Selasa, 8 September 2009
JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) SEPTEMBER 2009
JAWATAN:
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
TUGAS:
Bertanggungjawab mengajar di Maktab Rendah Sains MARA, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA & Institut Kemahiran MARA bagi penempatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
SUBJEK / BIDANG:
i. Bahasa Inggeris
ii. Bahasa Melayu
iii. Bahasa Jepun
iv. Bahasa Jerman
v. Bahasa Mandarin
vi. Bahasa Perancis
vii. Bahasa Rusia
viii. Bahasa Sepanyol
ix. Sejarah
x. Geografi
xi. Kemahiran Hidup
xii. Matematik
xiii. Biologi
xiv. Fizik
xv. Kimia
xvi. Pendidikan Agama Islam
xvii. Seni Visual
xviii. Sains Komputer
xix. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
xx. Bimbingan & Kaunseling
xxi. Pengurusan & Perniagaan
xxii. Business & Commercial Law
xxiii. Business Muamalat
xxiv. Marketing
xxv. Komputer
xxvi. Ekonomi
xxvii. Perakaunan
xxviii. Agro Business
xxix. Logistik
xxx. Landscape Design
xxxi. Sains Informatik
xxxii. Islamic Finance & Banking
xxxiii. Risk & Insurance
xxxiv. Graphi and Design
xxxv. International Trade
xxxvi. Bio Industri / Hoticulture
DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/6399383/GuruMARA2009.pdf.html
CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web MARA : http://www.mara.gov.my
BORANG ON-LINE:
https://online.mara.gov.my/vacancy2/
Tarikh permohonan dibuka dari 6 September 2009 hingga 27 September 2009.
Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temuduga nanti.
Calon – calon boleh menyemak tarikh dan tempat temuduga melalui laman web MARA bermula pada
Tarikh Tutup : 27 September 2009
Harap Maklum.
Isnin, 7 September 2009
KHIDMAT GURU SANDARAN (GSTT) TAMPUNG SUBJEK KRITIKAL
KUALA LUMPUR: Kekurangan guru mata pelajaran Pendidikan Khas dan Pendidikan Islam yang agak kritikal, memaksa Kementerian Pelajaran menggunakan khidmat Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi menampung keperluan terbabit.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian memandang serius terhadap perkara itu dan berusaha mencari jalan terbaik bagi menangani masalah berkenaan.
“Paling kritikal subjek Pendidikan Khas dan Pendidikan Islam adalah bagi sekolah kebangsaan dan membabitkan guru siswazah. Manakala bagi guru bukan siswazah kita menghadapi kekurangan bagi mata pelajaran Pengajaran Islam.
Mohd Puad berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 13,760 guru GSTT di seluruh negara termasuk menggantikan guru yang bercuti dan daripada jumlah itu seramai 8,849 guru GSTT di tempatkan di sekolah menengah.
Beliau berkata, seramai 4,328 guru GSTT pula ditempatkan di sekolah rendah di seluruh negara, di sekolah kebangsaan pula seramai 583 dan paling ramai mempunyai guru terbabit adalah di sekolah jenis kebangsaan bantuan kerajaan.
“Kita tidak ada had bagi sekolah untuk menggunakan khidmat guru GSTT dan ia terpulang kepada keperluan. Malah kementerian juga tidak boleh menyerap mereka sebagai guru tetap.
“Bagi guru GSTT yang mempunyai ijazah dan ingin berkhidmat sebagai guru tetap mereka perlu mendapatkan Diploma Perguruan Lanjutan Ijazah (DPLI) terlebih dulu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, ramai guru GSTT yang memohon untuk melanjutkan pengajian di Institut Perguruan tidak berjaya kerana gagal memenuhi syarat ditetapkan.
(Berita Harian)
Ahad, 6 September 2009
MUKJIZAT AL QURAN (Salam Nuzul Quran)
Oleh IDRIS MUSA
AL-QURAN hanya helaian kertas, tetapi mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam.
Malah, dikatakan tidak sempurna sesebuah rumah itu jika tidak mempunyai kitab suci berkenaan walaupun peng huninya jarang membaca dan menelaahnya.
Meskipun nampak mudah, tetapi manusia tidak mampu menghasilkan kitab yang sehebat al-Quran.
Justeru, sesiapa membacanya diberi ganjaran berlipat ganda dan ia menjadi panduan dalam kehidupan insan.
Bagaimanapun, senario masa kini menyaksikan pelbagai pandangan masyarakat terhadap al-Quran.
Kitab itu tidak dijadikan panduan hidup, malah ada mem bacanya dengan tajwid dan gaya bacaan yang janggal dan tidak tahu makna.
Sesetengah pula gemar membaca surah tertentu, mengikut musim dan adat bahkan tidak kurang hanya membeli sebagai koleksi sehingga ia dibiarkan berdebu ditelan waktu.
Apapun sikap masyarakat Islam terhadap al-Quran, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai hikmah dan mukjizat yang tidak digambarkan dengan ka ta-kata kepada manusia.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Al-Quran yang mengandungi lebih 6,000 ayat dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Kitab, bermaksud sebuah kitab sebagaimana dijelaskan di awal surah al-Ba qarah, al-Furqaan iaitu pemisah hak dan batil, az-Dzikr dengan makna peringatan dan at-Tanzil bermaksud pe nurunan.
Masyarakat Islam wajib mempercayai kitab terbabit ke seluruhan dan berpegang teguh dengannya, malah beriman kepadanya satu daripada enam rukun keimanan, sekali gus tertutup rapat pintu keraguan terhadapnya.
“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 2).
Bagi bukan Islam, sesetengahnya masih sukar mempercayai kitab terbabit, bahkan ditambah dengan kekeliruan di timbulkan segolongan pihak, melebarkan kesangsian mereka terhadap kandungan kitab itu.
Tetapi yang nyata kitab itu tiada sebarang keraguan padanya, dianugerahkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w, malah ia manual yang sesuai diaplikasikan setiap zaman walaupun generasi dan tamadun manusia sentiasa ber ubah-ubah.
“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan men datangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding de ngannya walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Quran, surah al-Isra:88)
Pensyarah al-Quran, hafazan dan taranum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Nilam Puri, Ke lantan, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata kehebatan, kelebihan dan mukjizat al-Quran menandingi yang lain.
Beliau berkata, kitab Taurat dan Injil yang memang dijaga paderi sepanjang waktu boleh berubah, tetapi al-Quran tetap terpelihara daripada perubahan, menjadikannya asli, dahulu, kini dan selamanya.
“Pada zaman Nabi dahulu, seorang bernama Musailamah al-Kazzab cuba menandingi al-Quran, mereka-reka ayat al-Quran seperti surah al-Fiil iaitu mengenai gajah.
“Antara katanya, gajah...apa itu gajah...ada belalai yang panjang. Orang ramai bukannya takjub dengan kepan daiannya itu, tetapi gelak ketawa, sekali gus gagal mem bawakan ayat seumpama al-Quran,” katanya.
Mukjizat al-Quran jugalah memberikan ketenangan, malah melembutkan hati kepada sesiapa yang membaca dan men dengar alunannya.
Bahkan Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengisnya menjadi lembut hati dengan al-Quran.
Dalam satu riwayat, Saidina Umar (sebelum menjadi Mus lim) bersama pedangnya menuju ke tempat Nabi s.a.w dan sahabat yang lain, mencari untuk membunuh baginda. Dalam perjalanan itu, beliau disapa Nu’aim bin Abdullah.
Nu’aim berkata: “Demi Allah, kamu tertipu oleh dirimu sendiri, hai Umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan bebas di muka bumi selepas kamu berjaya membunuh Muhammad! Sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, selesaikanlah dulu urusan ke luargamu.”
Umar bertanya kehairanan: “Siapa yang kamu maksudkan dengan keluargaku dan apa maksudmu?”
Nu’aim menjawab dengan senyum sinis: “Iparmu dan anak saudaramu sendiri, Said bin Zaid, bahkan adikmu sendiri, Fatimah binti Khattab, masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad. Hal merekalah yang harus kamu selesaikan.”
Mendengar jawapan Nu'aim, kemarahan Umar meluap-luap bagai disengat jengking.
Beliau menukar haluan bergegas ke rumah kedua-dua ahli keluarganya itu.
Ketika itu, di rumah Said ada seorang sahabatnya, Khabbab Ibnul Aratt yang membacakan ayat al-Quran kepada me reka.
Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Syair apa yang aku dengar tadi...Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!”
Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah.
Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: “Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.”
Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: “Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.”
Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar.
Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.”
Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.
Lukman berkata, ayat al-Quran tidak seperti teks lain kerana gaya bahasanya tinggi dan hal ini diperakui sendiri kalangan orang Arab yang mahir dalam ilmu bahasa.
“Orang kita, bahkan bangsa lain yang tidak begitu tahu mengenai ilmu bahasa terbabit tidak mampu menilai dan merasai kehebatan gaya bahasa terbabit, sebagaimana orang Arab.
“Tetapi bagi orang Arab, walaupun mereka menilai ke tinggian gaya bahasa dan keindahannya, mereka gagal me ngadakan ayat seumpama itu,” katanya.
Beliau juga menyangkal sekeras-kerasnya, jika ada orang yang mengatakan ayat al-Quran seperti bentuk nyanyian, puisi atau syair.
“Saya sendiri ada melakukan kajian terhadapnya dan me mang terbukti ayat-ayatnya tidak boleh dilagukan seperti nyanyian, syair atau qasidah.
“Ia mempunyai tajwid dan membacanya mesti mengikut hukum terbabit. Inilah keistimewaan al-Quran,” katanya.
“Dan ini ialah kitab yang Kami turunkannya yang di berkati...” (al-Quran, surah al-An’anm:155)
Jumaat, 4 September 2009
JAWATAN KOSONG GURU SANDARAN TERLATIH & TIDAK TERLATIH SISWAZAH
Taraf Jawatan : Sandaran
Jadual Gaji : DC41 : P1T5 RM1901.80 - T10 RM2354.06
Jumlah Kekosongan : Semua Opsyen Sekolah Menengah / Sekolah Rendah
Tempat Kekosongan : Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Seluruh Malaysia
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang BSM/0152/38/.Jld.5 yang boleh di download dibawah
DOWNLOAD IKLAN & BORANG PERMOHONAN
http://www.ziddu.com/download/6346499/GuruSiswazah.pdf.html
Semua dokumen hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 22cm yang bertulis disebelah kiri atas 'Permohonan Guru SABK" ke alamat berikut sebelum atau pada 11 September 2009
Setiausaha
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p : Encik Abdul Rahman bin Hashim)












