YAB Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis EkonomiNegara dalam melahirkan beberapa idea baru untuk menangani krisis pada kali ini. Pakej Rangsangan ini telah dirumuskan melalui perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk degan YAB Perdana Menteri sendiri. Pakej Rangsangan ini memberi tumpuan kepadaempat teras utama, seperti berikut:

Pertama: Mengurangkan Pengangguran Dan Menambah Peluang Pekerjaan;

Kedua:Meringankan Beban Rakyat, Terutamanya Golongan Mudah Terjejas;

Ketiga:Membantu Sektor Swasta Menghadapi Krisis; dan

Keempat: Membina Keupayaan Masa Depan.

13. Maka dengan ini, sukacita saya mengumumkan bahawa Kerajaan akan melaksanakan Pakej Rangsangan berjumlah 60 bilion ringgit. Pakej ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, iaitu 2009 dan 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 bilion ringgit merupakan suntikan fiskal, 25 bilion ringgit Dana Jaminan dan 10 bilion ringgit pelaburan ekuiti, tujuh bilion ringgit inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan off-budget serta tiga bilion ringgit insentif cukai. Jumlah 60 bilion ringgit ini merupakan hampir sembilan peratus daripada KDNK. Pelaksanaan Pakej Rangsangan yang bersaiz besar seperti ini adalah kali pertama dilakukan dalam sejarah ekonomi negara.

14. Ini bukanlah kali pertama kita menghadapi krisis. Negara telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, terutamanya dalam tahun 1969, 1972, 1986 dan 1997. Setiap krisis itu telah kita atasi dengan jayanya dan ekonomi negara telah muncul lebih kukuh. Hari ini kita berdepan dengan persekitaran ekonomi global yang jauh lebih getir berbanding dengan krisis-krisis terdahulu. Walau bagaimanapun, berbekalkan pengalaman kita dalam menghadapi krisis dan semangat bersatu padu, saya yakin dan percaya kita akan terus bersama mengatasi cabaran-cabaran yang semakin meruncing.

Tuan Yang DiPertua,

15. Jumlah 60 bilion ringgit ini diperuntukkan kepada empat Teras seperti berikut:

Teras Pertama: 2 bilion ringgit;

Teras Kedua:10 bilion ringgit;

Teras Ketiga: 29 bilion ringgit; dan

Teras Keempat: 19 bilion ringgit.

16. Daripada suntikan fiskal sebanyak 15 bilion ringgit, sejumlah 10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan 5 bilion ringgit bagi 2010. Jumlah 10 bilion dalam tahun 2009 dibahagikan kepada 5 bilion ringgit untuk belanja mengurus dan 5 bilion ringgit untuk perbelanjaan pembangunan. Saiz perbelanjaan ini sudah tentunya akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini. Kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan untuk menampung defisit yang lebih tinggi. Keupayaan Kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mapan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007. Malahan, semasa negara mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi dalam tahun 1982, kita telah mengalami defisit 16.6 peratus, berikutan dasar fiskal mengembang, erutamanya untuk membina infrastruktur negara. Langkah ini telah meningkatkan potensi pertumbuhan negara yang telah membawa kepada kejayaan kita mencapai pertumbuhan ekonomi setinggi 9 peratus pada awal 1990an. Kerajaan akan memastikan kedudukan fiskal Kerajaan akan kembali mapan.

17. Kerajaan yakin defisit ini akan dapat dibiayai daripada sumber dalam negeri,memandangkan tahap kecairan yang tinggi dalam sistem kewangan tempatan. Di samping itu, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan masih pada tahap yang berhemah. Pembiayaandefisit ini juga tidak akan menimbulkan kesan crowding out sektor swasta untukmendapatkan dana, terutamanya daripada pasaran bon negara yang telah berkembangpesat dan kini, merupakan yang kedua terbesar di rantau Asia Timur.

Tuan Yang DiPertua,

TERAS PERTAMA: MENGURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN:

18. Dalam persekitaran ekonomi global semasa, terdapat syarikat-syarikat, khususnya dalam sektor pembuatan, terpaksa memberhenti atau mengurangkan operasi. Ini dijangka mengakibatkan kadar pengangguran bagi tahun 2009 meningkat kepada 4.5 peratusberbanding 3.7 peratus bagi tahun 2008.

Semenjak Oktober 2008, seramai 25,000 telahkehilangan pekerjaan. Terdapat juga 30,900 pekerja yang telah diberhentikan secarasementara dan 23,900 yang terpaksa bekerja dengan pengurangan gaji. Selain dari ini,terdapat kira-kira 100,000 pekerja yang tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa dan oleh itu, pendapatan mereka telah berkurangan dengan agak ketara.

19. Kerajaan amat prihatin dengan keperitan yang dihadapi oleh golongan pekerja yangdiberhentikan, kesukaran yang ditanggung oleh siswazah menganggur dan keresahan yang turut dirasai oleh keluarga mereka. Untuk membantu mereka ini, Kerajaan akan mewujudkan sebanyak 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta.Menyediakan Latihan Dan Mewujudkan Peluang Pekerjaan

20. Dari jumlah 163,000 peluang latihan dan pekerjaan yang akan diwujudkan, sebanyak100,000 merupakan inisiatif usaha sama antara Kerajaan dengan pihak majikan sektorswasta. Sasaran program ini adalah untuk memberikan manfaat kepada pekerja yang telahdiberhentikan dan pekerja yang diberhentikan sementara serta mereka yang mengalami kekurangan pendapatan dan siswazah menganggur. Program latihan ini akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi Kerajaan, sektor swasta, termasuk GLC dan institusi latihan swasta. Tumpuan utama latihan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengikut keperluan industri serta memudahkan employability. Kerajaan juga akan melaksanakan penempatan pekerjaan dan memberi insentif kepada majikan untuk mengambil dan melatih pekerja tempatan. Ini juga akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Peruntukan sebanyak 700 juta ringgit akan disediakan bagi tujuan ini.

21. Antara program yang akan dilaksanakan termasuk:

Pertama: Menambah bilangan peserta di bawah Program Latihan Khusus dan ProgramLatihan Semula kepada pekerja yang telah diberhentikan dan Skim LatihanDual Nasional untuk memberi kemahiran kepada golongan yang masih bekerja;

Kedua: Menambah program latihan dengan kerjasama pertubuhan industri dansyarikat-syarikat yang terlibat, seperti elektrik dan elektronik, pengimpalan,robotik dan pembinaan.Di samping itu, lebih banyak latihan kemahiran industridan teknikal akan dilaksanakan oleh Pusat Latihan Kemahiran di semua negeribagi 10,000 orang pelatih;

Ketiga: Menyediakan latihan sambil bekerja untuk siswazah menganggur, terutamanyadalam sektor kewangan, oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara bagi tempoh 2 tahun. Seramai 1,000 graduan yang menganggur akan menyertai program ini;

Keempat: Menyediakan 2,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di syarikatGLC, terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti outsourcing, penerbangan, utiliti, kesihatan dan multimedia kreatif;

Kelima: PUNB akan melaksanakan program latihan sangkut untuk siswazah danpemegang sijil kemahiran. Peserta akan ditempatkan di syarikat-syarikatinvestee PUNB selama enam bulan hingga satu tahun. Apabila tamat latihan, peserta layak mendapat bantuan kewangan di bawah PROSPER untuk memulakan perniagaan. PUNB mensasarkan 2,000 siswazah akan dapat dilatih di bawah program sangkut ini; dan

Keenam: Memantapkan lagi Program Tunas Mekar untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang perniagaan dan menambah nilai kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Seramai 500 siswazah dan PKS akan menyertai program ini.

22. Kerajaan juga akan mewujudkan 22 JobsMalaysia Centre dan menambah baik 109pusat yang sedia ada. Pusat ini akan ditempatkan di lokasi tumpuan awam, termasuk di kompleks membeli-belah, untuk memudahkan akses pekerja dan majikan bagi mendapatkan penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan maklumat mengenai peluang latihan yang disediakan. Di samping itu, lebih banyak karnival pekerjaan berskala besar di peringkat kebangsaan akan diadakan bagi memudahkan penganggur dan pekerja yang diberhentikan mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Kebajikan Pekerja Yang Telah Diberhentikan Kerja

23. Syarikat swasta perlu memainkan peranan bagi memberi peluang pekerjaan kepadamereka yang telah diberhentikan kerja termasuk di bawah Skim Pemisahan Sukarela (VSS).Untuk menyokong usaha ini, Kerajaan mencadangkan majikan yang menggaji pekerja yang diberhentikan mulai 1 Julai 2008 diberi potongan cukai dua kali ke atas amaun gaji yang dibayar. Amaun potongan yang layak adalah tidak melebihi 10,000 ringgit sebulan dan terhad kepada 12 bulan gaji untuk setiap pekerja. Galakan ini berkuat kuasa bagi pekerja yang dilantik mulai 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010.

24. Kita ambil contoh majikan yang mengambil seorang pekerja yang telah diberhentikan oleh syarikat lain dan membayar gaji sebanyak 24,000 ringgit setahun. Biasanya potongan cukai kepada majikan adalah sebanyak 24,000 ringgit dari keuntungan. Walau bagaimanapun, dengan langkah yang diumumkan ini, syarikat dibenarkan memotong sebanyak 48,000 ringgit dari keuntungan, iaitu dua kali ganda gaji. Ini merupakan pengurangan cukai tambahan untuk syarikat sebanyak 6,000 ringgit, iaitu 25 peratus daripada 24,000 ringgit.Mewujudkan Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Di Sektor Awam

25. Kerajaan akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan dan sebagai pegawai kontrak di pelbagai agensi Kerajaan. Untuk ini:

Pertama: Pengisian segera 50,000 jawatan kosong di peringkat profesional dansokongan dalam perkhidmatan awam Persekutuan. Bagi kumpulan sokongan,penurunan kuasa daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan diberikankepada agensi berkaitan; dan

Kedua:Mewujudkan 13,000 pekerjaan untuk pegawai secara kontrak di agensikerajaan, antaranya:

i. Mengambil tenaga kerja melalui skim perkhidmatan singkat yangmelibatkan 4,000 tenaga kerja, berkelayakan minimum Sijil PelajaranMalaysia, dengan gaji sebanyak 1,200 ringgit sebulan;

ii. Mengambil seramai 1,000 siswazah sebagai guru sekolah secarakontrak dengan bayaran gaji bulanan 2,000 ringgit;

iii. Mengambil pekerja kontrak seramai 800 orang bagi memantapkanpelaksanaan Program Cari di bawah Kementerian Pembangunan WanitaKeluarga dan Masyarakat untuk tempoh enam bulan hingga setahun;

iv. Mengambil seramai 1,000 orang Pembantu Kesihatan Awam secara kontrak di Pihak Berkuasa Tempatan untuk kerja-kerja pengawalan danpencegahan penyakit berjangkit seperti denggi;

v. Mengambil seramai 4,500 pegawai kontrak sebagai PembanciPerangkaan di Jabatan Perangkaan untuk menjalankan banci penduduk;Dan

vi. Mengambil 1,700 jururawat dan kakitangan sokongan hospital diKementerian Kesihatan.

26. Di sini saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan tidak akan menamatkanperkhidmatan seseorang pegawai lantikan kontrak lebih awal dari tempoh yang ditetapkan kecuali atas sebab tindakan tatatertib atau prestasi yang tidak memuaskan.

Peluang Siswazah Untuk Melanjutkan Pelajaran

27. Dalam keadaan ekonomi semasa, kita perlu mengambil peluang melahirkan lebihramai pakar dan profesional yang berkualiti di peringkat sarjana dan kedoktoran falsafah. Sehubungan itu, Kerajaan bercadang menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan sebanyak 20,000 ringgit bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran falsafah di dalam negara. Manakala bagi pelajar di peringkat sarjana, Kerajaan akan menampung sebahagian daripada kos yuran, iaitu sebanyak 10,000 ringgit setiap pelajar.Sebanyak 500 tempat bagi ijazah kedoktoran falsafah dan 10,000 tempat bagisarjana disediakan di institusi pengajian tinggi awam serta Universiti Tenaga Nasional, Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas. Permohonan bagi program ini akan dibuka kepada semua warga negara Malaysia dan akan diputuskan berdasarkan merit. Kelayakan mendapat bantuan ini akan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Skim PROSPER Siswazah

28. Skim PROSPER Siswazah telah dilaksanakan pada Jun 2005 untuk membantusiswazah yang berminat di dalam perniagaan runcit atau pengedaran untuk mendapatkanlatihan, pembiayaan dan khidmat nasihat perniagaan. Mereka ditawarkan pembiayaanpinjaman mengikut prinsip syariah, di antara 5,000 ringgit hingga 50,000 ringgit dengan tempoh pembayaran selama 3 hingga 7 tahun. Sehingga kini, sebanyak 334 perniagaan telah berjaya ditubuhkan. Untuk membangunkan lebih ramai lagi usahawan muda, PUNB akan mengembangkan skop skim PROSPER Siswazah dengan membuka peluang kepada pemegang sijil kemahiran dan teknikal. Seramai 400 siswazah lagi akan mendapat manfaat daripada program ini.

Usaha Mengurangkan Pekerja Asing

29. Kerajaan akan terus mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungankepada pekerja asing dan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan. Untuk tujuan ini,langkah-langkah berikut akan diambil:

Pertama: Bayaran levi kepada pekerja asing akan dinaikkan sebanyak dua kali gandabagi semua bidang kecuali pembinaan, perladangan dan pembantu rumah. Disamping itu, levi akan dibayar oleh majikan dan bukannya oleh pekerja;

Kedua: Pembayaran balik levi pekerja asing secara pro-rata kepada majikan sekiranyatempoh perkhidmatan pekerja asing disingkatkan berbanding dengan tempohkontrak asal. Di samping itu, jaminan bank oleh majikan akan dikembalikan;dan

Ketiga: Membeku pengeluaran lesen agensi pengambilan pekerja asing (outsourcing)dan memperketat syarat-syarat pengambilan pekerja asing oleh syarikat sediaada.

TERAS KEDUA: MERINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS

30. Usaha membasmi kemiskinan tetap menjadi agenda utama dan kita berazam untukmenghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010. Kerajaan akan memastikan usaha yang berterusan dibuat untuk pekebun sawit dan penoreh getah yang terjejas pendapatan, dibantu dari segi skim tanaman semula, tanaman integrasi dan ternakan melalui agensi-agensi yang berkaitan. Sekiranya kumpulan pekebun-pekebun kecil ini mengalami kejatuhan harga kepala sawit dan getah yang menyebabkan pendapatan mereka kurang daripada paras garis kemiskinan, Kerajaan akan mempastikan mereka juga mendapat faedah daripada Skim Jaringan Keselamatan Sosial. Untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas, usaha akan diambil untuk menambahkan pendapatan boleh guna isi rumah. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Semua ini membuktikan bahawa kita adalah barisan pembela rakyat yang menggalas amanah dengan penuh tanggung jawab.

31. Kerajaan telah memperuntukkan pelbagai subsidi, insentif dan bantuan bagipenggunaan bahan bakar, program jaminan makanan, skim biasiswa dan bantuanpendidikan serta program kebajikan masyarakat. Peruntukan subsidi dan bantuan lain berjumlah 34.1 bilion ringgit atau 22 peratus daripada jumlah belanja mengurus pada tahun 2008. Daripada jumlah ini, 18.1 bilion ringgit merupakan subsidi minyak, 6 bilion ringgit dalam bentuk bantuan termasuk bantuan pelajar, orang kurang upaya dan keluarga miskin dan 3 bilion ringgit untuk bantuan makanan serta 7 bilion bagi lain-lain bantuan.

32. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kerumitan yang dihadapi rakyat dan akanberusaha supaya harga barangan keperluan dan kos pengangkutan tidak membebankanrakyat.Sebagai langkah meneruskan usaha murni ini, Kerajaan menyediakan peruntukantambahan sebanyak 674 juta ringgit sebagai subsidi untuk mengelakkan kenaikan hargabahan makanan harian seperti gula, roti dan tepung gandum. Tanpa subsidi ini, harga gulaakan meningkat 47 sen sekilo, tepung gandum akan meningkat 60 sen sekilo dan roti bagi400 gram meningkat 26 sen. Selain itu, Kerajaan juga telah menyediakan 480 juta ringgit supaya kadar tol tidak dinaikkan agar dapat membantu rakyat. Dengan ini, Kerajaan memperuntukkan 27.9 bilion ringgit bagi menampung keperluan subsidi untuk tahun 2009.

Meningkatkan Pemilikan Rumah

33. Dalam Pakej Rangsangan Pertama, sebanyak 200 juta ringgit telah diperuntukkan untuk membina 6,500 unit rumah mesra rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.Memandangkan program ini mendapatkan sambutan yang baik daripada golongan pendapatan rendah, Kerajaan akan menambahkan 200 juta ringgit lagi di bawah Pakej Rangsangan ini.

34.Pada masa ini, sentimen pelaburan di sektor perumahan tidak menggalakkan keranapihak pemaju dan pembeli masing-masing mengambil sikap berhati-hati dalam membina dan memiliki rumah. Oleh itu, bagi merangsang sektor perumahan ini, Kerajaan mencadangkan supaya pembeli rumah diberi pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan sehingga 10,000 ringgit setahun selama 3 tahun.

Menambah Baik Infrastruktur Awam

35. Kerajaan akan terus meningkatkan tahap infrastruktur awam bagi kemudahan dankesejahteraan rakyat di dalam Pakej Rangsangan ini. Selain daripada membina keupayaan masa depan negara, usaha ini juga dapat mempergiatkan aktiviti sektor pembinaan dan danseterusnya mencergaskan permintaan domestik. Ke arah ini, langkah-langkah berikut akan diambil:

Pertama: Mempercepatkan pelaksanaan projek-projek di bawah RMKe-9 yangmempunyai kandungan tempatan dan kesan pengganda yang tinggi, mesrarakyat serta boleh dimulakan segera. Kesemua projek tersebut bernilai 8.4bilion ringgit. Di samping itu, 1.6 bilion ringgit adalah untuk dana menggalakkanpelaburan;

Kedua: Menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 200 juta ringgit bagi kerja-kerjamembaiki longkang yang tersumbat dan rosak, menyelenggara jalan raya, terutamanya menurap permukaan jalan yang rosak dan berlubang (potholes). Di samping itu, kawasan persekitaran rumah pangsa akan diperbaiki agar lebih selesa untuk didiami. Ini termasuk kerja-kerja mengecat, membaiki lif dan menambah baik kemudahan tempat pembuangan sampah; dan

Ketiga: Menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, suraudan kawasan pelancongan. Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak 150 juta ringgit akan disediakan.

Tuan Yang DiPertua,

Bon Simpanan Kerajaan

36. Untuk menambahkan lagi pendapatan rakyat, Kerajaan akan menerbitkan BonSimpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah lima bilion ringgit pada tahun ini. Bon ini akan mempunyai tempoh matang selama tiga tahun pada kadar pulangan sebanyak lima peratus setahun, yang akan dibayar kepada pemegang bon pada setiap suku tahun. Selain menyediakan satu lagi instrumen simpanan kepada rakyat, bon ini juga bertujuanmemberikan peluang kepada pemegang untuk mendapat pendapatan tambahan yang tetap. Sebanyak 250 juta ringgit setahun akan dimanfaatkan oleh pemegang bon. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berumur 21 tahun dan ke atas, dengan pelaburan minima sebanyak 1,000 ringgit dan maksima 50,000 ringgit.

Pembangunan Pendidikan

37. Bagi memantapkan lagi pembangunan modal insan terutamanya dalam menyediakanpersekitaran yang selesa untuk pembelajaran, Kerajaan akan menyediakan peruntukan 1.95 bilion ringgit bagi membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak. Sebanyak 300 juta ringgit daripada peruntukan tersebut juga digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil dan mission schools.

Kemudahan Asas Di Luar Bandar

38. Kerajaan akan terus memastikan rakyat di luar bandar menikmati kemudahan asasyang mencukupi terutamanya bekalan elektrik dan air serta jalan luar bandar. Ke arah ini, peruntukan sebanyak 230 juta ringgit telah disediakan untuk projek meningkatkan liputan bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar, terutama di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, peruntukan tambahan sebanyak 350 juta ringgit disediakan bagi pembinaan jalan luar bandar. Usaha ini akan meningkatkan aktiviti ekonomi melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, Kerajaan juga akan menambahkan peruntukkan sebanyak 500 juta ringgit untuk PIA dan PIAS, dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak.

Program Di Sabah dan Sarawak

39. Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada menyediakan infrastruktur sertameningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak. Untuk tujuan ini, sebanyak 1.2 bilion ringgit akan diperuntukkan. Projek dan program yang akan dijalankan di Sarawak, termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sibu, pengerukan Pelabuhan Miri, membaik pulih infrastruktur akibat banjir, menaik taraf sekolah, membina Pusat Latihan Lawas, Estet Perindustrian Kota Samarahan dan peningkatan kemudahan pelancongan. Di Sabah pula, antara program dan projek utama yang akan dilaksanakan, termasuk pembinaan beberapa pusat Giat Mara, Sistem Penghantaran Elektrik Kota Kinabalu, menambah baik jalan, menaik taraf sekolah serta membaik pulih dan menggantikan jambatan-jambatan. Kerajaan juga akan mengambil tindakan menyelesaikan masalah perkhidmatan kesihatan di Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

Program Mikro Kredit

40. Pada masa ini, terdapat beberapa program mikro kredit tanpa cagaran yang telah disediakan, termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, Bank Simpanan Nasional danAgroBank. Jumlah dana mikro kredit yang disediakan di bawah program ini adalah melebihi 1.5 bilion ringgit yang disalurkan kepada peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Sebagai tambahan, program mikro kredit di bawah AgroBank akan diperuntukkan sebanyak 300 juta ringgit untuk membantu golongan petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar dan 50 juta ringgit untuk program mikro kredit di bawah TEKUN.

41. Pekerjaan sebagai nelayan melibatkan risiko yang tinggi dan sering terdedah kepada bencana alam seperti ribut, ombak besar dan lain-lain. Untuk membantu nelayan yang mengalami musibah di laut, Kerajaan menyediakan peruntukan permulaan kepada Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak dua juta ringgit, yang akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik

42. Dalam Bajet 2009, peruntukan sebanyak 830 juta ringgit disediakan bagimelaksanakan program jaringan keselamatan sosial untuk menjamin kesejahteraan hidupgolongan yang kurang bernasib baik. Ini termasuk warga emas, golongan kurang upaya dan ibu tunggal, Kerajaan akan meningkatkan bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja yang mengurus kebajikan golongan ini. Dalam Pakej ini, peruntukan tambahan sebanyak 20 juta ringgit akan disediakan bagi meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak.

Menjaga Kebajikan Pekerja Yang Diberhentikan

43. Kerajaan amat prihatin kepada nasib pekerja yang telah diberhentikan. Bagimeringankan beban dan meningkatkan pendapatan boleh guna pekerja terlibat, Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak 6,000 ringgit sekarang, dinaikkan kepada 10,000 ringgit bagi setiap tahun genap perkhidmatan.

Galakan Kepada Bank Untuk Menangguh Bayaran Balik Pinjaman Perumahan

44. Kerajaan sedar bahawa pekerja yang diberhentikan berhadapan dengan masalahuntuk membayar balik pinjaman perumahan. Untuk membantu mereka dalam hal ini, institusi perbankan telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan oleh pekerja yang diberhentikan selama satu tahun. Bagi menyokong usaha institusi perbankan memberi kelonggaran ini, Kerajaan bersetuju pendapatan faedah bank berkaitan dengan penangguhan bayaran balik perumahan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima.

Tuan Yang DiPertua,

TERAS KETIGA: MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS

45. Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha menyokong aktiviti sektor swastaagar terus dapat beroperasi dalam persekitaran yang sukar. Selain itu, Kerajaan juga akan melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing dan tempatan untuk terus mengembangkan ekonomi domestik.

Skim Jaminan Modal Kerja

46. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalampenjanaan pertumbuhan ekonomi negara dan pewujudan peluang pekerjaan. Pada masa ini, PKS merangkumi 99 peratus daripada jumlah perniagaan berdaftar di Malaysia danmenyumbang 56 peratus kepada jumlah pekerjaan serta 32 peratus kepada KDNK. Kerajaan sedar banyak PKS yang telah terjejas daripada persekitaran ekonomi global yang lebih sukar, terutamanya daripada penguncupan pasaran eksport. Pada masa ini, Credit Guarantee Corporation (CGC) di bawah Bank Negara Malaysia telah menyediakan Skim Jaminan Usahawan Kecil untuk membiayai modal kerja kepada PKS yang mempunyai dana pemegang ekuiti kurang daripada 3 juta ringgit.

47. Kerajaan akan menubuhkan satu Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah lima bilionringgit bagi membiayai modal kerja syarikat-syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah 20 juta ringgit. Kerajaan akan menyediakan jaminan dengan nisbah sebanyak 80:20, iaitu 80 peratus Kerajaan dan 20 peratus institusi kewangan yang menyediakan pinjaman bagi membiayai modal kerja syarikat. Had pinjaman ialah sebanyak 10 juta ringgit bagi tempoh 5 tahun. Saya telah menerima banyak rungutan daripada syarikat-syarikatberhubung dengan kesukaran mendapat pinjaman dari institusi kewangan sungguhpun bagi projek-projek yang berdaya maju. Dengan dana ini, Kerajaan yakin institusi kewangan akan lebih bersedia untuk memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat. Adalah penting dalam keadaan kelembapan ini, institusi kewangan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyukarkan aliran kredit kepada syarikat-syarikat, termasuk dengan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat.

Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri

48. Persekitaran ekonomi kini memberikan kita ruang untuk menambah baik strukturekonomi negara untuk beranjak dengan lebih pantas ke arah peningkatan produktiviti dannilai ditambah lebih tinggi serta penggunaan green technology. Selain daripadamemantapkan lagi potensi pertumbuhan ekonomi jangka panjang, anjakan ini akanmewujudkan peluang pekerjaan dengan ganjaran yang lebih tinggi selaras dengankemahiran mereka, di samping mengurangkan pergantungan negara kepada guna tenagaasing bukan mahir.

49. Bagi membantu industri mempercepatkan anjakan ini, Kerajaan akan menubuhkan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri berjumlah 5 bilion ringgit untuk pinjaman bagi meningkatkan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi serta menggalakkan aplikasi green technology. Di bawah Skim ini, bagi syarikat dengan dana pemegang ekuiti kurang daripada 20 juta ringgit, Kerajaan menyediakan jaminan berasaskan nisbah 80:20, iaitu 80 peratus Kerajaan dan 20 peratus institusi-institusi kewangan. Bagi syarikat dengan dana pemegang ekuiti 20 juta ringgit atau lebih, nisbah jaminannya adalah 50:50. Had maksima pinjaman ialah sebanyak 50 juta ringgit dengan tempoh pinjaman selama 10 tahun.

Memudahkan Akses Ke Pasaran Modal

50. Dalam keadaan pasaran sekarang, banyak syarikat yang sungguhpun mempunyaipenarafan investment grade, berdaya maju dan berpotensi untuk berkembang, tidak dapatakses kepada pasaran modal terutama sekali pasaran bon. Untuk membantu dan mempermudahkan syarikat-syarikat tersebut untuk mendapat akses kepada bon market,Kerajaan akan menubuhkan Institusi Jaminan Kewangan atau Financial Guarantee Institution (FGI) untuk menyediakan penambahan kredit (credit enhancement) kepada syarikat swasta yang ingin mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Langkah ini akan dapat mengembangkan lagi pasaran bon domestik. Institusi Jaminan Kewangan ini adalah milik penuh Kerajaan. Bank Negara Malaysia akan menerajui penubuhan institusi ini. Pada permulaan, syarikat ini akan mempunyai modal berbayar sebanyak satu bilion ringgit dan akan dipertingkatkan kepada dua bilion ringgit kemudian. Adalah dijangkakan bahawa bon sebanyak 15 bilion ringgit akan dapat diwujudkan di bawah kaedah ini.

51. Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga akan melaksanakan langkah-langkah tambahan untukmengurangkan masa-ke-pasaran (time to market) bagi membantu syarikat untukmemperolehi modal dari pasaran modal dengan lebih efisien dan kos-efektif. Untuk ini:

Pertama: Cadangan terbitan hak (rights issues) oleh syarikat tersenarai tidak lagimemerlukan kelulusan SC

Kedua:Terbitan dan tawaran sekuriti ekuiti oleh syarikat awam tidak tersenarai(unlisted public companies) dikecualikan daripada mendapat kelulusan SCmemandangkan syarikat-syarikat ini, pada lazimnya mempunyai bilanganpemegang saham yang kecil;

Ketiga:Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 1998 tidak lagi terpakaikepada Syarikat Sendirian Berhad bagi memudahkan syarikat-syarikat inimelaksanakan penstrukturan, pengambilalihan dan percantuman;

Keempat: Bagi penerbitan bon dan sukuk, pindaan terma dan syarat terbitan bon dansukuk yang telah mendapat kelulusan pemegang bon dan sukuk hanya perludimaklumkan kepada SC;

Kelima: Pindaan terma dan syarat bon serta sukuk bagi tujuan penyenaraian bon dansukuk tersebut di Bursa Malaysia, hanya perlu dimaklumkan sahaja kepada SC;dan

Keenam: Bon boleh tukar (convertible and exchangeable bonds) adalah dikecualikandaripada keperluan penarafan mandatori (mandatory rating).

Tuan Yang DiPertua,

Menarik Individu High-Net-Worth dan Berkemahiran

52. Anjakan paradigma ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi yang berteraskanpengetahuan ataupun K-Ekonomi, memerlukan kemampuan kita untuk menarik bukan sahaja para pelabur asing tetapi juga mereka yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang tertentu. Justeru, untuk mempercepatkan transformasi ini, Kerajaan akan memperkenalkan satu program baru di mana status pemastautin tetap boleh dipertimbangkan kepada warga asing yang mempunyai aset bersih yang tinggi (high-net-worth individual) dan membawa masuk melebihi 2 juta dolar Amerika ke Malaysia untuk tujuan pelaburan atau penabungan. Di samping itu, golongan profesional asing yang berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama.

Mengurangkan Kos Kendalian Perniagaan

53. Bagi meringankan beban syarikat-syarikat dalam menghadapi persekitaran operasiyang sukar, Kerajaan akan memastikan kos kendalian perniagaan dapat dikurangkan.Untuk ini, Kerajaan telah memberi pengecualian bayaran levi kepada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) selama 6 bulan oleh majikan industri tekstil, elektronik dan elektrikal mulai 1 Februari 2009. Sebagai langkah tambahan, Kerajaan bersetuju menurunkan kadar bayaran levi daripada 1 peratus kepada 0.5 peratus bagi semua majikan selama dua tahun berkuat kuasa 1 April 2009. Melalui penurunan ini, majikan yang terlibat dapat menjimatkan kos perniagaan yang berjumlah 390 juta ringgit.

Menggalakkan Sektor Automotif

54. Sektor Automotif merupakan antara industri utama negara yang mempunyai potensiuntuk terus dimajukan. Industri ini telah melahirkan ramai pembekal termasuk pengilangkelengkapan asal dan juga telah menyediakan banyak peluang pekerjaan. Dalam suasanaekonomi semasa, prestasi jualan industri automotif tidak menggalakkan dan banyak syarikat yang terlibat dengan rantaian industri automotif berada dalam keadaan sukar.Syarikat-syarikat ini perlu disokong bagi membolehkan mereka meneruskan operasi walaupun permintaan yang rendah dan kos pengeluaran yang semakin meningkat. Untuk ini, Kerajaan akan menambahkan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit kepada Dana Pembangunan Automotif untuk terus menyokong pembangunan industri dan vendor automotif serta penubuhan Institut Automotif Malaysia.

55. Di samping itu, sebagai satu usaha sama antara Kerajaan dengan sektor swasta,Kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta PROTON dan PERODUA. Di bawah skim ini, pemilik sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun atau lebih, akan menerima diskaun bernilai 5,000 ringgit untuk membeli kereta baru. Kerajaan akan membiayai sebahagian daripada diskaun yang ditanggung oleh PROTON dan PERODUA. Skim ini akan memanfaatkan semua pihak kerana ia merangsang penjualan kereta, malah menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

Industri Penerbangan

56. Industri penerbangan negara telah berkembang pesat, dengan jumlah pengendalian penumpang meningkat sebanyak 5 peratus kepada 47.4 juta penumpang pada tahun 2008. Jumlah penumpang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah juga telah meningkat kepada 18.5 juta penumpang. Memandangkan LCCT Sepang mempunyai kapasiti terhad untuk mengendali lebih ramai penumpang, MAHB akan membina dan mengendalikan LCCT baru di KLIA dengan kos sebanyak dua bilion ringgit yang dijangka siap pada tahun 2011.

57. Untuk menarik lebih ramai pelancong, terutamanya dari luar negara, usahamenggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat penerbangan mempunyai operasi di negara ini akan dipertingkatkan. Untuk ini, rebat sebanyak 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun, bermula 1 April 2009.

Elaun Modal Dipercepatkan

58. Bagi menggalakkan entiti perniagaan membuat pelaburan, Kerajaan mencadangkanperbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut dalam tempoh 2 tahun. Layanan ini terpakai ke atas pelaburan yang dilakukan antara 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010.

59. Pada masa ini, perbelanjaan ubahsuai dan baik pulih ke atas premis perniagaan tidak dibenarkan potongan cukai dan juga tidak layak menuntut elaun modal. Untuk menggalakkan syarikat melakukan kerja-kerja ubahsuai dan baik pulih, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan ubahsuai dan baik pulih yang dilakukan antara 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010 ke atas premis perniagaan diberi Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut dalam tempoh 2 tahun. Elaun ini dihadkan sehingga 100,000 ringgit.

Carry Back Losses

60. Sebagai langkah untuk membantu syarikat yang terjejas dan mengalami kerugianakibat kesan daripada krisis ekonomi global, Kerajaan mencadangkan kerugian tahunsemasa syarikat dibenarkan dibawa ke tahun sebelumnya. Layanan ini akan membantualiran tunai syarikat berbanding dengan layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan adalah sehingga 100,000 ringgit setahun. Layanan ini terpakai bagi tahun taksiran 2009 dan 2010.

61. Kita ambil contoh, sebuah syarikat yang memperolehi keuntungan sebanyak 60,000ringgit pada tahun 2008 dan telah membayar cukai sebanyak 15,600 ringgit, iaitu 26 peratus daripada keuntungan. Pada tahun 2009, syarikat ini mengalami kerugian sebanyak 40,000 ringgit. Dengan membenarkan syarikat ini membuat potongan kerugian tahun 2009 sebanyak 40,000 ringgit daripada keuntungan 60,000 ringgit tahun 2008, keuntungan bagi 2008 dipinda menjadi hanya 20,000 ringgit. Oleh itu, cukai ke atas keuntungan yang dipinda adalah 5,200 ringgit. Dengan itu, syarikat tersebut akan mendapat pulangan balik cukai 10,400 ringgit, iaitu perbezaan di antara 15,600 ringgit dan 5,200 ringgit.

Levi Keuntungan Atas Kelapa Sawit

62. Levi keuntungan luar biasa ke atas kelapa sawit dikenakan apabila harga minyaksawit mentah melebihi 2,000 ringgit se tan. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan inikos pengeluaran telah meningkat dan threshold 2,000 ringgit se tan ini tidak mencerminkan paras keuntungan yang luar biasa. Sehubungan itu, paras threshold levi ini dinaikkan kepada2,500 ringgit se tan bagi Semenanjung Malaysia dan 3,000 ringgit se tan bagi Sabah dan Sarawak.

Mempergiatkan Aktiviti Pelancongan

63. Industri pelancongan mempunyai potensi luas untuk dibangunkan dan mempunyaidaya tahan walaupun dalam persekitaran kelembapan ekonomi dunia. Kerajaan akanmeningkatkan pelaksanaan pelbagai program pelancongan bagi memanfaatkan kelebihannegara, termasuk eko-pelancongan, pelancongan kesihatan dan pendidikan. Bagimemajukan lagi industri pelancongan negara, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan pelancongan, mempelbagaikan produk pelancongan, menganjurkan lebih banyak persidangan dan pameran peringkat antarabangsa di Malaysia dan menambah baik program homestay. Selain itu, Kerajaan akan memantapkan lagi Program Malaysia Rumah Keduaku dengan menimbangkan untuk mengeluarkan permit kerja kepada suami atau isteri peserta yang berkemahiran di bawah program ini.

TERAS KEEMPAT: MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN

64. Krisis ekonomi global ini memberi peluang kepada Kerajaan untuk melaksanakanlangkah memperkukuh dan mengembangkan kapasiti negara bagi memastikan ekonomilebih berdaya tahan dan mempunyai asas yang kukuh apabila keadaan kembali pulih. Antarausaha yang akan diambil adalah merangsang sektor pertumbuhan baru serta menstruktursemula industri ke arah produktiviti dan aktiviti nilai tambah tinggi.

Pelaburan Oleh Khazanah Nasional Berhad

65. Berdasarkan persekitaran luaran yang tidak menentu, adalah perlu bagi Kerajaanmengambil peranan aktif dalam menggalakkan pelaburan swasta tempatan. Kerajaan akan meningkatkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad sebanyak 10 bilion ringgit. Dana ini akan dilaburkan oleh Khazanah bagi tempoh dua tahun akan datang dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Khazanah akan menumpukan pelaburannya dalam sektor strategik, termasuk telekomunikasi, teknologi, pelancongan, pertanian, sains hayat dan projek berkaitan Iskandar Malaysia.

66. Bagi tahun 2009, Khazanah akan melabur sebanyak 3 bilion ringgit dalam sektortelekomunikasi yang akan, antara lain, membolehkan anak syarikatnya menambah baikinfrastruktur jalur lebar negara. Khazanah juga akan mempergiatkan pembangunan Iskandar Malaysia melalui pelaburan sebanyak 1.7 bilion ringgit dalam tahun 2009 untuk pembinaan infrastruktur, hotel, taman tema serta universiti. Projek pertanian yang akan dilaksanakan termasuk projek Taman Akuakultur Udang seluas 1000 hektar di Setiu, Terengganu serta projek penanaman sayuran moden seluas 200 hektar di Cameron Highlands. Secara keseluruhannya, pelaburan Khazanah dan anak-anak syarikatnya dijangka dapat mewujudkan 70,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2011.

Projek Off-Budget

67. Kerajaan telah juga mengenal pasti projek pelaburan bernilai 5 bilion ringgit yang akan dilaksanakan secara off-budget. Antara projek-projek dalam kategori ini adalah seperti berikut:

Pertama: Terminal Kos Rendah (LCCT) di KLIA dan pembesaran lapangan terbangPulau Pinang yang masing-masing dianggarkan 2 bilion dan 250 juta ringgit;

Kedua: Projek peningkatan infrastruktur telekomunikasi, termasuk perpustakaan jalurlebar, Pusat Jalur Lebar Komuniti serta penyediaan telefoni asas di 89 buahdaerah di kawasan luar bandar, sebanyak 2.4 bilion ringgit oleh SuruhanjayaKomunikasi dan Multimedia Malaysia; dan

Ketiga: Pembinaan jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutamanya dikawasan Golden Triangle, Kuala Lumpur dengan kos sebanyak 100 juta ringgit.

Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)

68. Bagi mempergiatkan lagi aktiviti pelaburan swasta, Kerajaan akan membantupelaksanaan projek melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan kerjasama awam swasta(public-private partnership) dengan menyediakan dana sebanyak dua bilion ringgit. Syarikat swasta akan dipelawa untuk membida dana tersebut. Projek PFI yang akan dilaksanakan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

Pertama Pengusaha sektor swasta akan melaksanakan, membiayai dan menanggungrisiko projek. Sebahagian besar hasil pendapatan projek ini perlu dijanadaripada sektor swasta dan bukan sumber Kerajaan;

Kedua Bantuan pembiayaan Kerajaan hanya merupakan sebahagian kecil daripadajumlah keseluruhan kos pelaburan projek. Ia hanya bertujuan sebagai tippingpoint untuk membolehkan sesuatu projek menjadi berdaya maju; dan

Ketiga: Projek yang dilaksanakan mesti merupakan yang strategik, seperti pendidikan,kesihatan, pelancongan; memberi hasil limpahan ekonomi yang tinggi; ewujudkan peluang pekerjaan yang berterusan dan meningkatkan daya saing asa hadapan negara.

69. Antara projek yang telah diluluskan dengan kaedah perkongsian awam swasta(public private partnership), termasuk penyediaan infrastruktur untuk taman perindustrian Tanjung Agas, kluster bioteknologi di Iskandar Malaysia serta menaik taraf infrastruktur sistem lalu lintas di sekitar KL Sentral. Dengan memberi sokongan melalui pembinaan infrastruktur di Tanjung Agas, projek ini akan menyokong pewujudan kluster perindustrian di ECER dan begitu juga bagi kluster bioteknologi yang akan memudahkan kemasukan FDI untuk menceburi pertumbuhan baru sektor bioteknologi. Pelaburan yang dilakukan oleh Kerajaan bagi menaik taraf sistem lalu lintas di sekitar KL Sentral akan membantu aktiviti pelaburan baru oleh sektor swasta bernilai RM3 bilion dalam tempoh tiga tahun. Pelaburan ini melibatkan pembangunan pejabat baru, hotel dan kompleks membeli belah.

70. Salah satu bidang perkongsian awam swasta yang berkesan ialah di bidangpendidikan. Pada masa ini, pendidikan swasta merupakan pelengkap kepada pendidikanawam. Untuk mengoptimumkan kapasiti pendidikan yang sedia ada dan meningkatkan akses kepada pendidikan swasta, Kerajaan bercadang menambah bilangan biasiswa untukmemasuki universiti swasta tempatan. Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), GLC juga telah menyediakan kemudahan pendidikan universiti swasta seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia. Kerajaan kini telah menerima komitmen GLC untuk meningkatkan aktiviti CSR dalam bidang modal insan. Sebagai permulaan, syarikat GLC akan menubuhkan 10 sekolah swasta yang tidak bermotifkan keuntungan.

Liberalisasi Sektor Perkhidmatan

71. Dalam usaha kita menstruktur semula ekonomi negara dalam konteks perubahanekonomi antarabangsa, sektor perkhidmatan akan diberi fokus kerana ia berpotensi untukterus berkembang pesat dan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonominegara. Sektor ini kini menyumbang sebanyak 55 peratus kepada KDNK dan berpotensiuntuk menyumbang lebih 70 peratus kepada KDNK, seperti di negara maju.

72. Sehubungan ini, Kerajaan akan mengambil langkah untuk meliberalisasikan lagisektor ini supaya dapat menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan aliran masuk tenaga pakar asing dan teknologi serta memperkukuhkan daya saing sektor perkhidmatan negara. Usaha ini juga adalah selaras dengan komitmen Malaysia di bawah ASEAN Framework Agreement on Services (AFAS) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)

73. Dalam menggalakkan lagi usaha liberalisasi dan menjadikan Malaysia pasaran yang lebih kompetitif, peranan baru Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) ialah untuk memantau pelaburan pada peringkat makro. Walau bagaimanapun, pada peringkat mikro, FIC akan terus merangka garis panduan dan memantau pelaburan yang mempunyai kepentingan negara, seperti pelabuhan dan lapangan terbang, hartanah, pertahanan, pengangkutan awam dan telekomunikasi.

74. FIC akan mengamalkan pendekatan yang lebih liberal yang akan membawa kepadaperubahan positif dan menyediakan suasana mesra pelabur untuk menarik lebih banyakpelaburan, termasuk pelaburan asing. Kerajaan sedang merangka garis panduan FIC baruyang akan mencerminkan peranan baru FIC.

Pembangunan Industri Seni Kreatif

75. Kerajaan turut memberi perhatian serius kepada golongan karyawan tempatan dalammengeluarkan hasil kreativiti mereka secara sistematik. Sehubungan itu, RTM akanmengambil tindakan untuk melaksanakan beberapa projek untuk mengembangkan senimuzik tempatan. Ia juga dapat menjadi punca pendapatan kepada lebih ramai penggiat seni negara, terutama di kalangan bakat-bakat muda. Untuk tujuan ini, peruntukan sebanyak 20 juta ringgit akan disediakan.

Pengurusan Berkesan Sumber Kewangan Kerajaan

76. Kerajaan akan memperkukuhkan pendekatan value for money dalam perolehanKerajaan. Untuk ini, Kerajaan akan melaksanakan kaedah untuk meningkatkan elemen persaingan dalam perolehan Kerajaan. Semua pembelian kerajaan akan diuruskan melalui tender terbuka atau tender terhad melainkan dalam kes-kes tertentu. Kaedah perolehan secara elektronik melalui sistem ePerolehan akan diperluaskan bagi mempertingkatkanketelusan dalam pengurusan perolehan Kerajaan.

77. Untuk mengawal kos projek, pelaksanaan secara reka dan bina (design and build)tidak akan dibenarkan kecuali dalam kes yang memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi. Di samping itu, cadangan projek perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Standard dan Kos.Agensi dikehendaki melaksanakan projek mengikut kos, had siling, skop projek dan perancangan yang telah diluluskan. Oleh itu, sebarang perubahan terhadap kos, skop kerja dan reka bentuk projek tanpa kelulusan Jawatankuasa ini tidak dibenarkan. Bagi memperkukuhkan lagi peranan dan keberkesanan Jawatankuasa ini, Kerajaan akan menambah bilangan jawatan profesional seperti jurutera, arkitek dan juruukur bahan. Jawatankuasa ini juga akan membuat laporan secara berkala kepada Jemaah Menterimengenai pematuhan standard dan isu-isu berkaitan.

78. Kerajaan akan terus memberi sokongan padu terhadap pembangunan industritempatan melalui perolehan Kerajaan. Kerajaan telah mewajibkan penggunaan bahan,barangan atau perkhidmatan tempatan dan keutamaan kepada pembuat tempatan dalamsetiap perolehan Kerajaan. Perolehan barangan import hanya boleh dilaksanakan setelah dipastikan ianya tidak boleh diperolehi secara tempatan atau kos barangan tempatan terlalu tinggi. Selain itu, menjadi hasrat Kerajaan agar sektor swasta turut menyokong usaha Kerajaan ini dengan memainkan peranan penting iaitu mengutamakan barangan tempatan dalam setiap perolehannya.

Tuan Yang DiPertua,

Penutup

79. Kerajaan yakin strategi dan langkah yang telah dirangka dalam Pakej Rangsangan ini adalah komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripadaterjerumus ke dalam kancah kemelesetan yang mendalam.

80. Kita tidak boleh bergantung kepada dasar pemulihan ekonomi orthodox. Sebaliknya, kita mesti berani merangka kaedah inovatif untuk menangani krisis ini. Ini merupakan tempoh yang amat mencabar bagi kita semua. Kita semua harus bersedia dan tabah untuk menghadapi impak negatif krisis ini. Pengalaman kesusahan dan keperitan yang kita lalui pada krisis-krisis terdahulu perlu kita jadikan panduan dan iktibar dalam kita menangani krisis kali ini.

81. Kita sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu Kerajaan dan pembangkanguntuk mengutamakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kemelut politik. Saya sendiri menerimasaranan ini dengan hati yang terbuka. Kita perlu peka kepada saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya Kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat. Saya menyeru semua pihak, termasuk rakan-rakan sama ada di sebelah sini dan di sebelah sana, serta setiap lapisan masyarakat agar berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh serta mapan.

82. Pada sidang khas mengenai Gaza, Palestin di Dewan Yang Mulia ini, kita semua, pihak Kerajaan dan pembangkang telah bersatu suara dan berpadu hasrat untuk bersama berusaha mencadangkan formula damai dan membantu atas nama kemanusiaan. Ya, benar, kita di negara ini, kini sedang berbeza pendapat tentang politik di sana sini. Namun, besar harapan semua, bila berdepan dengan ribut ekonomi yang melanda, kita akan sentiasa sepakat sekata, sederap usaha, memikir melaksana apa yang terbaik untuk rakyat jelata.

83. Saya berdoa ke hadrat Allah SWT untuk memberi semangat keyakinan, kekuatanserta ketabahan kepada kita semua dalam menghadapi krisis ini.

84. Tuan Yang Di Pertua, saya akan mengemukakan Usul Mengenai AnggaranPerbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2009 selepas ucapan ini.Tuan Yang DiPertua, Saya mohon mencadangkan.

(Arkib daripada Berita Harian Di sini)

Tiada ulasan: