.

Selasa, 17 Februari 2009

DEMOKRASI: MELAHIR PEMIMPIN BERWIBAWA ATAU MEMECAH UKHWAH UMMAH KITA??



Apakah erti Demokrasi???
Demokrasi adalah pemikiran yang banyak digunakan oleh Nasrani dan Yahudi. Bahkan melalui sistem ini maka mereka berjaya menumpaskan golongan yang bersemangat membela Islam seperti parti-parti politik yang menjenamakan mereka sebagai Islam. Demokrasi adalah kalimah Yunani (Greek) yang terdiri dari 2 perkataan iaitu 'Demos' dan 'Kratos'. Demos bermaksud 'bangsa' atau 'rakyat' manakala kratos bermaksud 'kekuasaan'. Takrif demokrasi secara mudahnya adalah kekuasaan daripada rakyat. Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang dijalankan menurut kehendak rakyat, jauh daripada pengaruh orang atau kelompok tertentu yang dikenal sebagai diktator dan autokrat.

Di Malaysia, dek slogan negara berdemokrasi; kini kita diambang politik yang membahayakan serta membimbangkan. Dalam situasi ekonomi yang menuntut perpaduan dan persepakatan pelbagai bangsa dan agama, perpecahan dilihat menduduki 'carta' tertinggi saat ini. Raja yang dahulu disanjungi, kini mulai diderhakai. Fitnah yang terang-terang dilarang dalam kalam Ilahi, kini adalah aset mengekang kemaraan 'musuh' dari kalangan saudara sendiri. Ada yang memperjuangkan bangsa, ada juga memperjuangkan agama. Namun, semuanya 'bermatlamat menghalalkan cara'. Hari ini, dek dua pertalian seislam bertelagah hebat, tampil ulama mendamaikan suasana yang likat. Namun, mereka pula dicerca. Kelak, bayangan kehancuran ummah tidak akan mustahil untuk terjadi andai situasi berterusan tanpa henti. Semoga bangsa melayu yang sinonim dengan agama Islam berdamai dan bersatu hati demi memartabatkan agama, bangsa dan negara. Wallahu a'lam.
Sekadar bisikan, fikir-fikirkan...
____________________________________________________________________

Tiada ulasan: