.

Ahad, 15 Mac 2009

SPM 2008 : SMKA SHAMS Vs SMK BUKIT MEWAH SEREMBAN


SEREMBAN 13 Mac - Kerajaan negeri melahirkan rasa bangga dan gembira dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini apabila 461 pelajar memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia menunjukkan impian untuk melihat kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan kebangsaan terus dinobatkan di negeri ini.

''Ia adalah pencapaian yang baik. Saya mengucapkan syabas kepada pelajar yang berjaya mendapat 1A dalam semua mata pelajaran iaitu seramai 142 orang dan 310 orang lagi mendapat 1A dan 2A dalam mata pelajaran yang diambil," katanya sini hari ini.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Program Motivasi dan Kecemerlangan Diri Pelajar Sekolah-Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dekat sini, hari ini.

Katanya, dengan keputusan tersebut, negeri ini berjaya mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan untuk berada dalam kelompok lima teratas di peringkat nasional.

''Saya bersyukur. Tahniahlah kepada semua pelajar, guru dan ibu bapa kerana telah bekerja keras untuk memastikan kegemilangan ini tercapai,'' ujar beliau.

Ditanya sama ada pelajar yang cemerlang itu akan diberikan insentif oleh kerajaan negeri sebagai dorongan untuk terus berjaya dalam pelajaran, Mohamad berkata, ia akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

''Pelajar yang cemerlang itu akan menerima insentif mereka melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing. Ia adalah berbentuk sumbangan.

''Kerajaan negeri juga secara tidak langsung akan memberikan insentif dalam bentuk imbuhan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara,'' tegas beliau.

Mohamad berkata, kerajaan memang menyediakan peruntukan sebanyak RM1,000 bagi pelajar yang cemerlang meneruskan pelajaran dalam peringkat ijazah dan RM500 bagi diploma.

Dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan semalam, lima pelajar mendapat keputusan cemerlang iaitu Mohamad Aizuddin Mohd. Yaakub (yang memperoleh 13 1A, Nurun Nazahah Mohd. Mazwil, 12 1A dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Chew Zhi Chee (SMK Bukit Mewah) - 12 1A; Iyvone Yong Pei Sze (SMK Tanah Merah Site C) - 12 1A dan Lay Zhe yuen (SMK Tinggi Port Dickson) - 12 1A.

(UTUSAN, 14hb Mac 2o09)

------------------------------------------>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> P/S :

Penulis yang juga bekas pelajar SMK Agama Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) dan sedang berkhidmat sebagai pendidik di sekolah SMK Bukit Mewah mengucapkan TAHNIAH!!! kepada junior dan pelajar berkenaan.


1 ulasan:

AnDeH berkata...

SMKA SHAMS