.

Rabu, 29 Julai 2009

UPM JUARA DEBAT ALAM SEKITAR IPT



KURUP (tengah) menyampaikan hadiah kepada pasukan UPM yang muncul juara Pertandingan Debat Alam Sekitar IPT di Seri Iskandar, Perak semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Amirudin, Ammar Redza, Rosnani, Zainal Abidin, Mohd. Syamsul dan Norlida.

SERI ISKANDAR - Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul johan pertandingan akhir Debat Alam Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Ke-19 yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini semalam.

Pasukan terbabit yang diwakili Mohd. Syamsul Salleh, Ammar Redza Ahmad Rizal, Amirudin Abdul Rahman, dan Norlida Idrus (simpanan) yang bertindak sebagai pembangkang menewaskan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Pasukan MMU pula diwakili oleh Myer Iyemman Yusof, Mohd. Fahmi Abdul Aziz, Muhammad Nazwan Kamal Din dan Muhammad Rafiq Akmal Mohd. Daud (simpanan).

Dengan kemenangan itu, UPM meraih piala pusingan, wang tunai RM8,000, sijil penyertaan dan hadiah iringan manakala MMU sebagai naib johan menerima wang tunai RM5,000, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

(kosmo)


Jumaat, 24 Julai 2009

KELEBIHAN BULAN SYA'BAN

Hari ini merupakan hari kedua bulan Syaaban dan kedatangan bulan kelapan dalam takwim Islam itu amat dinanti-nantikan, khususnya golongan 'abidin' kerana ia sebagai petanda bahawa Ramadan al-Mubarak semakin hampir.

Dari segi bahasa, Syaaban membawa maksud berpecah-pecah atau berpuak- puak dan perkataan itu terbit daripada budaya hidup masyarakat Quraisy yang terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Pendapat lain pula mengatakan, Syaaban adalah tanda pemisah antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah SAW pada bulan Syaaban telah memperbanyakkan puasa hingga diriwayatkan, baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut.

Seperti mana maksud satu hadis daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. (riwayat al-Bukhari).

Berdasarkan maksud hadis tersebut, jelas Rasulullah telah memperbanyakkan ibadat puasa pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain sebelum baginda berpuasa penuh pada bulan Ramadan.

Tidak dinafikan usaha untuk menggandakan amal ibadat tidak seharusnya ditumpukan pada bulan-bulan tertentu tetapi ibadat yang dikerjakan oleh Rasulullah ini wajar diikuti kerana pasti ia mempunyai banyak kelebihan.

Siapa lagi yang harus mendukung sunnah Rasulullah jika bukan kita sebagai umat Nabi Muhammad.

Selain digalakkan berpuasa sunat, kita juga digalakkan memperbanyak bersedekah, membaca al-Quran, bermunajat, berdoa, berzikir, qiamullail dan membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah.

Sementara itu terdapat satu peristiwa besar dan paling bersejarah berlaku pada bulan Syaaban iaitu pertukaran arah kiblat daripada Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis ke Kaabah di Masjidilharam.

Peristiwa pertukaran kiblat itu berlaku di dalam masjid Qiblatain di Madinah iaitu ketika Rasulullah serta para sahabat sedang menunaikan solat Asar.

Peristiwa tersebut berlaku pada tahun kedua Hijrah, dalam bulan Syaaban.

Ia telah dirakamkan oleh Allah di dalam kitab suci al-Quran al-Karim pada ayat 144 surah al-Baqarah yang bermaksud: Kerap kali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka ke arah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka, dan Allah SWT tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

Perubahan arah kiblat itu juga adalah satu tamparan cukup hebat kepada kaum Yahudi yang selama ini berbangga dengan kiblat mereka iaitu Baitulmuqaddis hingga mencemuh dan mengejek umat Islam kerana terpaksa bergantung dan mengikut mereka walaupun dalam menentukan arah solat pada ketika itu.

( UTUSAN)


Isnin, 20 Julai 2009

POCONG GEMPARKAN FELDA JENGKA 4

KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4.

Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my



Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.

Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.


Katanya, pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini, malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.


"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya

tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya.

Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan

dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang ke arahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

(Berita Harian)


PROGRAM PELATIH PENGURUSAN DI TH PLANTATIONS BERHAD

TH Plantations Berhad mempelawa graduan–graduan Ijazah yang belum bekerja untuk menyertai skim ini:

PROGRAM PELATIH PENGURUSAN
Program ini akan dijalankan selama 6 bulan dan akan menyediakan latihan dan pendedahan persekitaran pekerjaan sebenar di samping mendapat bimbingan daripada para professional yang mahir dalam masing–masing.

Di antara kemudahan yang disediakan:
-Elaun bulanan sebanyak RM 1000.00 & Elaun penginapan RM 200.00
-Perlindungan Insurans kemalangan peribadi & Hospital
-Perkeso

Syarat – syarat Permohonan :
1.Warganegara Malaysia dan masih tidak mempunyai pekerjaan

2.Mempunyai Ijazah dalam salah satu daripada bidang berikut :
-Ekonomi
-Ekonomi (Kewangan)
-Pentadbiran Perniagaan
-Pemasaran (Pertanian)
-Teknologi Maklumat (Networking)
-Sains Komputer

3.Berumur tidak melebihi 30 tahun
4.Kemahiran Berbahasa Inggeris adalah diutamakan.

Sila hantarkan permohonan anda dengan menyertakan surat permohonan berserta dengan foto saiz passport, resume, salinan sijil-sijil dan kad pengenalan ke alamat berikut:

Pengurus Kanan Pentadbiran
TH Plantations BERHAD
Tingkat 27,Bangunan TH Selborn
153,Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup : 31 Julai 2009


Jumaat, 17 Julai 2009

MALAYSIA PERLU PAKEJ RANSANGAN BARU

Defisit fiskal negara dijangka berada pada paras melebihi lapan peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding unjuran kerajaan sebanyak 7.6 peratus berikutan perolehan cukai lebih rendah tahun ini.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) memberitahu para wartawan di sini defisit fiskal diunjur akan berada pada paras di antara lapan hingga sembilan peratus daripada KDNK tahun depan bergantung kepada bagaimana ekonomi dipulihkan.

Pengarah Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, pihaknya mengunjur KDNK suku kedua tahun ini berada pada paras - 6.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, tetapi lebih baik daripada -6.2 peratus bagi suku pertama tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya juga menjangka KDNK negara berada pada paras - 4.0 peratus bagi suku ketiga sebelum menyaksikan pertumbuhan positif semula sebanyak dua peratus bagi suku keempat tahun ini.

"Kami telah menyemak semula unjuran KDNK tahun ini kepada -4.2 peratus daripada -2.2 peratus berikutan penurunan dalam eksport dan pelaburan langsung asing (FDI) yang perlahan.

"Pada masa yang sama, unjuran pertumbuhan ekonomi tahun depan juga telah disemak semula kepada 2.8 peratus daripada 3.3 peratus, sebelum ini dengan jangkaan ekonomi global kembali ke bentuk U secara beransur-ansur," katanya selepas Taklimat Ekonomi Kebangsaan ke-24, di sini hari ini.

Mohamed Ariff menjelaskan, ekonomi Malaysia akan menunjukkan tanda-tanda peningkatan sekiranya ekonomi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun mengalami pemulihan secara perlahan-lahan yang dijangka berlaku tahun depan apabila permintaan eksport stabil.

"Kami perlu menunggu sehingga pasaran eksport bagi ketiga-tiga negara itu pulih sebelum melihat sebarang pemulihan di negara ini," kata beliau.

Mohamed Ariff menambah, kerajaan mungkin perlu memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi ketiga pada tahun depan bagi memantapkan pertumbuhan ekonomi sekiranya pemulihan masih lemah.

"Jika kelembapan ekonomi berlanjutan, kerajaan tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memperkenalkan satu lagi pakej bernilai RM8 bilion dan ia perlu dilakukan dalam cara yang lebih berkesan supaya dapat melihat impak ketara," jelasnya.

Beliau menambah, nilai mata wang Ringgit masih di bawah nilai berbanding dolar AS.

"Kami menjangka ringgit berada pada paras antara RM3.40 hingga RM3.50 berbanding dolar AS pada hujung tahun ini dan mungkin kembali kukuh pada RM3.00 berbanding dolar AS menjelang tahun 2012," katanya.

Ditanya sama ada pendekatan liberalisasi yang diumumkan baru-baru ini akan menjejaskan unjuran MIER, beliau berkata, ia (liberalisasi) akan memberi kesan kerana ia akan merangsang keyakinan pelabur.

"Bagaimanapun, kesan sepenuhnya hanya dapat dilihat setelah pemulihan ekonomi berjalan lancar kerana ia mengambil masa," ujarnya.

(UTUSAN)



Khamis, 16 Julai 2009

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P) "TRAIN & PLACE" KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Program Penempatan Pekerjaan Peringkat Negeri Sabah
Tarikh : 18-19.07.2009
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat :Tingkat 1, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu Sabah

Program Penempatan Pekerjaan Kunak
Tarikh :25.07.2009
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan SRJK (C) Pai Sheng, Kunak, Sabah

Program Penempatan Pekerjaan Pejabat Tenaga Kerja Bangi
Tarikh :25.07.2009
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Bandaran Kajang, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor

Program Penempatan Pekerjaan Alor Setar
Tarikh :25-26.07.2009
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Tingkat 4, Star Parade, Alor Star, Kedah

Program Penempatan Pekerjaan 3P
Tarikh :25.07.2009
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan Besar UiTM Perlis, Arau, Perlis

Ahad, 12 Julai 2009

MAHATHIR: 100 HARI NAJIB 'LEBIH BANYAK NEGATIF'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari pada 11 Julai.

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas menyampaikan ucap utama program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia" yang diadakan secara tertutup, Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Masa depan orang Melayu

Ketika ditanya mengenai nasib orang Melayu di negara ini, Dr Mahathir berkata, ianya bergantung kepada orang Melayu sendiri.

“Mereka harus bertindak untuk orang Melayu tetapi lima tahun pentadbiran (Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi rosak semua - rakyat, ekonomi, kewangan dan parti-parti BN.

“Tetapi saya tidak dengar orang Melayu komplen terhadap Tun Abdullah,” katanya.

Mantan perdana menteri itu berkata, orang Melayu hari ini tidak puashati kerana dituduh menjadi penghalang perpaduan, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya.

Katanya, mereka bimbang apa yang akan berlaku kepada mereka nanti dan mereka harus tahu apa yang akan berlaku dalam negara mereka sendiri.

Dr Mahathir juga berkata, parti pembangkang tetap diperlukan untuk menegur kerajaan jika membuat salah.

“Tidak pedulilah DAP atau PAS, kita perlukan pembangkang kerana orang kita tidak tegur walaupun kerajaan buat tidak semuanya benar,” tambahnya.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dr Mahathir berkata, sepanjang 38 tahun penggubalan dasar tersebut, ia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang terbaik.

Sepatutnya, kata beliau, orang Melayu menggunakan DEB untuk kepentingan ekonomi mereka tetapi sebaliknya menyalahgunakannya.

Orang Melayu, katanya, menyalahgunakan lesen, kontrak dan permit import yang diluluskan (AP)

'DEB tidak salah tetapi yang salah (ialah) kerana orang yang menyalahkan lesen, kontrak dan AP itu,” katanya.

(MALAYSIAKINI)



Sabtu, 11 Julai 2009

PERISTIWA DAN AMALAN DI BULAN REJAB

Bulan Rejab, bulan ketujuh mengikut susunan kalendar Islam telah mencatatkan satu sejarah yang amat penting apabila Allah Taala telah memerintahkan umat Islam mengerjakan solat lima kali sehari semalam.

Berbanding dengan ibadat lain seperti zakat, puasa dan menunaikan haji - perintah bersolat telah diterima secara langsung oleh Rasulullah SAW dan ia berlaku ketika baginda menjadi tetamu Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab (tahun ke 11 baginda dilantik sebagai Rasul).

Rasulullah menerima perintah itu ketika berada di Sidratul Muntaha iaitu perhentian terakhir baginda ketika naik ke langit bertemu dengan Allah.

Perintah yang diterima sejak 1,430 tahun lalu itu kemudian terus diamalkan sehingga hari ini. Solat dilakukan sama ada secara berjemaah mahu pun bersendirian - tetapi masih terdapat umat Islam langsung tidak mahu menunaikan ibadat tersebut.

Bagi umat Islam pula Rejab merupakan bulan suci kerana di dalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj iaitu peristiwa perjalanan malam Rasulullah dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa (Israk) dan kemudian baginda naik ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (Mikraj).

Selain peristiwa Israk Mikraj, bulan Rejab turut mencatatkan beberapa peristiwa hijrah pertama para sahabat ke Habsyah (Ethiopia). Antara sahabat yang terlibat dengan hijrah itu ialah Saidina Uthman ibn Affan r.a dan isterinya Ruqayyah iaitu anak Rasulullah. Penghijrahan itu bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Peperangan Tabuk juga berlaku pada bulan Rejab iaitu pada tahun kesembilan hijrah. Peperangan ini menguji umat Islam kerana ia berlaku pada musim panas. Dengan pertolongan Allah SWT, tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

Bulan Rejab juga mencatat sejarah kelahiran Imam As-Syafie atau nama penuhnya Muhammad Idris. Tokoh ini lahir pada 150H pada bulan tersebut. Beliau adalah salah seorang daripada empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie.

Dalam bulan Rejab juga iaitu pada 27 Rejab 583H, panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi berjaya membebaskan kota suci Baitulmuqaddis daripada tentera salib selepas dijajah kira-kira 60 tahun.

Dalam memperkatakan bulan Rejab, kita juga tidak akan terlepas daripada membicarakan fadhilatnya hingga ada yang beranggapan ibadat pada bulan ini diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain.

Bagaimanapun, terdapat ulama menyatakan bahawa tanggapan seperti itu tidak benar kerana hakikat pahala dan ganjaran yang disediakan kepada orang yang beramal soleh hanya Allah sahaja maha mengetahui. Sungguhpun begitu, Allah telah berjanji bahawa mereka yang berusaha meningkatkan keimanan kepada-Nya akan mendapat ganjaran sewajarnya.

Seperti mana bulan-bulan yang lain, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat dan berpuasa sunat adalah antara ibadat terbaik untuk dilakukan.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan memperbanyakkan amalan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Kita juga digalakkan memperbanyakkan zikirullah dengan cara membaca al-Quran, berwirid, bertahmid dan bertasbih.

Justeru, kedatangan bulan Rejab ini harus dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan cara itu diharap dapat menjadikan kita sebagai insan yang bertakwa di sisi Allah.



Jumaat, 10 Julai 2009

TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN - MEMARTABATKAN BM, MEMANTAPKAN BI

Teks kenyataan akhbar Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai dasar memartabatkan bahasa Melayu, memantapkan bahasa Inggeris dan tawaran baru sistem pendidikan Malaysia di Putrajaya.

Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada tahun 2003.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran ingin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia. Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Keputusan Kabinet untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan mula berkuat kuasa pada tahun 2012. Perlaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula pada tahun 2012.

Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi. Untuk memastikan pelaksanaan ini tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada tahun 2014.

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan.

Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Pemantauan Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 mendapati:

- Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

- Secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

- Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun 2008 mencapai tahap profisiensi.

n Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

- Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Selain daripada pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot dari tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot dari tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.

Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK (T).

Kerajaan juga telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan langkah-langkah berikut untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid:

n Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1,000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan 'contact time' antara guru dan murid.

n Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.

- Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah 100 peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu.

- Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.

- Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu dari tiga jam menjadi enam jam seminggu.

- Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera.

- Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

- Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.

- Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

- Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik.

Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah.

Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya masyarakat Malaysia.

Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains, Matematik dan Bahasa Malaysia.

Kerajaan percaya akan dapat memartabatkan bahasa Malaysia, memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan negara.

(UTUSAN)



Rabu, 8 Julai 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI KPM SESI 2010

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

1. Jurusan Sains (M001)
2. Jurusan Perakaunan (M003)
3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
* Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
* Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
* Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

* 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
* 4B Matematik
* 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2. Jurusan Perakaunan (M003)

* 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
* 7D Matematik Tambahan
* 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

* 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
* 4B Matematik
* 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.
PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

1. Permohonan Secara Manual (PSM)
2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.
TARIKH TUTUP

* Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009.
* Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-88844083 atau faks 03-88844028 untuk maklumat lanjut.


TAWARAN BIASISWA JPA PENGAJIAN DALAM NEGERI SESI 2009/2010

Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:

* Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
* Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
* Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
* Universiti Malaya (UM)
* Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
* Universiti Malaysia Pahang (UMP)
* Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
* Universiti Malaysia Sabah (UMS)
* Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
* Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
* Universiti Putra Malaysia (UPM)
* Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
* Universiti Sains Malaysia (USM)
* Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
* Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
* Universiti Teknologi MARA (UiTM)
* Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
* Universiti Utara Malaysia (UUM)
* Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:

* Universiti Multimedia (MMU)
* Universiti Teknologi Petronas (UTP)
* Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Syarat Asas

1. Warganegara Malaysia;
2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;

* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Gred 2A dalam 7 matapelajaran
* Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
* Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) - 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
* Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA - CGPA 3.40
* Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma - CGPA 3.50

2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009

* Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 - GPA 3.50

3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010

* Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar - Lulus
* Bidang-bidang lain - CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.
BIDANG TAJAAN

* Perubatan
- Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar
* Sains Tulen
- Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat
* Sains Gunaan
- Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat
* Teknologi
- Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
* Sastera
- Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras
* Sastera Ikhtisas
- Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

KADAR BIASISWA

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
TEMPOH KONTRAK

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

* Perubatan / Pergigian - 10 tahun
* Farmasi / Perubatan Veterinar - 6 tahun
* Kejuruteraan / Teknologi - 6 tahun
* Perakaunan / Undang-undang - 6 tahun
* Pengurusan / Sastera - 4 tahun
* Biologi / Kimia / Matematik - 4 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

* Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
* Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
* Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
* Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
* Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2009 (PIDN);
2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Julai 2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

* Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
* Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
* Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.


HSBC UNDERGRADUATE PROGRAMME SCHOLARSHIP AWARDS 2009

HSBC Bank Malaysia Berhad as the world’s local bank, they understand the importance of local knowledge. But local knowledge requires nurturing and development. Therefore HSBC invite application from students who will be pursuing full time first-degree studies in 2009, in a recognised local public or private university or college.
Eligibility

1. Malaysian students who will be pursuing full-time first-degree studies in 2009, in a recognised local public or private university or college (inclusive of local twinning programmes).
2. Below 25 years of age.
3. Full-time degree studies (up to 4 years programme)
4. Only students who are pursuing their first degree.
5. Must have gained admission into a recognised local public or private university or college.
6. For twinning programmes, the full duration of the programme must be done locally.
7. No restriction on field of studies.

Academic Requirement

* SPM - minimum 5 distinctions
* STPM - minimum 2As and a pass in the General Paper
* Diploma, Matriculation or Foundation - minimum CGPA 3.0

Scholarship Details

1. Scholarship duration is up to 4 years.
2. Scholarship amount for local private university or college is up to RM8,000 per annum or up to RM32,000 for 4 years.
3. Scholarship amount for local public university or college is up to RM6,000 per annum or up to RM24,000 for 4 years.

Other Criteria

1. No bonding required.
2. Combined monthly household income is RM2,500 and below.
3. Applicants must not be in receipt of any other scholarship, or award from any educational institutions, or any other organisations /foundation.
4. Education loan is permissible if the scholarship amount is not sufficient to cover tuition fees.
5. Successful applicants must be able to maintain a CGPA of 3.00 or equivalent throughout the duration of his/her studies

Applications

* Complete the application form, dowload here; attach all certified true copies of relevant examination certificates and forward it to:
o HSBC SCHOLARSHIP APPLICATION - UNDERGRADUATE
Group Communications (Malaysia) & Corporate Sustainability Department
HSBC Bank Malaysia Berhad
8th Floor, Bangunan HSBC
No. 2, Lebuh Ampang
50100 Kuala Lumpur
* Only short-listed candidates will be notified and required to attend an interview.

Closing Date

* Application with related documents must be reached not later than 10 July 2009.

Please refer HSBC Scholarship Awards website or contact them or call HSBC at 03-20507676 for details.


BIASISWA PUTRAJAYA PERDANA 2009

Putrajaya Perdana Berhad merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia ingin menawarkan biasiswa kepada warganegara Malaysia yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi awan dan swasta.
Syarat Biasiswa

1. Sehingga RM 4,000 bagi setiap tahun akademik untuk program pengajian Diploma.
2. Sehingga RM 7,000 bagi setiap tahun akademik untuk program pengajian Ijazah.
3. Terbuka kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan dan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
4. Terbuka kepada pelajar universiti awam, universiti swasta, kolej dan politeknik.
5. Penerima biasiswa perlu bekerja dengan Putrajaya Perdana Berhad atau mana-mana anak syarikatnya selama sekurang-kurangnya dua tahun (tertakluk kepada kekosongan) selepas tamat dan lulus pengajian yang diikuti.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja adalah program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah;

* Civil/Structural Engineering
* Mechanical/Electrical Engineering
* Quantity Surveying

Kelayakan Memohon

Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat berikut;

* Warganegara Malaysia
* Pelajar Sepenuhmasa
* Telah diterima masuk ke IPTA atau IPTS
* Mempunyai keputusan SPM atau STPM yang cemerlang
* Tidak menerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi

Cara Memohon

* Muat turun borang permohonan di sini dan email kepada thean@p-perdana.com, atau
* Memohon secara online di sini, atau
* Mengambil dan menghantar borang permohonan di alamat berikut;
o Corporate Communications Department
PUTRAJAYA PERDANA BERHAD
3rd Floor, No. 5 Jalan P16,
Precinct 16,
62150 Putrajaya
Tel: 03-88868888
Faks: 03-88895668

Tarikh Tutup

* Borang permohonan yang telah lengkap berserta semua dokumen yang berkaitan perlu dihantar pada atau sebelum 15 Julai 2009.
* Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk menghadiri temuduga.

Sila kunjungi laman web biasiswa Putrajaya Perdana Berhad atau hubungi Ms Thean Kim Sim di talian 03-88868830 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


SELAMAT TINGGAL RAJA POP


Kegiatan di bandar raya ini terhenti seketika apabila keranda emas mengandungi mayat Michael Jackson dibawa dari Tanah Perkuburan Forest Lawn ke Staple Center untuk upacara penghormatan terakhir.

Keluarga Michael dan rakan rapatnya yang menghadiri majlis penghormatan terakhir tertutup di Forest Lawn yang mengambil masa kira-kira setengah jam, mengekori kereta mayat membawa keranda itu.

Konvoi 18 kereta itu diiringi polis di sepanjang jalan raya yang ditutup kepada kenderaan lain.

Sementara itu, spekulasi masih berterusan mengenai tempat persemadian terakhir ikon Raja Pop itu.

Sumber berkata, keluarganya kini berharap dapat mengebumikannya di Neverland walaupun mereka belum menerima kebenaran untuk berbuat demikian daripada pihak berkuasa.

Selepas upacara penghormatan terakhirnya, kerandanya dibawa kembali ke Forest Lawn tempat ia disimpan sejak beberapa hari lalu sementara menunggu keputusan terakhir dibuat.

Di Staples Center, kerandanya dipamerkan kepada peminatnya.

Michael mengadakan latihan terakhirnya untuk 50 konsertnya di 02 Arena di London sebelum dia mati dua hari kemudian pada 25 Jun lalu.

Kira-kira 17,500 peminatnya yang menerima tiket percuma untuk menghadiri upacara penghormatan terakhir di Staples Center itu berada di luar stadium itu sejak malam kelmarin.

Antara mereka yang membuat persembahan di majlis berkenaan, termasuk Lionel Richie, Mariah Carey, Stevie Wonder serta pelajar dari Wales, Shaheen Jafargholi, peserta pusingan akhir rancangan realiti Britain Got Talent.

Sementara itu, ikon layar perak, Elizabeth Taylor, rakan karib Michael, enggan hadir kerana memilih untuk mengingati Michael secara persendirian.

( AGENSI)



PPSMI DIMANSUH, SAINS DAN MATEMATIK DALAM BM, BAHASA IBUNDA PADA 2012

PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di SJK Cina dan Tamil akan dikendalikan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan tersebut akan mula dikuat kuasa pada 2012.

"Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula tahun 2012.

"Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi," katanya pada sidang media khas di Kementerian Pelajaran hari ini.

Jelas Muhyiddin, Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Katanya, strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.

"Untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014," katanya.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa ysng dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, kerajaan memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan dengan memperkenalkan beberapa langkah antaranya seperti berikut:

- Menambah bilangan guru Bahasa Inggeris seramai 13,933. Jumlah itu termasuk 1,000 orang guru luar negara, 6,000 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi sekolah kebangsaan Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu. Manakala bagi Tahap II ditambah sebanayk 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJK Cina dan Tamil Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada tiga jam menjadi enam jam seminggu.

Tambah Muhyiddin, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

"Selain itu hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi," katanya.

Menurut beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

"Malah jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan," katanya.

(MStar)



Selasa, 7 Julai 2009

MENGHAYATI KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun berada di pertengahan bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1430 ini. Jika diperhatikan, manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.

Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambut kedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkan amalan di dalamnya.

Ada pula yang menyambutnya dengan terlampau mempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkan amalan padanya.

Kita merasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami dan mengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknya tanpa melampau atau mencuaikan.

Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatangan Rejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak.

Ramadan sudah tentulah dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Tempias kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan.

Keterkaitan dalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, "Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan". (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua'aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).

Sebenarnya keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada empat bulan haram. Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram.... (at-Taubah: 36)

Para ulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.

Mengikut pandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.

Sebagai golongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepas daripada pandangan ulama baik dahulu dan sekarang. Mereka telah menunjukkan contoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalan dengan bersangka baik dengan Allah SWT bahawa dengan keberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda. (Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai hal ini dalam tafsirnya).

Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebih cemerlang.

Sebahagian ulama menganjurkan kita membanyakkan istighfar di bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita. Ini disusuli penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulan Syaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisi atau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkan dengan istighfar dan taubat.

Sesudah kita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kita bertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, sepanjang Ramadan.

Jika direnungi, anjuran para ulama ini sangat mendalam falsafah dan hikmahnya demi membantu kita menghayati bulan-bulan yang mulia ini dengan lebih bermakna.

Jika menjadi keyakinan setiap mukmin bahawa hidup dunia ini sebagai suatu ujian atau peperiksaan besar, maka Ramadan dan segala hari dan bulan yang istimewa dalam Islam bolehlah dianggap sebagai kelas-kelas tambahan atau ujian-ujian latihan. Ia akan mendorong kita sentiasa peka dan siap-siaga dalam mengharungi proses ujian tersebut.

Dengan segala kelemahan yang ada pada diri insan adalah sukar untuk menempah kejayaan dalam ujian kehidupan ini jika kita tidak dapat menumpang belas ihsan dan rahmat Ilahi. Dan sememangnya Allah SWT maha kaya dengan sifat rahim, ihsan dan adil serta segala sifat-sifat kesempurnaan.

Di antara gambaran ihsan dan keadilan Allah SWT bagi kita para hambanya yang diletakkan dalam ujian yang getir ini, kita tidaklah dibiarkan sendirian tanpa panduan. Selari dengan fitrah manusia sukakan kepelbagaian, silih-berganti hari dan bulan Islam berserta dengan kaitannya dengan sirah Nabi memberi ruang untuk kita memperkukuhkan tautan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Di bulan Rejab ini banyak masjid, surau dan institusi mengambil peluang mengadakan ceramah dan majlis Israk Mikraj. Perbuatan ini jika dianggap sebagai suatu adat dan tradisi untuk menghimpunkan orang ramai bagi mendekatkan diri mereka dengan agama tanpa dianggap sebagai suatu pensyariatan adalah suatu amalan yang terpuji dan tidak bercanggah dengan mana-mana usul agama.

Malah para pendakwah dan mereka yang cintakan agama sepatutnya sentiasa mencari munasabah bagi menghimpun orang-ramai dalam majlis-majlis yang dipenuhi dengan penambahan ilmu, peringatan, doa dan zikir.

Inilah antara pandangan tokoh besar ulama dunia Islam, al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam tulisan khususnya mengenai Israk dan Mikraj bertajuk al-Anwar al-Bahiyyah min Isra' wa Mi'raj Khayr al-Bariyyah.

Beliau turut menegur golongan yang menentang penganjuran majlis sedemikian dengan katanya: "Memanfaatkan perhimpunan orang ramai dengan memberikan peringatan, petunjuk, nasihat dan mengarahkan mereka kepada kebaikan adalah lebih utama daripada menghalang, menolak dan mengingkari perhimpunan mereka dengan alasan yang tidak ke mana. Selama ini pun, apa yang dapat dilihat tegahan mereka tidak pun memberikan sebarang kesan".

Sememangnya peristiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagai pengajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat. Selain antara mukjizat besar yang membuktikan kenabian Nabi kita SAW, ia telah menjadi saat umat Islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.

Ia juga memperjelaskan keistimewaan kedudukan kita sebagai umat Nabi SAW dengan sebab menumpang keistimewaan dan keutamaan Nabi SAW yang menjadi Imam segala Nabi dan Rasul. Melalui peristiwa tersebut kita juga diperingatkan realiti kehidupan akhirat dengan balasan azab dan nikmat yang akhirnya meletakkan segala yang kita lalui dan punyai dalam kehidupan ini dalam perspektifnya yang sebenar.

Inilah sekadar segelintir perkara iktibar di sebalik kehadiran bulan Rejab dan peristiwa Israk dan Mikraj yang wajar diperincikan lagi dan diulang-ulangkan.

Malangnya ada juga penceramah yang kurang berhati-hati lalu dalam membicarakan tentang peristiwa ini turut membahaskan isu-isu kontroversi seperti mensabitkan tempat dan sifat bagi Allah SWT, Maha Suci Allah daripada menyerupai makhluknya.

Tokoh ulama mutakhir, Sheikh Yusuf al-Dijwi ada menegur tentang perkara ini dalam himpunan tulisan dan fatwanya.

Beliau menegaskan, adalah tidak wajar ayat-ayat mutashabihat berkaitan dengan isu ini dibicarakan kecuali di dalam majlis-majlis khusus di kalangan para ulama berdasarkan keperluan. (Maqalaat wa Fatawa al-Shaikh Yusuf al-Dijwi, (Kaherah, Dar al-Basoir, 2006) Jld 2, ms.724)

Semoga kita dikurniakan kesedaran, kesihatan, semangat dan himmah yang tinggi dalam naungan taufik untuk menunaikan hak setiap hari yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Semoga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan kita tahun kita lebih baik daripada tahun sebelumnya.

(UTUSAN)



Ahad, 5 Julai 2009

WANITA TERKEJUT SEJADAH 'BERDIRI' DI MASJID KRISTAL

Seorang wanita yang singgah di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu sebelum menunaikan solat di Masjid Kristal dikejutkan dengan pengalaman aneh apabila mendapati dua helai sejadah tiba-tiba bercantum sebelum 'bangkit berdiri' di sisinya.

Kakitangan kerajaan berasal dari Dungun berusia 35 tahun itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.

Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.

"Masa itu saya beristighfar beberapa kali dan terus mengambil telefon bimbit lalu merakamkan gambar sejadah berkenaan," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui dekat sini.

Menurutnya, pengalaman pelik kira-kira pukul 11 pagi beberapa hari lalu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.

"Pengalaman ini tidak menyebabkan saya takut untuk datang ke sini kerana saya percaya ia bukan benda yang tidak baik," katanya.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di taman tema tersebut yang juga enggan dikenali mengakui dia seringkali terserempak dengan pelbagai kejadian aneh di situ.

"Malah ada penduduk sekitar kawasan ini bercerita, pulau ini memang agak 'keras' dan menjadi kawasan tempat orang membuang benda-benda tak elok sebelum ia dibangunkan," katanya.

Dalam pada itu, seorang petugas di Masjid Kristal pula menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.

"Waktu itu dia baru selesai solat asar berseorangan sebelum tiba-tiba melihat kejadian serupa," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Beliau juga berharap umat Islam yang singgah untuk mendirikan solat di masjid itu tidak bimbang dan takut sebaliknya menganggap kejadian aneh itu sebagai satu petunjuk kebesaran Allah SWT.


( UTUSAN)



NAJIB UCAP TAHNIAH PADA OBAMA

Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama serta rakyat negara itu, sempena ulang tahun ke-233 Amerika Syarikat esok.

Dalam perutusannya, Perdana Menteri berkata beliau gembira kerana Kuala Lumpur dan Washington sentiasa menjalin hubungan yang akrab serta sangat baik dan beliau yakin hubungan itu akan terus berkembang dalam tahun-tahun mendatang demi manfaat bersama kedua-dua negara.

"Saya sentiasa mengharapkan untuk bekerjasama rapat dengan tuan ke arah merealisasikan matlamat ini, dan sekali lagi menyuarakan setinggi-tinggi harapan saya untuk bertemu tuan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu dua hala serta melibatkan kepentingan bersama kedua-dua negara," katanya dalam perutusan itu.

Salinan perutusan itu diperoleh Bernama di sini hari ini.

Najib turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Obama berikutan ucapan yang sangat baik dan memberi inspirasi oleh pemimpin Amerika Syarikat itu, terutamanya kepada dunia Islam, yang disampaikan oleh Obama di Cairo University pada 4 Jun.

Najib berkata beliau amat tersentuh dengan kata-kata yang baik dan pengiktirafan Obama terhadap kemajuan ekonomi Malaysia yang sangat mengagumkan dalam kalangan negara majoriti penduduk Islam ketika beliau berucap di ibu negara Mesir itu.

"Saya ingin bekerjasama rapat dengan tuan ke arah menjalin hubungan yang lebih baik antara negara tuan dan dunia Islam," kata Najib.

Malaysia dan Amerika Syarikat menjalin perkongsian yang pelbagai dan berkembang serta hubungan ekonomi dua hala yang boleh digambarkan sebagai teguh.

Amerika Syarikat adalah rakan dagang terbesar Malaysia manakala Malaysia pada masa ini merupakan rakan dagang ke-18 terbesar Amerika Syarikat, dengan dagangan dua hala bernilai AS$43.7 bilion pada 2008.

Pada Jun 2006, Kuala Lumpur dan Washington mengadakan rundingan bagi perjanjian perdagangan bebas dua hala.

(BERNAMA)



Jumaat, 3 Julai 2009

SIAPA PENULIS PILIHAN ANDA?



Oleh Salbiah Ani
dahiya@nstp.com.my

BAGI memungkinkan pembaca Dunia Buku, Sastera membuat pemilihan pengarang pilihan mereka muncul sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009, diperturunkan beberapa maklumat mengenai mereka.

Dr Danial Zainal Abidin yang dicalonkan dalam Kategori Bukan Fiksyen menerusi bukunya, Minda Muslim Super adalah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy Malaysia Sdn Bhd dan juga Pengurus dan Pengamal Perubatan di Klinik Syifa Glugor, Pulau Pinang.

Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, pemegang Ijazah Kejuruteraan Sumber Mineral daripada Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Perlombongan dari Queensland, Australia, pengasas kursus Motivasi Alihan Pelajar, mempertaruhkan Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif.

Dr HM Tuah Iskandar yang sudah menghasilkan lebih 50 buku dalam pelbagai bidang, sudah menerima 28 anugerah dalam bidang penulisan termasuk kreatif, dicalonkan menerusi dua bukunya, Fikir-fikirlah dan Membina Cinta Sayang.

Datuk Dr Mohd Fadhilah Kamsah adalah Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn Bhd menerima ijazah PhDnya dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat, menerima pencalonan menerusi bukunya, Langkah Bijak Usahawan Terbilang.

Muhd Kamil Ibrahim adalah profesor perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), sudah menulis beberapa buku termasuk karya laris di pasaran dan lebih 400 rencananya diterbitkan dalam pelbagai media massa, ‘memperjudikan’ Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.

Muhsin Labib yang dilahirkan di Jember, Jawa, menerima ijazah sarjana mudanya di Iran dan PhD dari di Universiti Islam Negeri Hidayatullah, banyak menghasilkan buku agama dan dicalonkan menerusi bukunya, Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam.

Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood adalah lulusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Mesir, sudah melahirkan lebih 40 album ceramah agama, motivasi dan petua dalam bentuk CD, VCD dan kaset, menguji peluangnya lewat Hadiah Untuk Muslimah.

Azahar Abdul Rahman, penulis berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan internet dan sistem perakaunan adalah akauntan bertauliah Thames Valley University, London, dicalonkan menerusi bukunya, Rahsia Buat Duit dengan Ebay.

Ramlee Awang Murshid yang dicalonkan dalam Kategori Fiksyen adalah wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri, menerima empat anugerah penulisan kreatif peringkat kebangsaan, dicalonkan menerusi Hijab Sang Pencipta.

Aleya Anessa, Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, sudah menulis Semusim Rindu, Kasih Antara Kita, Janjiku Bersamamu, Hanya Dia Tahu dan novelnya, Segalanya Untukmu, memasukkan namanya dalam senarai Kategori Fiksyen.

Anis Ayuni, lulusan Sarjana Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya dan berkhidmat sebagai Penyelia Petang SMK Seri Saujana, Bandar Baru Petaling, Kuala Lumpur muncul sebagai penerima anugerah tahun lalu, dicalonkan kali ini lewat Seribu Kali Sayang.

Damya Hanna yang baru saja menamatkan pengajian perakaunan di UKM adalah penulis Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi, Ilham Hati, Senafas Rindu dan novelnya, Ternyata Cinta, melayakkannya termasuk dalam senarai Kategori Fiksyen.

Norhayati Berahim yang mempunyai penerbitan sendiri dicalonkan menerusi novelnya, Kembalikan Cintaku juga penulis Andai Semalam Ku Miliki, Biarkan Aku Menangis, Bunga Kasih, Chinta Cinta dan Tidak Aku Bersuara.

Aisyah Sofea yang dicalonkan menerusi Selagi Ada Dia adalah juga penulis novel Adam & Hawa, Buatmu Kekasih, Far Away, Gelora Jiwa, Jauh, Jendela Hati, Kau Untukku dan Sehangat Asmara.

Zaid Akhtar peserta Program Penataran Sastera Mastera (genre novel) di Bogor, Indonesia pada 2006 dan penulis Sesegar Nailofar (2001), Rona Bosphorus (2003) dan Justeru Impian di Jaring (2007).dicalonkan menerusi novelnya, Salju Sakinah.

Mimie Afinie yang bermula dengan Bisikan Rindu pada 2004, menggarap Masih Ada Rindu, Maafkanku … Sayang, Tinggallah Pujaan, dicalonkan menerusi novelnya, Kalau Ada Jodoh.

Siti Rosmizah, peguam yang menerima ijazahnya dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh berbangga dengan novel sulungnya, Andai Itu Takdirnya yang sudah tujuh kali dicetak ulang dan melayakkannya untuk disenaraikan dalam Kategori Fiksyen anugerah ini.

Fauziah Ashari yang bermula dengan novel sulungnya, Pergilah Sepi dan Ombak Rindu yang mencatat kejayaan cemerlang sehingga mendorongnya tampil sebagai usahawan dalam bidang penerbitan, dicalonkan menerusi Rindu Cintaku.

Borang asal penyertaan yang akan diterbitkan lagi pada 10 Julai ini dan alamatkan penyertaan kepada Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009, Marketing Department, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, No: 8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 5600, Kuala Lumpur.

P/S:PROF MUHD KAMIL IBRAHIM MERUPAKAN PENGARAH KAMPUS KAMI DI UiTM JOHOR!!!



46 PENUNTUT UiTM PAHANG DISERANG HISTERIA

Seramai 46 pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, dekat Maran, yang sedang mengikuti minggu induksi pelajar baru di dewan utama universiti terbabit, tiba-tiba menjerit dan meracau diserang histeria, petang kelmarin.

Kejadian jam 5.45 petang itu dikatakan berpunca selepas seorang pelajar wanita berusia 18 tahun tiba-tiba pengsan lalu rebah ketika bersama lebih 1,000 pelajar baru yang berhimpun bagi mendengar taklimat di dewan terbabit.

Sejurus kemudian, puluhan pelajar wanita yang berada berdekatan dengan rakannya yang pengsan itu meracau dan menjerit sehingga menimbulkan suasana panik.

Seorang pelajar lelaki yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku dengan pantas dan semua pelajar baru dalam dewan itu terkejut apabila tiba-tiba melihat sekumpulan pelajar wanita berusia 18 hingga 20 tahun secara tiba-tiba menjerit seperti dirasuk sesuatu.

"Dalam keadaan cemas itu, saya dan beberapa pelajar lain serta pihak pengurusan UiTM cuba memberi bantuan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri malah ada antara mereka yang mengadu ketakutan.

"Suasana panik itu menyebabkan semua pelajar baru dalam dewan berkenaan diarahkan keluar ke padang sebagai langkah keselamatan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM berkenaan, Muhammad Mokhtar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu 32 daripada pelajar wanita berkenaan dirawat di pusat kesihatan universiti itu, manakala 14 pelajar lagi dihantar ke Hospital Jengka untuk rawatan susulan.

"Pihak hospital memaklumkan kejadian terbabit adalah perkara biasa berlaku ke atas seseorang jika terlalu penat, namun tiada apa perlu dibimbangkan malah kesihatan mereka tidak terjejas dan mereka dibenarkan pulang ke universiti selepas menerima rawatan," katanya.

(BERITA HARIAN)



SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-50 PARLIMEN DILANCAR


Tiga jenis syiling peringatan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, hari ini.

Syiling itu dilancarkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh di bangunan Parlimen, di sini.

Tiga jenis syiling tersebut yang terdiri daripada Syiling Peringatan Emas (pruf), Perak (pruf) dan Emas Nordic masingmasing akan dijual dengan harga RM1,200, RM150 dan RM10 sekeping.

Syiling emas dengan nilai muka RM100 diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Sebanyak 100 keping syiling sahaja ditempa.

Syiling perak dengan nilai muka RM10, diperbuat daripada perak Sterling dengan ketulenan 92.5, seberat 21.00 gram sekeping. Ia ditempa pada kuantiti sebanyak 300 keping sahaja.

Syiling emas Nordic pula bernilai muka RM1 dan sebanyak 10,000 keping ditempah.

Bahagian hadapan syiling itu memaparkan bangunan Parlimen dengan tahun "19592009" tertera di bawahnya. Pada sisi syiling tersebut, terdapat lambang anak bulan dengan perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia" tertera di dalamnya.

Pada bahagian atas kanan syiling itu pula tertera bintang pecah 14 yang melambangkan 14 negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Bahagian belakang syiling pula memaparkan jata negara Malaysia serta cokmar-cokmar Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Perkataan "Bank Negara Malaysia" dan nilai muka syiling masing-masing tertera pada bahagian atas dan bawahnya.

Syiling itu akan dijual mulai esok di ibu pejabat Bank Negara Malaysia dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Baharu, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Pada sidang media selepas itu, Abdul Hamid berkata pelancaran syiling peringatan itu merupakan salah satu daripada acara sambutan Ulang Tahun ke-50 Parlimen yang berlangsung sepanjang tahun ini.

"Acara kemuncak sambutan ini ialah jamuan malam bagi meraikan kira-kira 1,000 anggota Parlimen termasuk bekas anggotanya pada Disember depan. Sebuah filem dokumentari dan dua buah buku mengenai sejarah Parlimen akan turut diterbitkan tidak lama lagi," katanya.

(BERNAMA)


Khamis, 2 Julai 2009

PEMILIKAN 30% EKUITI BUMIPUTERA DIMANSUH

Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru.

"Mulai hari ini, FIC tidak lagi memproses transaksi saham atau mengenakan sebarang syarat bagi transaksi tersebut," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2009 anjuran Bursa Malaysia Bhd. dan Kumpulan CIMB di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pada masa ini syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan perlu memenuhi syarat pegangan saham awam sebanyak 25 peratus, mengikut Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia dan syarat 30 peratus ekuiti bumiputera di bawah garis panduan FIC.

Bagaimanapun, mulai hari ini, Keperluan Tebaran Awam akan dikekalkan dan sebagai tambahan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bakal memperkenalkan garis panduan baru.

Di bawah garis panduan baru itu, syarikat yang mahu membuat penyenaraian perlu menawarkan 50 peratus daripada 25 peratus tebaran pegangan saham awal kepada pelabur bumiputera.

Tambah beliau, ini bermakna syarat ekuiti pelabur bumiputera telah dimasukkan bersama di dalam tebaran awam.

Najib menambah, mulai sekarang tiada lagi keperluan ekuiti dalam pasca IPO kecuali dalam pengambilan berbalik (RTO) dan penyenaraian 'pintu belakang'.

"Garis panduan baru ini diperkenalkan kerana kita dapati model lama FIC ada kekurangan, apabila ada segelintir pihak mendakwa tidak mendapat insentif dalam negara sendiri.

"Peraturan FIC itu juga sering mendapat rungutan di kalangan para pelabur asing dan dengan pemansuhan FIC, kita berharap Malaysia dapat menjadi destinasi mesra pelabur," katanya.

Beliau menaruh harapan, peraturan baru itu akan menjadikan negara lebih berdaya saing dalam pasaran modal dan meletakkan kedudukan Malaysia dalam 'radar' lebih tinggi di kalangan pelabur asing, tidak hanya dalam pelaburan asing tetapi juga dalam pelaburan ekuiti.

Menurut beliau, perubahan dalam garis panduan itu telah meletakkan semula Malaysia dalam situasi yang betul untuk mendapat manfaat ketika pemulihan ekonomi dunia.

Langkah yang diperkenalkan itu juga dapat mengurangkan amalan 'ali baba' kerana peraturan baru itu akan hanya membantu mereka yang menolong diri sendiri.

Mengulas lanjut, Najib berkata, sebelum ini, kebanyakan pelabur bumiputera yang mendapat saham, akan menjual saham mereka.

"Saham yang dijual bukan sedikit kerana berdasarkan kajian, daripada sejumlah RM54 bilion saham milik bumiputera, yang tinggal kini hanya RM2 bilion. Sebab itu saya katakan model lama FIC tidak lagi boleh digunakan," jelasnya.

Malah, sehingga hari ini, jumlah penguasaan ekuiti bumiputera hanya sekitar 19.4 peratus, masih jauh ketinggalan berbanding sasaran awal sebanyak 30 peratus.

Najib menyifatkan pemansuhan garis panduan itu adalah polisi yang adil bagi semua termasuk pelabur asing.

"Garis panduan polisi baru ini memberi situasi menang-menang kepada para pelabur global dan pada masa sama ia memenuhi keperluan bagi instrumen baru yang lebih efektif untuk bumiputera," jelas beliau.

Ditanya sama ada garis panduan baru itu akan menyebabkan berlaku penentangan politik, Najib berkata: "Tidak ada kerana tidak ada sesiapa akan rasa terpinggir"'.

"Tidak ada mana-mana kumpulan etnik akan terpinggir dan tidak ada penarikan semula insentif yang sedang dinikmati oleh kumpulan etnik. Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan," tegas beliau.

Najib berkata, tugas FIC sekarang hanya memproses transaksi yang melibatkan pelupusan kepentingan bumiputera termasuk penjualan hartanah milik bumiputera kepada bukan bumiputera dan kepentingan kerajaan dalam hartanah.

Bagaimanapun, kelulusan FIC hanya diperlukan bagi hartanah melebihi RM20 juta sama ada dibeli secara langsung atau tidak langsung.

"Lain-lain transaksi tidak memerlukan kelulusan FIC," katanya.

Najib yakin dengan kelonggaran peraturan itu akan meningkatkan nilai kedudukan Malaysia sebagai destinasi untuk membuat perniagaan dan pelaburan.

Perubahan itu juga membolehkan Unit Perancang Ekonomi memfokus semula peranannya untuk koordinasi dan memantau polisi pengagihan pada tahap makro, kata beliau.

"Dengan ini, kerajaan akan kekal komited meningkatkan pembabitan ekonomi oleh bumiputera.

"Pendekatan baru ini akan memberi fokus untuk menumpukan kestabilan dan pembabitan efektif melalui kerjasama tulen dan meritokrasi," tambahnya.

( UTUSAN)



Rabu, 1 Julai 2009

KOS TADBIR PTPTN MASIH MEMBEBANKAN PEMINJAM

Sebahagian besar peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sudah menerima penyata kira-kira pinjaman pendidikan bagi 2008.

Ironinya, penyata itu masih belum mengambil kira penurunan kos pentadbiran tiga peratus kepada satu peratus, iaitu kos pentadbiran yang dikenakan berdasarkan perjanjian asal yang ditandatangani peminjam.

Agaknya pihak berkenaan di PTPTN belum lagi menerima arahan mengenai tarikh sebenarnya hendak menurunkan kos berkenaan. Yang menanggung derita peminjam, rata-rata menghadapi masalah kewangan dalam kemelut ekonomi sekarang, kerana terpaksa menanggung kos tadbir yang amat tinggi itu.

Sebagai contoh, ada peminjam yang menjelaskan pinjaman RM2,526.30 sepanjang 2008 tetapi hanya dikira RM849.64 saja sebagai kredit, sedangkan bakinya RM1,676.66 dianggap sebagai kos tadbir urus, diserapkan sebagai debit, menurut kadar RM140 tiap-tiap bulan. Soalnya, untuk maksud apa kos tadbir sebanyak ini perlu dikenakan saban bulan? Jika begini keadaannya berterusan, sampai bila pun jumlah pinjaman tidak akan 'luak-luak'.

Masyarakat tradisi Melayu memperkenal dan melaksanakan beberapa sistem seperti gadaian, sewa-beli, pawah, jual janji, ceti, dan sekarang along yang begitu mencengkam kehidupan masyarakat zaman berzaman. Apa pun namanya, sistem berkenaan pada ajaran Islam dianggap sebagai riba.

Sesuatu yang berbau bunga dianggap riba dan haram pada sisi Islam. Ringkasnya semua jenis pinjaman dikenakan bunga adalah riba, dalam istilah Fiqhnya disebut 'Riba Al-Nasi'ah', dilarang al-Quran dan Sunnah.

Jika peminjam PTPTN adalah untuk rakyat, dan objektif kerajaan ialah 'rakyat diutamakan', maka kos tadbir pinjaman pendidikan perlu dikurangkan kepada satu peratus atau dihapuskan terus dengan kadar serta-merta.

Justeru, yang baru mendaftar sebagai pelajar IPT sekarang perlu berfikir panjang sebelum memohon pinjaman agar hidup tidak dibelit hutang puluhan tahun sesudah tamat pengajian. Pegang prinsip 'Hidup bahagia tanpa hutang', biarpun terpaksa menjerut perut ketika belajar.

Sejak dulu lagi, saya mencadangkan PTPTN bukan saja perlu diuruskan golongan profesional, tetapi individu yang benar-benar berdedikasi kepada tugas, hatta bijak membuat unjuran masa depan secara tepat dan proaktif.

DR ILLIAS ZAIDI,
Kuala Lumpur.

(FORUM BERITA HARIAN)



BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) GRADUATES PROGRAMMES

Bank Negara Malaysia is coordinating a development programme to provide participating graduates with the opportunity to develop their fundamental skills and attributes based on workforce requirements, and on-the-job training via attachment to various industries.

Participants will undergo periodic structured training that will be weaved into the attachment with private sector employers, for a total duration of two (2) years. The structured training will focus on the enhancement of general knowledge, communication and language skills, analytical skills and entrepreneurship.
Entry requirements:

* Malaysian citizen
* Bachelor's Degree with minimum CGPA of 2.80
* Credit in BM, English and Mathematics in Sijil Pelajaran Malaysia
* Conversant in Bahasa Malaysia and English

Allowance

Participants will be paid a living allowance of RM1,500 per month.

How to apply

* Download the application form : Application form (MS Word, 90KB)

DOWNLOAD FORM :
http://www.ziddu.com/download/5417188/BNMGraduatesProgrammeForm.doc.html

* Submit completed form and resume to : Graduates@bnm.gov.my

Alternatively,
* Post the completed form and resume to:

Graduates Programme Secretariat
Human Resource Management Department
10th Floor, Block C,
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Closing date: 8 July 2009

Note : We will only notify shortlisted candidates.

If you have any enquiries, please contact Bank Negara Malaysia Telelink at 1-300-88-5465
or email : bnmtelelink@bnm.gov.my



SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM (KPLSPM) JULAI 2009

Semakan Keputusan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Julai 2009 boleh dibuat di LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/twrkplspm

1 Julai 2009
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

http://www.moe.gov.my